728x90 AdSpace

  • Latest News

    Sunday, 6 October 2019

    Apakah patut tolak MCA di Tanjung Piai?


    Pilihan raya kecil (PRK) kerusi Parlimen Tanjung Piai yang akan berlaku pada November ini semakin hangat di perkatakan.

    Dengan majoriti tipis di perolehi Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 lalu dilihat kerusi itu akan berganjak.

    UMNO yang menangguhkan perhimpunan agungnya kelihatan begitu yakin akan merampas kembali kerusi yang di menangi PH.

    Berbelah bahagi bagi UMNO adalah mengenai calon yang akan di letakkan di Tanjung Piai. Apakah calon Barisan Nasional (BN) dari MCA masih layak atau calon dari UMNO lebih layak?.

    Berdasarkan rekod Tanjung Piai merupakan kerusi tradisi MCA, namun kelihatan tidak bermaya setelah pengundi Cina menolak BN.

    Sekiranya UMNO redha calon dari MCA di pasangkan ia akan timbul satu hal baharu, iaitu soal keyakinan terutamanya pengundi Melayu yang menyokong PAS.

    UMNO perlu melihat sejarah PAS dengan DAP, yang mana kedua parti ini pernah adakan kerjasama politik. Untuk kelihatan atau memberi ruang keyakinan kepada DAP, PAS sanggup ketepikan perjuangan untuk mendirikan negara Islam.

    Akhirnya perselisihan besar berlaku dan bercerailah PAS dan DAP.

    Berwujud dari sejarah itu, ramai di kalangan ahli PAS menganggap MCA juga seperti DAP, dan hal ini rasanya para pemimpin parti Islam itu lebih tahu.

    Walaupun menerima baik penyatuan ummah UMNO PAS, ia tidak semestinya mudah untuk pengundi dari ahli PAS menerima calon selain dari orang Islam.

    Berdasarkan kelestarian pemikiran, yang mahu memenangkan BN di kerusi Parlimen Tanjung Piai adalah undi dari mereka yang memberi undi kepada PAS pada pilihan raya umum lepas.

    Walaupun ia tidak logik jika diambil kira dengan isu semasa dan bebanan hidup rakyat yang semakin bertambah di bawah kerajaan PH, undi yang ada pada PAS itu penting dan tidak boleh di nafikan.

    Bagi pengundi setia ahli UMNO tidak mungkin berganjak walaupun calon BN dari MCA.

    PRK Tanjung Piai juga di jangka penghijrahan undi besar-besaran akan berlaku sama ada kepada BN atau PH.

    Berdasarkan suhu politik semasa, penghijrahan undi dikalangan pengundi Melayu kepada BN sukar di nafikan.

    Bagi pengundi Cina ia tidak sukar di jangka kiranya mengambil kira penolakkan kaum itu kepada BN sejak beberapa kali PRU.

    Namun begitu, ia tidak mustahil ada perubahan namun dalam skala kecil.

    PRK Tanjung Piai juga merupakan ujian kepada kerajaan negeri, kerana ia boleh dianggap sebagai pengukur kekuatan sokongan kepada parti kerajaan.

    Jika PH kalah, PRK Tanjung Piai permulaan tergugaknya kerajaan negeri.

    Pengorbanan

    Pengorbanan perlu dilakukan UMNO Bahagian Tanjung Piai kerana dalam keadaan kalah jangan bersikap seperti abang long.

    Kiranya kesemua cawangan UMNO dikawasan itu memboikot atau menolak calon MCA, samalah dengan membunuh diri sendiri, kerana dalam apa juga persatuan kiranya seorang manusia bersikap bodoh untuk dilihat lebih cerdik dari yang lain, persatuan itu akan lebur.

    Presiden UMNO dan Timbalannya dilihat tidak bermasalah untuk bersetuju calon dari MCA di pasangkan di Tanjung Piai.

    Namun begitu, untuk menentukan sesuatu itu supaya lebih baik, suara orang bawah patut diutamakan. Kerana pengorbanan perlu dilakukan bukan dengan ungkapan.


    Pengundi

    Pengundi Melayu terutamanya penyokong dan ahli UMNO PAS perlu jauhkan sifat politik kotor dengan sengaja untuk mengalahkan calon MCA dengan memberi undi pada PH.  Strategi kotor ini jika dilakukan, ia pasti ada tujuan, tujuannya untuk memudahkan UMNO mengambil alih kerusi tradisi MCA itu pada PRU15 akan datang.


    Layakah MCA

    Dalam sesebuah negara demokrasi dengan rakyatnya berbilang kaum.

    Negara perlu sebuah kerajaan yang di pimpin bukan satu babgsa.

    Mana mungkin bangsa lain lebih memahami adat budaya bangsa lain lebih dari bangsa sendiri.

    Sungguhpun memindahkan angka lebih mudah dari pindah undi, ia boleh di lakukan dengan mudah kiranya meletakkan akal pada tempatnya.

    Oleh itu, MCA perlu di beri peluang untuk bertanding di Tanjung Piai.






    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Apakah patut tolak MCA di Tanjung Piai? Rating: 5 Reviewed By: Kaki Palu
    Scroll to Top