KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 turun 38 sen seliter kepada RM1.44, manakala RON97 dan diesel masing-masing turun sebanyak 36 sen dan 12 sen.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini menyatakan harga runcit baharu bagi RON97 adalah RM1.74 manakala diesel, RM1.75.
Menurut kenyataan itu, harga runcit produk petroleum berkenaan bagi tempoh 21 hingga 27 Mac ini.
Penurunan harga runcit produk petroleum ini disebabkan harga minyak mentah dunia yang terus menurun ekoran ketidaktentuan ekonomi global akibat pandemik COVID-19.
"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," katanya.
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci