728x90 AdSpace

  • Latest News

    Friday, 20 March 2020

    COVID-19- Gaduh kerana jarak selamat

    Paris: Dua lelaki bergaduh hanya kerana jarak selamat ketika berbaris dalam tempoh penularan wabak Covid-19.

    Pergaduhan itu berlaku di luar sebuah pasar raya di Viri-Chatillon, pinggir bandar ini, selepas Perancis mengisytiharkan perintah berkurung.

    Video mengenai pergaduhan itu tular di laman sosial sejak kejadian Selasa lalu dan ditonton lebih 660,000 kali di Twitter.

    Daily Mail UK melaporkan, dua lelaki dilihat bergaduh dalam barisan dan orang lain datang membantu menyuraikan pergaduhan itu.

    Dilaporkan pergaduhan tercetus apabila mereka diminta mengekalkan jarak selamat ketika beratur di tempat awam.

    Seorang saksi mendakwa kedua-dua lelaki itu sudah beratur sejam kerana pergerakan terlalu perlahan.

    Ada juga memaklumkan di sepanjang barisan, orang ramai asyik menyebut jarak selamat harus dikekalkan.

    Seorang daripada lelaki yang bergaduh terpaksa ditarik keluar oleh dua pengawal keselamatan, menurut media tempatan.

    Sementara itu, pejabat pendakwa raya mengesahkan polis hadir di tempat kejadian namun tiada laporan dibuat mana-mana pihak.

    Wakil pejabat itu berkata, tiada mangsa tampil ke hadapan dan tiada pihak yang cedera mengemuka laporan.

    Laporan menyebut, kebanyakan pasar raya di Perancis sesak dengan pengguna berbaris panjang selepas Presidennya Emmanuel Macron mengumumkan perintah berkurung mulai Selasa lalu.

    -Harian Metro

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: COVID-19- Gaduh kerana jarak selamat Rating: 5 Reviewed By: Kaki Palu
    Scroll to Top