728x90 AdSpace

  • Latest News

    Sunday 16 April 2017

    Suami Menangis Apabila Isteri Minta Dia Kahwin Lain...




    Seorang cikgu rambut beruban tanya berapa umur ustaz. Jawab saya muda lagi. Yer tahu ustaz muda lagi. Bila saya cakap umur saya. Kata dia wah muda lagi. Berapa umur cikgu. 55 tahun..

    Kata saya wah mudanya. Kami gelak-gelak. Allah bagi cikgu sihat dan awet muda. Bila tanya pasal isteri. Dia sebak menangis.

    Ustaz doakan isteri saya. Saya sayangkan dia sangat. Dia kena kanser rahang hidung. Dah 4 tahun. Baru ini dia bisik pada saya suruh saya kahwin lain. Dia beri nama kawan-kawan dia yang baik. Abang tadi menangis.

    Katanya saya cuma fikirkan dirinya. Saya sayang dia. Bila doktor panggil saya dan pesan supaya jaga isteri baik-baik. Kalau boleh elak atau kurangkan dari bersama hubungan suami isteri. Jangan bagi isteri masak. Dan buat kerja berat-berat. Sehinggalah dah 4 tahun macam rawatan. Saya tak pernah fikir semua itu. Saya cuma risau kesihatannya.

    Saya cuma nak hidup dan mati bersamanya. Saya nak bersama dalam syurga bersamanya. Memang saya sedih bila dia fikir dia susahkan saya. Saya ikhlas mencintainya. Saya cakap padanya. Jangan sebut-sebut nama wanita lain depan abang. Abang dah tua. Abang cuma nak awak jer. Bercinta sampai syurga..

    Saya dan seorang sahabat saya sebak menangis. Kata saya padanya, tapi tergamak ada orang sakitkan hati isteri. Marah isteri. Ada orang kasar dengan isteri. Wanita itu setia jaga rumahtangga. Berkorban siang malam.

    Muhasabahlah. Masuklah dan tengoklah semasa isteri bersalin. Lihat kesan luka bersalin. Ada yang masih tinggal sehingga hari ini. Mati demi kerana Allah melahirkan anak. Demi suami. Ingat sakit isteri. Sakit ibu bersalin ialah zikir. Ia ada dalam Al-Quran. Berlemah lembutlah. Pulanglah dan peluk isteri. Pulanglah dan peluk anak-anak-ebit lew

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Suami Menangis Apabila Isteri Minta Dia Kahwin Lain... Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top