728x90 AdSpace

  • Latest News

    Saturday, 26 October 2019

    Sokong Mahathir Bukan Sokong PH

    Tindakan beberapa Yang Berhormat Barisan Nasional (BN) dan PAS menyokong Dr Mahathir Mohamad terus kekal sebagai Perdana Menteri sehingga akhir penggal menimbulkan perdebatan hangat dikalangan pembual di warong kopi.

    PAS tidak bermasalah dalam hal ini kerana menyokong Dr Mahathir untuk kekal satu penggal sebagai Perdana Menteri bukan menyokong atau menjadi ahli mana-mana parti kerajaan (PH).

    PAS lebih terbuka dan memahami sekiranya berlaku pemindahan jawatan Perdana Menteri seperti tukar perabot masalah ekonomi sukar di pulihkan.

    Bukan dikalangan bijak pandai politik malah pekebun, petani serta nelayan juga tahu sudah banyak aset negara telah di jual setelah Pakatan Harapan memerintah.

    Sekiranya perpindahan kuasa dari Dr Mahathir kepada yang lain sudah pasti akan berlaku perubahan sebahagian dasar yang dibawa Dr Mahathir. Secara tidak langsung bilion wang rakyat terbang begitu sahaja. Dan mungkin aset negara akan di jual lagi.

    Walaupun memahami menyokong Dr Mahathir untuk kekal satu penggal sebagai Perdana Menteri bukan menyokong parti kerajaan.

    Orang-orang UMNO sebahagiannya kelihatan tidak mahu kuak pintu minda untuk menerima perbezaan menyokong Dr Mahathir untuk kekal satu penggal bukanlah menyokong mana-mana parti dalam PH.

    Namun dalam seni tari politik sukar dibaca sehingga ada menyalahkan lantai bila terjatuh.

    Orang-orang UMNO masih ada lagak lama tidak boleh di tinggalkan seolah-olah masih berada dipentas kuasa membajak sombong menanam angkuh di kebun berlahar.


    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Sokong Mahathir Bukan Sokong PH Rating: 5 Reviewed By: Kaki Palu
    Scroll to Top