PEGUAM Haniff Khatri Abdulla mempersoalkan pengakuan yang dibuat oleh Tommy Thomas bahawa pelantikan beliau sebagai Peguam Negara sebagai lantikan politik.
Haniff berkata, Peguam Negara sebenarnya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan ia bukan satu lantikan politik.
Kata beliau, Tommy tidak sepatutnya meletakkan jawatan ketika kerajaan telah dibubarkan dan Yang di-Pertuan Agong memerlukan nasihat beliau.
Kenyataan Tommy, kata beliau telah memberi tanggapan bahawa kesemua keputusan yang dibuat sebelum ini termasuk membawa kes 1MDB ke mahkamah adalah bermotifkan politik.
Tommy yang dilantik ke jawatan tersebut pada 5 Jun 2018 melepaskan jawatan tersebut pada 28 Februari lalu iaitu empat bulan sebelum kontraknya tamat pada bulan Jun nanti.
Sepanjang lantikannnya beliau membawa pertuduhan ke mahkamah antaranya kes skandal kewangan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Yang terbaharu beliau memutuskan untuk menggugurkan semua pertuduhan ke atas 12 tertuduh yang didakwa berkaitan sokongan terhadap kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).
Jelas Tommy, dia telah dilantik oleh perdana menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Justeru apabila perdana menteri ke-7 itu meletakkan jawatan adalah wajar untuknya turut meletakkan jawatan.

"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci