728x90 AdSpace

  • Latest News

    Sunday 22 March 2020

    Covid-19: Warga emas korban ke-10 Covid-19

    Dukacita dimaklumkan, terdapat pertambahan dua (2) kematian pada 22 Mac 2020, menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 10 kes.‬
    ‪Kes kematian ke-9 seorang lelaki berumur 48 tahun, dan mempunyai sejarah perjalanan ke Turki. Beliau dirawat di ICU Hospital Tuanku Fauziah, Perlis.
    Kes kematian kesepuluh seorang lelaki berumur 74 tahun dari kluster tabligh. Beliau dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang pd 13 Mac dan diberikan bantuan alat pernafasan sebelum meningga dunia pd jam 4.05pm. Kedua-dua kes adalah warganegara Malaysia. - KPK, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

    LELAKI warga emas menjadi korban terbaharu Covid-19 yang menjadikan jumlah keseluruhan 10 kematian sehingga hari ini.
    Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, negara turut merekodkan 123 kes positif baharu menjadikan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 1,306 kes.
    Menurutnya, daripada jumlah itu, 74 kes dikesan dari kluster perhimpunan ijtimak tabligh Masjid Jamek Seri Petaling, manakala 49 kes kluster lain yang masih dalam siasatan.





    “Dukacita dimaklumkan hari ini, terdapat pertambahan dua kes kematian baharu dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan.
    “Kes kematian ke-10 adalah membabitkan seorang lelaki berusia 74 tahun daripada kluster tabligh, iaitu kes ke-259. Mangsa dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang pada 13 Mac selepas mengalami simptom dan disahkan positif pada 14 Mac.
    “Mangsa diberi bantuan alatan pernafasan selepas keadaan kesihatan semakin merosot sebelum disahkan meninggal dunia pada 4.05 petang hari ini,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.
    Selain itu, beliau berkata, bilangan petugas KKM yang menjalani saringan pengesanan Covid-19 adalah seramai 460 orang dan daripada jumlah itu 270 didapati negatif, manakala baki masih menunggu keputusan.
    Pagi hari ini, Dr Noor Hisham mengumumkan kematian kesembilan membabitkan doktor yang mempunyai sejarah perjalanan ke Turki.
    Doktor itu yang juga kes ke-890 dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada 17 Mac lalu dan disahkan positif Covid-19 pada 18 Mac.

    -Harian Metro (Online)

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Covid-19: Warga emas korban ke-10 Covid-19 Rating: 5 Reviewed By: Kaki Palu
    Scroll to Top