728x90 AdSpace

  • Latest News

    Thursday 27 February 2020

    Johor bertukar kerajaan

    Istana Johor mengumumkan negeri itu kini ditadbir oleh kerajaan baru.

    Menurut kenyataan Setiausaha Sulit Sultan Johor, Jaba Mohd Noah, kerajaan baru itu mendapat sokongan "majoriti" daripada Adun negeri terbabit.

    Katanya, Menteri Besar, Dr Saharuddin Jamal dari Bersatu dan Pengerusi Umno Johor, Hasni Mohamad, mengadap sultan semalam ekoran penarikan Bersatu dari PH.


    Daripada 56 ADUN di Johor, dua tidak dapat hadir ke istana semalam adalah ADUN AMANAH Simpang Jeram, Datuk Seri Salahuddin Ayub dan ADUN BERSATU Puteri Wangsa, Mazlan Bujang.

    Jaba memaklumkan, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga ADUN Bukit Gambir turut hadir dalam sesi temubual semalam.

    “Setiap ADUN dikehendaki menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi mengesahkan pendirian mereka sama ada menyokong PH atau gabungan baharu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

    Beliau berkata, gabungan parti baharu berhak memberikan cadangan nama calon Menteri Besar, sebelum susunan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri yang baharu dilantik.

    Jaba menjelaskan, Sultan Ibrahim berharap pentadbiran Kerajaan Johor segera dibentuk bagi memastikan pembangunan negeri berjalan dengan lancar demi kemajuan dan kesejahteraan hidup semua rakyat di negeri itu.

    Semalam, Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal bersama Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Hasni Mohammad menghadap Sultan Ibrahim bersama 52 ADUN daripada PH, BN dan PAS.

    Sesi berkenaan berlangsung selama dua jam di Bangunan Sultan Ibrahim di Bukit Timbalan, di sini.


    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Johor bertukar kerajaan Rating: 5 Reviewed By: Kaki Palu
    Scroll to Top