728x90 AdSpace

  • Latest News

    Saturday 21 March 2020

    COVID-19: Polis tahan lelaki hadir perhimpunan tabligh

    BALIK PULAU: Seorang daripada empat individu yang ditahan dalam sekatan jalan raya di Jalan Sultan Azlan Shah, dekat sini, mengakui pernah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur, bulan lalu.

    Pengakuan itu menyebabkan anggota polis yang bertugas terpaksa bertindak pantas mengiringi empat individu yang menaiki sebuah kereta itu ke klinik kesihatan berhampiran.

    Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan, berkata mereka ditahan kira-kira jam 6.30 petang tadi dalam sekatan jalan raya berkenaan.

    Katanya, empat individu itu terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita yang berusia 27 hingga 55 tahun dan mendakwa dari arah Balik Pulau menuju ke pusat bandar.

    Seorang daripada lelaki itu berusia 55 tahun dari Batu Maung, mengaku menghadiri perhimpunan tabligh berkenaan, namun tidak pernah membuat saringan kesihatan selepas itu.

    “Dua lelaki lagi berasal dari Balik Pulau, manakala wanita berkenaan ialah isteri kepada lelaki pertama.

    “Semua mereka kini menjalani pemeriksaan mengesan COVID-19 dan tindakan lanjut diserah kepada pihak Kementerian Kesihatan,” katanya kepada media di sini, hari ini.

    Susulan penahanan itu, Anbalagan berkata, seorang daripada anggota polis yang bertugas diarahkan menjalani kuarantin selama 14 hari berikutan secara tidak sengaja menyentuh lelaki berkenaan.

    “Lelaki terbabit ketika ditahan dilihat meragukan dan cuba mengelak sekatan itu, menyebabkan dia terpaksa dipegang anggota polis berkenaan.

    “Anggota polis itu perlu menjalani kuarantin sendiri di rumah dan kita akan lihat perkembangan kesihatannya,” katanya.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: COVID-19: Polis tahan lelaki hadir perhimpunan tabligh Rating: 5 Reviewed By: Kaki Palu
    Scroll to Top