728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday, 3 March 2020

    FA dakwa Ancelotti kerana bantah VAR

    Pengurus Everton, Carlo Ancelotti didakwa melakukan kesalahan oleh Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) semalam selepas dikenakan kad merah pada saingan Ahad lalu yang berkesudahan pasukannya seri 1-1 menentang Manchester United.

    Ancelotti dibuang padang kerana tindakannya memarahi pengadil Chris Kavanagh selepas wisel penamat di Goodison Park.

    Pengendali dari Itali itu kecewa selepas Everton hampir mendapat kemenangan pada penghujung saingan menerusi Dominic Calvert-Lewin tetapi dinafikan VAR kerana ofsaid.

    Ancelotti akan dikenakan denda jika didapati bersalah.

    “Carlo Ancelotti didakwa melakukan kesalahan dengan melanggar FA Rule E3,” kata kenyataan FA.

    “Pengurus Everton FC didakwa mengeluarkan perkataan dan/atau kelakuan ketika permainan pada penghujung saingan Liga Perdana berdepan Manchester United FC pada Ahad 1 Mac 2020 yang didapati tidak sesuai.

    “Dia ada masa sehingga Khamis 5 Mac 2020 untuk memberikan jawapan balas.” - AFP

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: FA dakwa Ancelotti kerana bantah VAR Rating: 5 Reviewed By: Kaki Palu
    Scroll to Top