728x90 AdSpace

  • Latest News

    Sunday, 22 March 2020

    Masih ada ingkar Perintah Kawalan Pergerakan

    KOTA SAMARAHAN: Sikap penduduk di kawasan ini yang masih degil dengan keluar dari ruman tanpa keperluan penting amat dikesali meskipun kerajaan telah menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

    Rungutan itu disuarakan pasukan polis yang menjalankan sekatan di Expressway Kota Samarahan yang mendapati masih ramai yang keluar dari rumah tanpa alasan kukuh.


    Bercakap kepada The Borneo Post hari ini, seorang pegawai polis yang enggan disiarkan namanya berkata, keadaan ini dapat dilihat menerusi jumlah kenderaan yang melalui sekatan jalan yang dibuat di Expressway Kota Samarahan.

    "Walaupun sesetengah pengguna jalan raya apabila ditahan memberi alasan yang kukuh seperti bekerja, tetapi ada sesetengah mereka memberitahu tujuan pergi dan balik ke bandar Kuching untuk membeli barang keperluan atau ke bank.

    "Alasan ini tidak masuk akal untuk mereka ini keluar dari Kota Samarahan ke Kuching kerana Kota Samarahan ini mempunyai banyak kedai runcit dan bank," katanya.

    Setakat jam 11 pagi tadi, masih banyak kenderaan dapat dilihat yang melalui sekatan jalan raya di kedua-dua laluan Expressway Kota Samarahan.

    Bagaimanapun, pegawai polis terbabit tidak dapat mendedahkan jumlah kenderaan yang melalui sekatan itu sejak perintah tersebut dikuatkuasakan.

    Namun, beliau berpandangan jumlah kenderaan sepanjang perintah itu sepatutnya kurang jika dibandingkan hari biasa (semasa tiada Perintah Kawalan Pergerakan).

    Dalam pada itu, beliau memberitahu, mungkin ada yang akan menggunakan surat akuan dari majikan yang palsu untuk lepas dari sekatan.

    "Kita berharap pihak berkuasa akan mengenalpasti kaedah yang terbaik bagi menentukan mereka yang perlu diberi pelepasan bergerak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini,"ujarnya.

    Sementara itu, tinjauan di Bandar Riyal, Samarindah turut mendapati jumlah kenderaan kurang dari kebiasaannya meskipun terdapat orang awam masih membeli barang keperluan di pasar raya dan pasar tani di kawasan tersebut.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Masih ada ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Rating: 5 Reviewed By: Kaki Palu
    Scroll to Top