Kanak-kanak 90-an sudah tentunya sangat menantikan tayangan dua filem hebat tahun ini, iaitu Power Rangers dan Beauty And The Beast. Apa yang boleh saya katakan, bila menyebut sahaja dua tajuk filem ini, sudah semestinya ia berkaitan dengan pengaruh kanak-kanak 90-an.
Kedua-dua filem ini mempunyai aura dan tarikkan yang sendiri, dua filem yang berbeza dengan genre yang berbeza. Tetapi jika dibandingkan antara dua filem ini, yang manakah paling berjaya mempengaruh?
Dari segi supporter penonton, apa yang saya lihat Power Ranger nampak lebih mendapat sambutan. Jadi, tak terkejut pun jika ada yang sanggup menculik Red Rangers di GSC Midvalley. Baik, secara keseluruhan, antara dua filem ini yang mana lebih mendapat kutipan tertinggi?
Menurut laporan yang diterbitkan oleh Times.com, filem Power Rangers baru yang ditayangkan sejak jumaat lalu gagal menggugat pengaruh Beauty And The Beast. Tayangan sehingga hujung minggu di Amerika Syarikat mendapati, Power Rangers hanya berjaya mencapai kutipan sebanyak $AS 40.5 juta manakala Beauty And The Beast pula berjaya mencapai kutipan sebanyak $AS 88.3 juta.
Kutipan ini sekaligus meletakkan Beauty And The Beast menduduki tangga pertama dengan kutipan antarabangsa sebanyak $AS 119.2 juta, dan Power Ranggers berada di tangga ke-2 dengan kutipan antarabangsa sebanyak $AS 18.7 juta diikuti dengan filem Kong, Life dan Logan.
1.”Beauty and the Beast,” $88.3 million ($119.2 million international).
2.”Power Rangers,” $40.5 million ($18.7 million international).
3.”Kong: Skull Island,” $14.4 million ($93 million international).
4.”Life,” $12.6 million ($16.1 million international).
5.”Logan,” $10.1 million ($12.1 million international).
Dianggarkan 60% penonton filem Power Rangers adalah lelaki manakala Beauty And The Beast adalah wanita. Bagaimana pula menurut pandangan anda? Antara filem super fantasi dan cerita yang diadaptasi dari kisah dogeng ini, yang mana paling menarik?
Oh ya! Ada satu lagi pertanyaan, Red Rangers yang kena culik hari tu dah jumpa ke belum?
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci