728x90 AdSpace

  • Latest News

    Friday, 20 March 2020

    Jantung mangsa serangan buaya terapung di atas air

    SARIKEI: Beberapa organ dan anggota tubuh manusia yang dipercayai milik mangsa serangan buaya di Sungai Mekam Sare, Sarikei dijumpai oleh pasukan dan penduduk kampung yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat, hari ini.

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, Mahmudin Narudin berkata kesemua organ itu ditemui dalam lingkungan tiga kilometer dari lokasi Lingai Rabong, 78, dilaporkan hilang pada Khamis.

    "Pada jam 11.02 pagi, bomba bersama dengan penduduk kampung menemui bahagian organ dalaman dan kaki kanan manusia di tebing Sungai Mekam di kawasan yang dikenali penduduk sebagai Lubok Buaya.

    "Pada jam 11.29 pagi pula, jantung dijumpai oleh penduduk kampung timbul di atas permukaan air. Penemuan tersebut diserahkan kepada polis untuk dihantar ke Hospital Sarikei," katanya.

    Operasi SAR masih berjalan bagi mencari bahagian badan lain mangsa.

    Dalam kejadian tersebut, Lingai dari Rumah Abak, Sungai Mekam dilaporkan hilang di kawasan Sungai Mekam ketika sedang mencari umbut apong.

    Ketika beberapa orang penduduk kampung berusaha mencari mangsa, tiba-tiba muncul seekor buaya tidak jauh dari lokasi barang-barang milik mangsa ditemui.

    -Utusan Borneo


    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Jantung mangsa serangan buaya terapung di atas air Rating: 5 Reviewed By: Kaki Palu
    Scroll to Top