KUALA LUMPUR: Pelakon popular, Erra Fazira, menyifatkan pengalaman mengerjakan ibadat haji, baru-baru ini sebagai kenangan terindah dalam hidupnya.
Erra, 45, yang kembali ke tanah air pada 20 Ogos lalu berkata, sama seperti jemaah haji lain, dia berharap segala ibadatnya sepanjang di Tanah Suci Makkah diterima dan diberikan Allah SWT ganjaran haji mabrur.
Pelakon yang dikenali menerusi filem Sembilu dan Maria Mariana itu berkata, sejak pulang ke tanah air, sudah ada yang menyapanya dengan gelaran hajah.
“Memang pada awalnya saya kekok dan minta disapa seperti biasa. Tetapi, ustaz yang menjadi mutawif sepanjang di sana menasihatkan saya supaya tidak menolak jika dipanggil dengan gelaran itu.
“Saya anggap panggilan itu sebagai peringatan pada diri supaya menjaga dan berhati-hati dalam setiap tindak-tanduk,” katanya.
Berkongsi perkembangan kerjaya seni, Erra berkata, selepas hampir sedekad tidak merakamkan lagu baharu, kerinduan peminat bakal terubat menerusi single terbarunya, Menangkah Cinta.
Finalis Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 itu berkata, pada mulanya lagu itu akan dilancarkan dalam masa terdekat, namun terpaksa dianjak untuk memberi laluan kepada promosi filem lakonannya, Wangi yang bakal menemui penonton, bermula 5 September ini.
“Mengikut perancangan asal, saya sepatutnya memulakan promosi lagu ciptaan Hafiz Hamidun itu dalam masa terdekat. Hasrat itu bagaimanapun, terpaksa ditunda apabila Wangi dijadualkan memasuki pawagam.
“Seboleh mungkin, saya cuba elakkan pertindihan jadual promosi untuk memberi keadilan kepada kedua-dua produk. Selepas berbincang dengan pengurusan, kami sepakat menunda dahulu siri promosi Menangkah Cinta,” katanya.
Mengakui teruja menanti reaksi peminat selepas hampir sedekad tidak merakamkan lagu baharu, Erra berkata, Menangkah Cinta hanya akan diperkenalkan kepada umum sama ada pada akhir September atau awal Oktober ini.
“Saya agak gementar menanti reaksi pendengar, tambahan pula sudah lama tidak merakamkan lagu baharu. Saya akui, ambil sedikit masa menyesuaikan diri dengan persekitaran di studio rakaman.
“Alhamdulillah, Hafiz memahami situasi saya yang sudah lama tidak masuk studio. Dia memberikan saya ruang membiasakan diri dengan suasana di studio supaya selesa.
“Mungkin disebabkan sudah lama tidak merakamkan suara, saya jadi serba tidak kena,” katanya.
Mengulas pembabitannya dalam filem arahan Yeop Hitler yang diterbitkan Resilience Studio Sdn Bhd itu, Erra berkata, dia teruja menjayakan watak Nur dalam produksi psiko thriller itu.
“Saya membawakan watak Nor yang baru melahirkan anak, tetapi terpaksa berdepan misteri kehilangan adik angkatnya, Bella (lakonan Nabila Huda).
“Sepanjang berpantang, pelbagai kejadian misteri dilaluinya yang menuntut jawapan,” katanya mengenai filem yang turut dibintangi Sharnaaz Ahmad dan Syazwan Zulkifly itu.

"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci