728x90 AdSpace

  • Latest News

    Thursday, 5 March 2020

    Bersatu Kelantan sedia bekerjasama

    Bersatu Kelantan menyatakan kesediaan mereka untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri yang kini ditadbir PAS, kata pengerusinya, Kamarudin Md Nor.

    Berdasarkan situasi semasa, kata Kamarudin, Bersatu Kelantan akan menyelaraskan kerjasama secara terbuka mengikut keputusan yang dibuat di peringkat pusat.

    "Ya, kita bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan Kelantan selepas perkara itu diselaraskan di peringkat pusat.

    "Cuma kita tunggu keputusan lebih lanjut oleh pimpinan tertinggi (Bersatu) bagaimana bentuk kerjasama yang boleh dibentuk dan kita bersikap terbuka," katanya kepada Malaysiakini, hari ini.


    Beliau berkata demikian sebagai mengulas pelantikan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, ekoran pergolakan politik yang menyaksikan kerajaan PH tumbang.

    Kerjasama sebahagian besar ahli parlimen Bersatu - yang diketuai Muhyiddin - dengan Umno dan PAS pula menyaksikan wujudnya Perikatan Nasional sebagai kerajaan.

    Kamarudin berkata, pihaknya melahirkan rasa syukur atas perlantikan Muhyiddin sebagai perdana menteri menggantikan Dr Mahathir Mohamad.
    -Malaysiakini

    "Dengan pelantikan itu maka selesailah soal mencari pengganti Dr Mahathir, kita sukacita kerana perdana menteri ini juga daripada parti Bersatu.

    "Pastinya kita menghargai dan berterima kasih kepada Dr Mahathir yang banyak berjasa kepada parti dan negara," katanya.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Bersatu Kelantan sedia bekerjasama Rating: 5 Reviewed By: Kaki Palu
    Scroll to Top