Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Superintendan Mohd Mustafa Bidin, berkata mangsa dikenali sebagai Leow Choong Leong, 39, dari Taman Impian Ria dan bekerja sebagai penjual alat ganti motosikal.
Dalam insiden kira-kira jam 9.50 malam tadi, beliau berkata, polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang awam mendakwa seorang lelaki terbaring di hadapan kedai serbaneka di kawasan itu akibat dilanggar sebuah kenderaan jenis Ford Ranger.
“Lelaki itu dalam keadaan parah dan didapati ada kesan tikaman pada badan mangsa,” katanya kepada media, di sini.
Mohd Mustafa berkata, berdasarkan maklumat diperoleh, suspek adalah seorang lelaki berbadan kurus dengan ketinggian dianggarkan 170 sentimeter, berambut kerinting dan berkaca mata, selain memakai baju serta jean berwarna hitam.
Katanya, semakan terhadap nombor pendaftaran kenderaan terbabit yang dilihat, mendapati ia didaftarkan atas syarikat milik mangsa dan dipercayai dibawa lari oleh suspek selepas kejadian.
Susulan itu, beliau berkata, anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPT, bersama pasukan forensik dan Unit Anjing Pengesan (K9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, menjalankan siasatan di tempat kejadian.
“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia dan mayatnya dihantar ke hospital untuk bedah siasat.
“Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil bagi membantu siasatan,” katanya.
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci