728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday, 28 March 2017

    Presiden Ghana Lantik 110 Orang Menteri




    Presiden Ghana, Nana Akufo-Addo mempertahankan keputusannya melantik 110 menteri semalam, sambil menyifatkannya sebagai satu “pelaburan” di negara kecil barat benua Afrika itu.

    Pada Rabu lalu, kerajaan baharu itu mencalonkan senarai kabinet termasuk berpuluh-puluh menteri rendah dan menteri wilayah, sekali gus memecahkan rekod di Ghana.

    Tindakan itu mencetuskan kritikan di laman media sosial dan menjadi topik perbincangan di stesen radio.

    “Saya sedar ramai yang bimbang terhadap kos kerajaan yang besar ini. Ia adalah satu pelaburan,” kata Akufo-Addo dalam satu temu bual yang disiarkan di stesen televisyen kerajaan, semalam.

    Akufo-Addo dipilih pada Disember lalu kerana berjanji memulihkan masalah ekonomi dan memerangi rasuah. Beliau turut menegaskan menteri yang dilantiknya adalah untuk bekerja, bukan bercuti.

    Beliau turut menegaskan kos kerajaan baharu itu tidak membabitkan kos tinggi seperti jangkaan ramai.

    “Sebagai contoh, ada 50 timbalan menteri, 42 daripadanya adalah ahli parlimen dan pelantikan ini menukar status mereka daripada ahli parlimen kepada menteri.

    “Perubahan ini minimum dari segi perbezaan kos perbendaharaan negara,” katanya. – AFP

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Presiden Ghana Lantik 110 Orang Menteri Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top