Saturday, 30 June 2018
Zahid Hamidi Presiden UMNO Bagi Tempoh 2018 - 2021
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terus mendapat kepercayaan dan keyakinan ahli UMNO apabila beliau dipilih sebagai Presiden UMNO baharu bagi tempoh 2018-2021.
Keputusan itu sekali gus menjulang Ahli Parlimen Bagan Datuk itu yang sebelum ini menjalankan tugas pemangku Presiden UMNO sebagai Presiden UMNO kelapan.
Setakat jam 9.40 malam tadi, Ahmad Zahid memperoleh 93 undi, menewaskan empat pesaing lain antaranya dua nama besar UMNO iaitu bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Rembau dan veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah selaku Ahli Parlimen Gua Musang.
Dalam pemilihan UMNO kali ini, Khairy memperoleh 51 undi, manakala Tengku Razaleigh ataupun Ku Li mendapat 23 undi.
Dua lagi pencabar kerusi berkenaan yang kurang dikenali iaitu ahli UMNO Bahagian Bandar Tun Razak Mohamed Iqbal Maricair dan ahli UMNO Bahagian Iskandar Puteri, Mohd Yusof Musa@Jamaluddin, gagal memperoleh sebarang undi.
Mesyuarat perwakilan UMNO yang bermula hari ini membabitkan 191 bahagian dengan agenda utama hanya untuk memilih barisan kepemimpinan peringkat Bahagian dan Majlis Tertinggi bagi sesi 2018-2021.
Kemenangan Ahmad Zahid begitu signifikan pada pemilihan yang dianggap sebagai ibu segala demokrasi, selepas Barisan Nasional (BN) kecundang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Pemilihan kali ini juga amat bersejarah kerana sejak 1988 susulan tidak ada pertandingan untuk jawatan presiden dan timbalan presiden. Kali ini, ia dibuka untuk dipertandingkan.
Ahmad Zahid, 65, adalah Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas presiden parti mempunyai pengalaman luas lebih 30 tahun dalam bidang politik selain berpengalaman luas dalam bidang perniagaan perbankan.
Beliau juga pernah menjawat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri ketika era pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.
Beliau kemudian menyandang jawatan Menteri Pertahanan (2009-2013) sebelum bertukar ke portfolio sebagai Menteri Dalam Negeri sejak 16 Mei 2013.
Berkelulusan Doktor Falsafah dalam jurusan Komunikasi dari Universiti Putra Malaysia (UPM), anak kelahiran Bagan Datuk, Perak itu mula menjadi anggota Kabinet sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (2008-2009) semasa pentadbiran Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Sebelum menjadi anggota Kabinet, beliau pernah berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan sebagai Timbalan Menteri Pelancongan pada tahun 2004 dan Timbalan Menteri Penerangan (2006-2008).
Permulaan karier politiknya bermula 1984. Ketika itu, beliau bergiat aktif sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datuk sehinggalah terpilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia bagi tempoh 1996 hingga 1999.
Pada 1991, beliau dilantik sebagai anggota Dewan Negara selama satu penggal.
Bagi jawatan Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendahului pencabar lain dengan 16 undi, sehingga jam 9.47 malam tadi.
Beliau disusuli Datuk Seri Mahdzir Khalid (12 undi), Datuk Seri Johari Abdul Ghani (15 undi), Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (13 undi), Datuk Tajuddin Abdul Rahman (12 undi) dan Datuk Seri Ahmad Said (satu undi).
Bagi calon ikan bilis yang bertanding jawatan berkenaan iaitu Sheikh Razali Sheikh Hamad masih gagal meraih sebarang undi buat masa ini.
Setakat jam 9.47 malam, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO baharu dengan 75 undi.
Mohamad Hasan ataupun dikenali sebagai Tok Mat menewaskan bekas Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang memperoleh 55 undi.
Friday, 29 June 2018
Country Has Lost RM200 Billion Since Pakatan Took Over Putrajaya
Why the many raids and press conferences?
The answer is simple and I will not need to write a long article about this.
It is a diversionary tactic.
More than RM200 billion has disappeared from the stock market while an estimated RM40 billion of that has left the country.
The majority of the market players, the Chinese, are keeping very quiet and do not dare grumble because they ‘malu besar’ (extremely embarrassed) since 95%-98% of them voted Pakatan Harapan.
To grumble would mean they will be admitting they made a mistake voting for Pakatan.
The Malaysian stock market performance under Najib Tun Razak’s watch.
So, the government needs a weapon of mass distraction and that is the reason for the daily raids, press conferences and media statements.
They need to distract people from the fact that in less than 50 days Malaysia is going down the drain.
The problem with spiral dives, as any pilot would tell you, is it is very difficult to recover from it and eventually you crash and burn.
Other than the Chinese, the big losers are EPF, PNB, LTAT, Tabung Haji, and many more government trust agencies.
If this continues they will be hard-pressed to service their dividends.
The stock market was doing fine until Mahathir and Pakatan Harapan took over the federal government.
Malaysia’s stock market is about 130% of GDP and Malaysia’s GDP is about RM1.2 trillion.
So we do not have far to go to go bankrupt.
If Daim Zainuddin cannot come out with a workable plan within the next 50 days, the market is going to be RM500 billion poorer and the equivalent of 40% of Malaysia’s GDP is going to get wiped out.
And it will take Mahathir only 100 days to destroy what took Najib nine years to build up.
Malaysia Today
Thursday, 28 June 2018
Cerita ‘Langkah Najib’ 1987 Kembali
Tun Dr Mahathir Mohamad lawan Tengku Razaleigh Hamzah pada tahun 1987 untuk merebut jawatan Presiden Umno merupakan pertandingan paling sengit yang pernah diingati.
Team A lawan Team B. Team A menang, Team B kalah tipis.
Kisah yang berlaku hampir 30 tahun dahulu sudah menjadi seperti riwayat. Penceritaannya berliku-liku. Ada fakta. Ada separa fakta. Bergantung dari sudut mana ia dilihat. Bergantung siapa yang menceritakannya.
Perjalanan sejarah dilihat ada jalurnya sendiri. Namun tidak ramai yang menyedari jalur ini terbina kerana langkah-langkah kritikal yang berlaku ketika itu.
Misalnya, sehingga sekarang umum tak mengetahui, kenapa Datuk Seri Najib Razak dilihat menyeberang sempadan. Dari orang yg dikenali sebagai orang Ku Li, anak didik Ku Li ketika itu, hanya di saat akhir sebelum pengundian, Najib mengisytiharkan sokongannya kepada Dr Mahathir.
Keputusan akhir – Ku Li kalah 43 undi.
Jumlah perwakilan tak sampai 3,000 orang. Ketika itu satu Bahagian Umno diwakili 11 orang. Kalau dua Bahagian menyeberang sempadan, sudah tentu keputusan berbeza.
RAMAI MENGANGGAP LANGKAH NAJIB DI SAAT AKHIR ITULAH MENJADI PENYEBAB BESAR KEKALAHAN KU LI.
Sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno dan Ketua Perhubungan Umno Negeri Pahang ketika itu, sudah tentu Najib mampu membawa lebih dari dua bahagian berpaling menyokong Dr Mahathir.
Sejarah berbeza dan jalur perjalanan politik Umno berbeza. Tanpa langkah Najib, mungkin Dr Mahathir kalah dan Ku Li jadi Perdana Menteri. Sudah tentu corak dan lanskap politik negara juga berbeza.
Umum mengetahui dalam politik, kita tidak boleh terlalu mengharap orang berterima kasih atau mengenang budi di masa depan. Ketika ini, Dr Mahathir tidak perlu menoleh kebelakang untuk berterima kasih kepada Najib kerana tanpa Najib, beliau mungkin kalah ketika itu dan tidak terus menjadi Perdana Menteri.
Itu sebahagian dari jalur sejarah untuk beliau menjadi Perdana Menteri ke-7. Lagi pun Dr Mahathir sudah pun membalas budi Najib dengan pelbagai cara selepas itu. Maka haknya juga untuk menghukum Najib pada hari ini sekiranya Najib berbuat sesuatu yang beliau tidak senangi.
Namun kalau Dr Mahathir menyatakan kekesalannya menjatuhkan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan menaikkan Najib selepas itu, sudah tentu Najib pula berhak menyatakan kekesalannya menjatuhkan Ku Li dan menyokong Dr Mahathir 29 tahun dulu.
SEBAB ITU KINI, RAMAI INGIN TAHU CERITA SEBENAR “LANGKAH NAJIB” TAHUN 1987. HANYA NAJIB BOLEH MENCERITAKANNYA.
Ia penting, kerana hanya di tahun 2018 ini kita melihat pertandingan merebut jawatan Presiden Umno dipertandingkan kembali. Entah dirancang, entah kebetulan. Nama Ku Li muncul lagi.
Bagi Ku Li, jangan dilihat pertandingan ini untuk beliau melawan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atau Khairy Jamaluddin. Ia adalah pertandingan di mana Ku Li ingin mengepalai Umno melawan Dr Mahathir lagi.
Mungkin ini langkah terakhir Ku Li dalam kehidupan politiknya. Menang kalah adalah adat. Namun ini peluang terakhir untuk beliau menunjukkan keupayaan menentang Dr Mahathir sekali lagi. Ada yang menganggap untuk temukan buku dan ruas ialah perlawanan kembali Dr Mahathir-Ku Li versi 2.0. Mereka sama berpengalaman, sama veteran dan sama berumur.
Dalam sejarah ramai melihat cara Dr Mahathir mengendalikan musuh politiknya. Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah merasanya, Zahid pernah merasanya, Lim Kit Siang pernah merasanya, Lim Guan Eng pernah merasanya. Kini Najib dan Umno sedang merasainya.
MUNGKIN NAJIB DAPAT BERKONGSI PERASAANNYA KALAULAH BELIAU TIDAK BERPALING MENYEBERANG SEMPADAN TAHUN 1987, APA YANG DIRASAI MEREKA INI MUNGKIN TIDAK BERLAKU.
Jalur sejarah berlaku kerana perjalanan masa. Keputusan kita hari ini walaupun kecil tetapi ia mungkin amat kritikal menentukan perjalanan sejarah di masa depan.
Oleh : http://twentytwo13.my/issues/cerita-langkah-najib-1987-kembali/
1 Juta Penganut Syiah Di Malaysia, Dedah Faizal Tehrani
Seremban – 1 juta penganut Syiah di Malaysia. Dr. Mohd Faizal Musa atau dikenali sebagai Faizal Tehrani menyatakan, angka tersebut merupakan unjuran yang diambil dari sumber dari Iran.
Beliau bagaimanapun, menyatakan angka yang lebih realistik bagi penganut Syiah yang berada di Malaysia, berada sekitar 100,000 hingga ke 500,000 orang.
Bercakap di Seminari Teologi Malaysia, Seremban, beliau membentangkan dapatan daripada kertas kerja bertajuk “State-backed Discriminations Against Shiah Muslims in Malaysia since 1996-2014”.
Faizal Tehrani mendakwa, golongan “The Other Muslims” seperti penganut Syiah didiskriminasi melalui pelbagai cara di Malaysia.
Titik paling utama kepada penindasan yang disebutkannya ini bermula dengan Fatwa pengharaman Syiah yang dikeluarkan pada tahun 1996.
Ketika ditanyakan persoalan berkenaan solusi kepada masalah golongan Syiah di Malaysia, Faizal Tehrani yang juga Felo Penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata:
“Diskriminasi terhadap Syiah di Malaysia agak unik, tidak sama seperti di Pakistan di mana kita tidak tahu siapa ‘para pelakunya’, tetapi di Malaysia, kita tahu Kerajaan merupakan pihak yang menindas golongan Syiah,”
Mengenai bantuan yang diterima oleh golongan Syiah di Malaysia, beliau menyatakan bantuan dari pihak tempatan agak kurang.
Walaubagaimanapun, pada 2010, Syiah dari Amerika Syarikat dan Eropah menghulurkan bantuan dengan menderaf laporan untuk dikemukakan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menjemput campurtangan antarabangsa.
“Sebahagian dari peranan saya ialah untuk membantu mereka (penganut Syiah) dengan mengangkat perkara ini dalam dunia akademik dan menyuarakan perjuangan mereka di Geneva… Saya berharap, Syiah negara asing dapat membantu saudara-saudara mereka di Malaysia,”
Faizal Tehrani juga membuat pengakuan bahawa beliau telah pun membuat ziarah suci ke Karbala dan mengibarkan Jalur Gemilang di sana.
Program tersebut turut menyaksikan kehadiran Dr Eugene Yapp sebagai salah seorang panelis.
Wednesday, 27 June 2018
Khaled Permata Rakyat : Jangan Dibuang Beliau Kali Kedua
JOHOR BAHRU : Hari ini, anak kepada calon Naib Presiden UMNO, Dato’ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin iaitu Akmal Saufi telah berkongsi satu penulisan melalui Instagram miliknya.
Katanya, penulisan tersebut dari seorang kenalan yang bukan begitu rapat tetapi percaya akan kepimpinan ayahnya. Penulis tersebut telah memperkenalkan namanya sebagai ‘Anak Watan Johor’.
Dalam penulisan tersebut, penulis begitu mengagumi kepimpinan Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin sebagai bekas Menteri Besar Johor. Sehingga penulis sendiri mengelar bekas Menteri Besar tersebut sebagai seorang Arkitek Melayu Moden.
“Dalam masa 5 tahun dari tahun 2013, sebanyak 16,000 Rumah Mampu Milik Johor dengan harga kurang dari RM150,000 setiap satu berjaya disiapkan di Johor. Dengan lagi 84,000 akan terbina jika diteruskan kerajaan sedia ada.
“Kami menyesal kerana terpaksa mengorbankan Dato Khaled untuk menumbangkan Dato Najib. Tapi apakah daya, itu sahaja caranya. Tetapi dengan nafsu Menteri Besar Johor baru, baru kami sedar bahawa rupanya kami telah buang permata di hadapan kami. Kami insaf.
“Sebagai hadiah kami bangsa Johor, terimalah pemimpin kami Dato Seri Mohamed Khaled sebagai juga pemimpin orang Melayu diperingkat negara.
“Dengan Dato Seri Mohamed Khaled nescaya walau sebagai pembangkang pun, orang Melayu tetap terbela dan UMNO disegani. Itu saja yang kami boleh bantu dalam saat getir orang Melayu kini. Gunakanlah khazanah negeri Johor ini dengan sebaiknya,” katanya melalui penulisan di Instagram milik Akmal Saufi.
Mengenai perebutan jawatan Naib Presiden UMNO akan dipertandingkan pada 30 Jun 2018 ini.
"Yang Baik Itu Budi, Yang Indah Itu Bahasa"
1. Isu penggunaan Bahasa Mandarin oleh Lim Guan Eng hangat diperdebatkan di media sosial.
2. Dlm isu ini perlu dilihat daripada pelbagai perspektif. Dalam perlembagaan Perkara 152 sendiri sudah dinyatakan bahawa Bahasa Kebangsaan adalah Bahasa Melayu.
3. Cukup lengkap penerangan nya dari segi kaedah penyampaian penggunaan Bahasa Melayu. Selain daripada urusan rasmi, Bahasa Melayu juga sebagai 'lingua franca' dlm kalangan rakyat Malaysia.
4. Jika dilihat dari segi audience PC Menteri Kewangan, kebanyakkan media yg ada adalah dari kalangan media yg menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam kaedah penyampaian. Tidak dinafikan bahawa statement dlm Bahasa Mandarin memudahkan wartawan2 dari channel yg menggunakan penyampaian bahasa lain seperti 8tv, AEC dan sebagainya.
5. Statement tersebut memudahkan wartawan2 channel Bahasa Mandarin untuk membuat "storyline" dan memberi kefahaman kpd audience yg rata2 menggunakan Bahasa Mandarin sebagai perantaraan.
6. Apa yg menjadi perdebatan adalah kaedah penyampaian Menteri Kewangan yg post statement dlm Bahasa Mandarin di media sosial. Dlm media sosial, audience nya adalah public.
7. Hampir kesemua audience menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantara. Jika audience nya adalah wartawan, boleh emel atau print out statement Bahasa Mandarin kpd wartawan yg tertentu bagi memudahkan kefahaman mereka.
8. Dalam perlembagaan dah dinyatakan bahawa hanya Bahasa Kebangsaan digunakan untuk urusan rasmi Kerajaan. Tak perlu menegakkan benang yang basah. Jangan menggunakan kapasiti sebagai Menteri Kewangan untuk menghalalkan cara.
9. Ini bukan soal racist, tapi ini berkenaan dengan rukun Negara yang ketiga, Keluhuran Perlembagaan. Kalau Menteri Kewangan sendiri boleh memperlekehkan Perlembagaan, macam mana nak bagi kefahaman "Sayangi Malaysiaku" kepada rakyat?? Slogan hanya slogan, cukup-cukuplah berpolitik dalam Kerajaan.
10. Beliau perlu mengambil sikap dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung, juga jangan lupa frasa masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak. Tak perlu dipertikaikn asas2 dalam Perlembagaan Malaysia.
11. Sudah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia tentang Perkara 152 sejak dari kemerdekaan Negara dulu. Ingat, berpijak di bumi yang nyata, kontrak sosial di dalam Malaysia masih lagi utuh sejak kemerdekaan negara.
Muhammad Arif Baba
Timbalan Pengerusi
Pertubuhan Alumni Nadi Negara
Monday, 25 June 2018
Umno Lost GE14 Because of Top Leadership’s Scandals, Says Khairy
UMNO lost in the 14th general elections as the party was plagued with scandals among the top leadership, former Youth chief Khairy Jamaluddin said today.
The Rembau MP, who is running for the president’s post in the ongoing party elections, said younger voters in the party felt the top leadership had failed them.
“We have done the best. The Youth and Puteri wings have done well.
“But, when youth judge the party, they don’t just look at the Youth and Puteri, but from the top down as a whole. Whatever we do, we cannot change the people’s perspective.
“People had a problem with the scandals and leadership, which could not be borne (tampung) by anyone,” Khairy said in a live Facebook video today.
The former youth and sports minister said people were pleased with his performance as a minister, but decided to vote for Pakatan Harapan instead because of the scandals plaguing former prime minister Najib Razak.
“I read comments on my Facebook and social media – not that I want to praise myself – but a lot of people said that ‘we don’t have a problem with you KJ, you have done well.’
“‘We just cannot support Umno because of the scandals and the leadership.’ I have to be honest and say this.”
Khairy said it wasn’t just the youth who had rejected the Umno leadership, but Felda and the postal vote bank as well.
“Not only the youth but soldiers, Felda, and some police did not support us.
“Not because the ministers didn’t do their jobs, but because of much bigger issues.”
This is the second time Khairy has said Umno’s top leadership was the reason for the party’s and Barisan Nasional’s loss in the May 9 election.
In an interview with Channel News Asia after the polls, he said Umno had become detached from reality and was living in their own bubble.
"We became delusional; we got drunk on our own Kool-Aid and got carried away," he was quoted saying about allegations against former Umno president and prime minister Najib Razak over 1Malaysia Development Bhd’s scandals.
Khairy had been among the first to call for a complete revamp of Umno and change of leadership after losing federal power.
In the Facebook session today, he explained more about his manifesto, in which he pledged to decentralise power from the top, saying the party needed a new “bottom-up approach where we listen to the members”.
He said if he won the presidency, he would have townhall discussions with all 191 Umno divisions.
He also proposed a petition system where unhappy members could file complaints right away.
Khairy also said the leadership had to be transparent with its members about the party’s assets.
“I promise to realign Umno’s assets and work together with professionals so that returns are high. The returns will be funnelled back to Umno and the divisions.”
He added that a mobile app would be created to monitor performance of BN MPs in Parliament. – June 25, 2018.
Wednesday, 13 June 2018
UMNO Perlu Gerakan Revolusi Mental, Kata Faezah Fazal
UMNO memerlukan satu gerakan revolusi mental yang baru mencerna idea untuk menangani cabaran perubahan zaman dalam bidang ekonomi, politik, agama dan pendidikan serta teknologi.
Calon Naib Ketua Puteri UMNO, Nur Faezah Fazal berkata, UMNO akan kembali ke landasannya jika orang muda terus setia dalam parti dan orang lama melalui perubahan serta menerima realiti semasa.
Jelas beliau, antaranya yang penting adalah memanfaatkan teknologi baharu dan media sosial serta melihat konteks peremajaan secara menyeluruh juga bukan semata-mata pada umur.
"Pecahkan tembok pemisah antara parti dan rakyat. Manfaatkan sepenuhnya teknologi maklumat, khususnya media sosial untuk sentiasa mendekati dan memenangi hati golongan muda.
"Ini adalah tugas utama Puteri, menyakinkan generasi muda agar faham mengapa wadah kita adalah terbaik dan mengapa kita ada agenda transformasi tersendiri melalui media sosial.
"Kita mesti menyiapkan generasi muda. Maknanya kita lebih idealisme daripada soal hendak mendapatkan undi sahaja," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Nur Faezah, 28 tahun merupakan produk Sekretariat Mahasiswi Nasional (SWiNAS) di bawah naungan Puteri UMNO yang bertanding bagi penggal ini.
Jelasnya, perjuangan suara wanita muda harus bermula dari peringkat akar umbi tanpa mengira latar belakang.
"Pendekatan puteri UMNO perlulah mengikut latar belakang orang yang mereka ingin dekati. Sikap keterbukaan puteri UMNO itu sendiri yang perlu ditekankan bagi mencapai sasaran pada penghujung legasi sebuah kepimpinan.
"Saya yakin dan percaya, sesiapa sahaja yang akan diangkat sebagai Presiden UMNO yang baru nanti pasti akan menyantuni keperluan wanita muda. Ini kerana, jika mahukan lebih ramai penglibatan wanita muda dalam politik maka mereka perlu menyediakan banyak ruang dan peluang kepada tenaga wanita muda ini.
"Saya mahu menjadi penggerak kepada wanita muda mengenai kesedaran celik politik dan hak mengundi. Tetapi pada masa yang sama, wanita muda ini harus memberi balik kepada parti dengan cara meneliti program, polisi dan hala tuju kepimpinan serta cuba mengenal pasti segala kekuatan atau kelemahan dari pandangan mereka," ujarnya.
Katanya lagi, penyertaan aktif anak muda dalam UMNO seharusnya menjadi sesuatu perkara yang harus diraikan dalam menyuntik idea-idea menyegarkan parti.
"Hal ini telah dibuktikan dengan pelbagai gerakan anak muda, gerakan mahasiswa dan desakan golongan ini telah berjaya mempengaruhi kedudukan UMNO dan Barisan Nasional para Pilihan Raya ke-14 baru-baru ini.
"Saya mahu mengimarahkan penglibatan anak muda secara aktif dalam UMNO. Penglibatan golongan ini akan memberi nafas baru dan menjadi magnet untuk meraih keyakinan masyarakat untuk kembali bersama UMNO," jelasnya.
Imigresen Tahan Wanita Asing Tawar Urut Maksiat B2B
PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 12 wanita warga asing yang bekerja sebagai tukang urut menawarkan perkhidmatan urut badan ke badan (B2B) di dua premis rumah urut di Kuala Lumpur semalam.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata dua lelaki warga tempatan yang bekerja sebagai penyelia di premis tersebut turut ditahan dalam operasi penguatkuasaan Ops Gegar di kawasan Klang Lama, melibatkan para pegawai dari Unit Operasi Khas, Bahagian Perisikan, Operasi Khas dan Analisa Ibu Pejabat Putrajaya pada 5 petang semalam.
“Dua lelaki itu pernah ditahan melakukan kegiatan yang sama sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini berhubung operasi itu.
Mustafar berkata dua premis itu yang disyaki menjalankan aktiviti maksiat dan tidak bermoral melibatkan wanita warga asing pernah diperiksa dan pekerjanya ditahan namun beroperasi semula dan menawarkan khidmat urutan B2B.
Daripada 12 wanita warga asing itu, sembilan adalah warga Filipina dan masing-masing satu dari Vietnam, Thailand dan China.
Semasa pemeriksaan itu, aktiviti urutan itu giat dijalankan di bilik-bilik urut di tingkat dua yang dilengkapi dengan bilik mandi dan juga katil air untuk menarik perhatian pelanggan.
“Pelanggan juga diberi pilihan untuk mendapatkan urutan B2B di atas katil biasa ataupun waterbed,” katanya.
Menurut Mustafar, majikan premis itu mempunyai akaun ‘WeChat’ untuk memudahkan pelanggan membuat pilihan dan tempahan awal atas talian tanpa menghadirkan diri ke premis tersebut bagi tujuan pemilihan wanita mengikut nombor badan atau nama samaran.
“Premis tersebut menawarkan perkhidmatan urutan B2B dengan harga RM160 di mana RM70 akan diambil oleh majikan dan selebihnya RM90 merupakan “tips” untuk wanita warganegara asing bagi setiap langganan,” katanya.
Mustafar berkata sebanyak enam notis untuk hadir memberi keterangan kepada pelanggan yang berada di dalam premis semasa serbuan dilakukan bagi membantu siasatan lanjut.
Antara kesalahan yang dikenalpasti ialah tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa serta lain-lain kesalahan dibawah Akta Imigresen. Kesemua tahanan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Putrajaya.
Kesemua mereka akan disiasat mengikut Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan, Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, katanya.
“JIM akan sentiasa melakukan operasi penguatkuasaan setiap hari dan akan memastikan semua premis-premis yang melakukan aktiviti menyalahi undang-undang diambil tindakan terutamanya yang melakukan aktiviti tidak bermoral serta mencemarkan kesucian bulan Ramadhan,” katanya. – BERNAMA
Nasib Penjawat Awam Status Kontrak Akan Lebih Baik Jika BN Berkuasa - Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penjawat awam kontrak termasuk guru kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) akan menikmati nasib lebih baik jika Barisan Nasional (BN) kekal sebagai kerajaan.
Menurut bekas perdana menteri itu kerajaan BN tidak tergamak memberhentikan seorang pun daripada 17,000 penjawat awam kontrak yang selama ini dibantu punca pendapatannya.
Merujuk kepada satu status yang dibacanya di Facebook semalam, Najib mendakwa ada penjawat awam kesal dengan tindakan mereka memberi undi kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
“Seorang guru KAFA menyebut bahawa dia mengundi PH kerana sejak anaknya lahir, dia berdepan dengan momokan terhadap cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)... ke mana dia pergi, pekedai menyebut harga barang naik disebabkan GST.
“Tiba-tiba dua hari selepas 9 Mei, dia dapat notis pemberhentian kerja meskipun mengundi PH... ditamatkan (perkhidmatan) pada awal Ramadan dan air matanya menitis apabila melihat wajah dua anak kecilnya,” kata wakil rakyat Parlimen Pekan itu di Pekan, semalam.
Najib berkata demikian semasa berucap pada Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan kepada 100 orang golongan asnaf di Masjid Kampung Padang Polo di Pekan semalam, yang turut dihadiri isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
Beliau seterusnya berterima kasih kepada pengundinya kerana menjadikan Parlimen Pekan sebagai kawasan kemenangan BN tertinggi pada PRU14 walaupun berlaku penurunan dalam jumlah majoriti undi.
Katanya sebagai anggota Parlimen yang diberikan kepercayaan dan mandat pada pilihan raya lalu, beliau akan terus melunaskan tanggungjawab walaupun dirinya kini dalam kapasiti berbeza.
Tuesday, 12 June 2018
Wanita Arab Saudi Tunjuk Minat Tunggang Motosikal
WANITA Arab Saudi mula banjiri Institut Kemahiran Motosikal yang dimiliki secara persendirian untuk belajar menunggang motosikal menjelang penarikan semula larangan memandu kepada golongan itu pada 24 Jun ini.
“Menunggang motosikal menjadi minat sejak saya masih kecil,” kata Noura, 31, yang enggan memberikan nama sebenar kerana bimbangkan reaksi umum.
Menarik balik larangan memandu kepada wanita, simbol penindasan sekian lama terhadap golongan itu, adalah pembaharuan paling menyerlah dilancarkan Putera Mahkota Mohammed bin Salman.
Namun ia dibayangi gelombang penangkapan penyokong hak wanita termasuk aktivis veteran yang sudah lama membantah larangan itu.
Tiada seorang wanita di litar pemanduan itu mahu bercakap mengenai penangkapan, isu amat sensitif, sebaliknya memberi tumpuan kepada mendapat kebebasan asas yang sekian lama dinafikan.
“Saya membesar melihat anggota keluarga menunggang motosikal.
“Kini saya berharap memperoleh kemahiran mencukupi untuk menunggang di jalan raya,” kata Noura ketika memanjat untuk menaiki Yahama Virago.
Bersebelahan beliau, berusaha menghidupkan enjin Suzuki, ialah Leen Tinawi, 19, berketurunan Jordan yang dilahirkan di Arab Saudi.
Bagi kedua-dua wanita, menunggang motosikal bukan hanya sekadar minat yang didorong adrenalin, tetapi satu bentuk pemerkasaan.
“Saya boleh menyimpulkan seluruh pengalaman menunggang motosikal dalam satu perkataan – kebebasan,” kata Tinawi. – AFP
Monday, 11 June 2018
Tak Kisah Pun Bogel Depan Kamera
Aktor Darren Criss mengakui dia tiada masalah untuk tampil tanpa seurat benang di depan kamera.
Pengakuan tersebut dibuat Criss sendiri ketika menjadi tetamu undangan program The Ellen DeGeneres Show.
Baru-baru ini nama Criss menjadi bualan hangat umum selepas penampilannya berbogel siri televisyen popular The Assassination of Gianni Versace.
"Saya bogel!" katanya apabila Ellen DeGeneres memperkatakan topik itu.
Criss baru sahaja tamat mmbuat pertunjkkan Broadway Hedwig dan Inch Angry ketika dia menandatangani kontrak untuk membintangi siri jenayah popular di Amerika Syarikat itu.
Apabila ditanya sama ada dia mempunyai masalah telanjang di depan kamera, bekas bintang Glee itu menjawab, "Sekarang saya tidak."
Walau bagaimanapun, penerbit eksekutif Ryan Murphy meminta Criss menambah berat badannya beberapa kilogram. Disebabkan itu dia terpaksa makan dengan kuantiti yang banyak dalam sehari.
"Untuk minggu yang baik-dan saya seorang lelaki yang cukup sihat. Saya ok, saya akan minum bir, makan sedozen cheeseburger sehari,"katanya.
Selepas beberapa mengamalkan pemakanan tersebut, Criss mengaku ia mula berasa "begitu sakit." Jadi, dia menelefon Murphy dan berkata dia tidak boleh menambah berat badan.
Walau bagaimanapun, Criss mendakwa Murphy "tidak ingat" permintaan itu dan memberitahunya untuk tidak bimbang mengenainya.
"Saya harap saya tidak memanggilnya kerana saya menjalani kehidupan paling buruk," katanya.
Yahoo Messenger Akan Ditutup Selepas 20 Tahun Dilancarkan
CALIFORNIA: Syarikat teknologi Yahoo akan menghentikan aplikasi pesanan firma itu, Yahoo Messenger selepas 20 tahun ia pertama kali dilancarkan.
Mail Online yang memetik kenyataan Yahoo sebagai berkata, mereka yang masih menggunakan aplikasi itu yang pernah mencapai kemasyhurannya pada sekitar tahun 2000 mempunyai tempoh sehingga 17 Julai depan sebelum ia ditutup.
Namun, tiada aplikasi segera yang menggantikan aplikasi berkenaan dan Oath, sebuah unit di bawah syarikat Verizon yang mengendalikan Yahoo mencadangkan pengguna Yahoo Messenger bertukar kepada aplikasi pesanan baharu mereka digelar, Squirrel.
Yahoo Messenger dianggap sebagai perintis industri dalam bidang perisian sembang yang menjadi pilihan kebanyakan pengguna internet bersama satu lagi perisian AOL Instant Messenger yang kini tidak lagi aktif.
“Yahoo Messenger tidak lagi berfungsi selepas 17 Julai 2018 dan sehingga itu, anda boleh terus menggunakan perkhidmatan terbabit seperti biasa.
“Kami tahu kami mempunyai banyak peminat setia yang menggunakan Yahoo Messenger sejak ia mula beroperasi.
“Oleh kerana landskap komunikasi terus berubah, kami sedang memberi tumpuan terhadap pembinaan dan memperkenalkan alat komunikasi baharu yang menarik dan lebih sesuai dengan keperluan pengguna,” jelas firma berkenaan.
Yahoo dalam kenyataan itu menambah, pengguna boleh memuat turun sejarah perbualan mereka dari laman web firma berkenaan.
Selepas 17 Julai, pengguna tidak akan dapat masuk ke aplikasi Yahoo Messenger sama ada melalui telefon atau komputer mereka.
Walau bagaimanapun, ia tidak akan menjejaskan ID Yahoo anda.
- Utusan Online
Tiada "Limit", Tun M Mengaku Akan Jadi PM Selagi Rakyat Mahu
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau bersedia untuk berkhidmat sebagai perdana menteri jika itu adalah kehendak rakyat atau selagi mereka memerlukan khidmat beliau.
“Tetapi sudah tentu, saya tidak tahu berapa lama saya sendiri akan bertahan,” katanya sambil menambah bahawa dalam tempoh dua tahun beliau akan berusia 95 tahun.
Berucap pada Persidangan Nikkei di Tokyo pada Isnin, Dr Mahathir menegaskan bahawa beliau sudah menjadi perdana menteri tertua di dunia.
"Ia akan menjadi satu rekod jika saya mencapai usia 95 tahun dan masih menjadi perdana menteri," katanya secara bergurau.
Beliau menegaskan bahawa apa yang difikirkannya adalah berkhidmat kepada negara.
“Jika itulah apa yang rakyat mahu saya lakukan, saya akan mengikut kehendak mereka,” katanya
Dr Mahathir telah mengangkat sumpah sebagai perdana menteri untuk kali kedua bulan lepas selepas mengetuai gabungan Pakatan Harapan untuk mraih kemenangan yang menakjubkan dalam pilihan raya umum 9 Mei.
Beliau adalah perdana menteri dari tahun 1981 hingga 2003.
Dr Mahathir adalah dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Jepun. -Bernama
Malaysia Akan Ada Kereta Nasional Baharu, Kata PM
TOKYO: Malaysia akan memulakan projek kereta nasional baharu menerusi kerjasama dengan negara serantau lain, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bercakap pada sesi dialog Persidangan Antarabangsa Mengenai Masa Depan Asia sempena Persidangan Antarabangsa Nikkei Ke-24 hari ini, Dr Mahathir berkata Proton kini bukan lagi kereta nasional kerana sebahagian besar saham syarikat terbabit kini dimiliki syarikat China, Geely.
"Aspirasi kita sekarang ialah untuk memulakan sebuah lagi projek kereta nasional, mungkin dengan kerjasama negara serantau," katanya.
Tambah beliau, Thailand dan Jepun adalah antara negara serantau yang memiliki kepakaran dalam pembuatan kenderaan.
Dr Mahathir berkata demikian apabila ditanya mengenai potensi pembangunan industri baharu Malaysia dan bagaimana pelabur asing dapat melengkapkan senario itu.
"Kita mungkin terpaksa mengharapkan rakan asing pada permulaan tetapi lambat laun kita berharap pekerja tempatan sendiri dapat menguasai teknologi yang diguna pakai," katanya.
Sunday, 10 June 2018
9 Soalan Untuk Guan Eng...
Baru-baru ini, dua projek saluran paip di Malaysia telah menjadi tumpuan kerana dakwaan Menteri Kewangan Lim Guan Eng bahawa kontraktor China itu dibayar lebih awal sebelum mencapai tahap pembinaan tertentu.
1. Apakah dakwaan Lim Guan Eng?
RM8.3 bilion atau 88% daripada keseluruhan nilai kontrak bernilai RM9.4 bilion bagi kedua-dua projek itu telah pun dibayar walaupun hanya 13% daripada kerja-kerja pembinaan yang telah diselesaikan.
2. Bagaimanakah projek-projek itu dibiayai?
85% daripada nilai projek itu dibiayai oleh pinjaman mudah dari Kerajaan China dengan faedah 3% setahun manakala 15% dibiayai oleh Sukuk kerajaan pada kadar faedah 4% setahun.
3. Berapa lamakah tempoh pembinaan untuk kedua-dua saluran paip itu?
Bagi kedua-dua projek itu, ia adalah antara 2 hingga 3 tahun dari permulaan hingga penghabisan.
4. Adakah dana itu telah disalurkan kepada mana-mana pihak ke-3? Kemanakah semua pembayaran itu pergi?
Tiada pihak ke-3 yang telah dibayar. Semua pembayaran telah dibuat kepada kontraktor China utama mengikut kontrak.
5. Siapakah kontraktor utama China itu?
China Petroleum Pipeline Bureau (CPP), yang merupakan syarikat terbesar di dunia yang memasang saluran paip petroleum dengan lebih daripada 10,000 kilometer saluran paip yang telah dibina. Ia adalah anak syarikat milik penuh China National Petroleum Corporation (CNPC) yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan China. CNPC adalah s
yarikat ke-4 terbesar di dunia dengan pendapatan sebanyak AS$268 bilion (RM1.07 trilion) pada 2017.
6. Apakah impak sebenar pembayaran 88% ke atas Malaysia walaupun baru 14% pembinaan yang selesai?
Ia bergantung. Memandangkan projek itu hanya mengambil masa 2 hingga 3 tahun, impaknya adalah bahawa Malaysia perlu menanggung kos faedah 2 tahun lebih awal. Walau bagaimanapun, projek ini adalah majoritinya dibiayai oleh pinjaman mudah dari China dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 3% setahun, jadi kesan maksima akan berjumlah kira-kira RM500 juta dalam kos faedah tambahan atau ia mungkin lebih rendah kerana terma pinjaman mudah itu tidak didedahkan oleh Kementerian Kewangan. Mungkin terdapat tempoh bebas faedah atau syarat insentif dalam pinjaman mudah itu kerana ini bukanlah sesuatu yang luar biasa dalam pinjaman Kerajaan kepada Kerajaan.
7. Apa yang mungkin menjadi sebab untuk pembayaran yang tinggi berbanding dengan tahap pembinaan yang telah selesai?
Membina dan memasang saluran paip tidak sama seperti membina rumah atau membina lebuh raya. Ia bukanlah sesuatu yang luar biasa untuk majoriti kos projek-projek sedemikian ditanggung terlebih dahulu.
Sebagai contoh, reka bentuk, pengambilan tanah, kawasan fabrikasi untuk membuat paip dan pembelian bahan mentah untuk paip mungkin telah dilakukan terlebih dahulu untuk menyediakan laluan dan membuat paip. Memasang paip boleh dilakukan dengan cepat kerana pemasangan paip tidak sama dengan membina jalan raya atau terowong dalam projek pembinaan jalan yang biasa.
8. Jadi, apakah dua projek itu dan bagaimanakah ia memberi manfaat kepada Malaysia? Adakah kita akan mendapat kembali wang kita?
Pipa pertama ialah Multi-Purpose Pipeline (MPP) yang merupakan 800km lanjutan Peninsular Gas Utilisation (PGU) untuk menghubungkan Pengerang ke Melaka ke Perlis. Projek Pengerang RAPID yang sudah hampir selesai itu akan menjadi kilang penapisan minyak terbesar negara kita dan mengurangkan jumlah import minyak diproses dari Singapura. Produk-produk ini perlu disalurkan ke seluruh negara dengan cara yang paling murah dan paling dipercayai berbanding dengan lori tangki minyak. MPP dijangka memenuhi permintaan pasaran 30 tahun bagi produk petroleum di Semenanjung Malaysia.
Projek Trans Sabah Gas Pipeline (TSGP) adalah projek untuk membina saluran paip gas sepanjang 662km dari Terminal Gas Kimanis ke Sandakan dan Tawau. Projek ini adalah untuk membolehkan loji janakuasa bertenaga gas untuk beroperasi di bahagian barat Sabah dan menyelesaikan masalah elektrik yang dihadapi oleh kawasan tersebut serta memenuhi keperluan kompleks perindustrian di sana.
Salah satu projek utama ialah loji janakuasa 300MW yang tertangguh di Sandakan untuk menyelesaikan masalah gangguan bekalan elektrik di sana. Pelan sebelumnya untuk membina loji berkuasa arang batu di lokasi yang sama mendapat bantahan yang kuat manakala loji berkuasa diesel didapati tidak dapat dilaksanakan disebabkan pencemaran dan kos bahan diesel.
9. Adakah kos projek itu melebihi harga pasaran?
Lim Guan Eng tidak membuat dakwaan ini. Memandangkan projek-projek ini adalah lain daripada yang lain, ianya sukar untuk membandingkan kos. Bagaimanapun, Guan End berkata TSGP sepanjang 662km itu menelan kos RM4.06 bilion sementara saluran paip gas Sabah-Sarawak (SSGP) yang disiapkan pada tahun 2013 telah menelan belanja sebanyak RM4.6 bilion.
Anti-Wayang
PH Terpaksa Tangguh Janji Kepada Rakyat - Anwar
KUALA LUMPUR – Setelah berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu, kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah mengakui agak sukar untuk mereka menunaikan janji manifesto mereka secepat mungkin.
Oleh itu, kerajaan menggesa seluruh rakyat Malaysia untuk memahami keadaan ekonomi negara yang ketika ini dibebani dengan hutang besar yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu.
Menurut Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan baharu di bawah pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad sedang berusaha sedaya-upaya untuk mengembalikan negara ke landasan tepat.
“Jadi kita harus terima kenyataan seperti Tun Mahathir memberitahu beberapa projek (manifesto) yang kita janji terpaksa ditangguhkan,” katanya dalam satu wawancara bersama Sinar Harian.
Jelas Anwar, semua janji manifesto yang dibuat oleh PH sebelum ini adalah berdasarkan angka yang diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) semasa pentadbiran mereka.
Justeru, PH terpaksa menangguhkan beberapa perkara yang telah dijanjikan dalam manifesto setelah mengenal pasti angka sebenar hutang negara lebih buruk daripada yang diwartakan.
“Sekarang kita sudah menjadi kerajaan dan mendapati angka itu lebih buruk dari apa yang disebut.
“Sebab itulah unjuran kita kurang tepat,” ujarnya.
Bagaimanapun, Anwar mengakui bersyukur bahawa PH telah dipilih oleh rakyat untuk menjadi kerajaan bagi menangani masalah hutang negara ini.
Tambahnya, kerajaan mampu menyelesaikan masalah hutang negara ini sekiranya rundingan yang baik berjaya dibuat dengan pihak-pihak terbabit mengenai kos projek yang tinggi.
“Kita lihat kos projek adalah tinggi, sekiranya rundingan berjaya dibuat dengan pihak-pihak, sudah tentu kita mampu menyelamatkan berbilion ringgit,” katanya lagi.
Mengulas mengenai kerjasama yang dijalin dengan seteru lamanya, Mahathir yang bertanggungjawab memenjarakannya, Anwar berkata beliau seorang yang mudah memaafkan orang lain.
Jelas Anwar, ini merupakan masa untuk mereka dua meletakkan perkara tersebut di belakang dan bekerja bersama untuk membangunkan semula negara.
Anwar berkata, beliau tidak mengalam sebarang masalah mengenai perkara itu, melainkan isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail dan anak- anaknya.
“Saya seorang yang mudah untuk memaafkan. Ini adalah masa untuk bekerja bersama- sama,”
“Mereka (keluarga Anwar) sangat beremosi apabila kami (Anwar dan Mahathir) banyak mengadakan rundingan secara serius, namun ianya sudah dijelaskan” katanya.
Dalam masa sama, Anwar ketika diminta mengulas sama ada beliau akan segera bertanding untuk menjadi ahli parlimen secepat mungkin, beliau berkata perkara itu tidak akan berlaku.
“Jangan risau, tiada apa-apa perkara yang berlaku dalam tempoh dua tahun ini,” ulasnya. –MYNEWSHUB.CC/EZ
Saturday, 9 June 2018
24 Jasa Mahathir 22 Tahun Perintah Malaysia Dulu
SEPANJANG 22 tahun pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri keempat sebelum ini, pelbagai pembangunan dikecapi termasuk projek mega.
Antaranya pembinaan Jambatan Pulau Pinang, Menara Kuala Lumpur, Menara Berkembar Petronas, Litar Antarabangsa Sepang, serta Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Berikut merupakan 24 ‘jasa’ utama Mahathir dalam usaha ‘memajukan’ Malaysia di peringkat antarabangsa.
1. Mahathir memperkenalkan konsep penganugerahan konsesi dan projek lebuhraya bertol direka oleh beliau. Juga dikenali sebagai bapa konsesi negara, konsep yang diguna pakai membolehkan syarikat konsesi menaikkan kadar tol setiap 3 tahun. Sekiranya kenaikan tersebut ditangguhkan, kerajaan perlu bayar pampasan kepada syarikat konsesi.
2. Antara produk paling popular dikenakan AP adalah kenderaan import. Mahathir menerusi blognya pada 5 November 2009 pernah menjelaskan bahawa AP kepada kenderaan import adalah caranya untuk lindungi Proton daripada menjerumus ke arah bankrap. Tanpa perlindungan (AP) kita tidak akan ada industri kenderaan. Proton pernah mendominasi 80% pasaran pada suatu masa dahulu disebabkan oleh perlindungan ini.
3. IPP diwujudkan pada 1996 selepas tragedi ‘blackout 1992’. Menurut Raja Petra Kamaruddin, kejadian itu adalah rancangan Mahathir untuk menswastakan pengeluar IPP kepada kroninya, Francis Yeoh. Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TNB, Tan Sri Ani Arope pernah mendedahkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) pentadbiran Mahathir pernah memaksa TNB menyerahkan tanahnya di Terengganu dan Johor kepada pihak ketiga bagi bina loji janakuasa. TNB sebelum itu menghasilkan elektrik pada kadar 8 sen seunit dan membekalkannya dengan harga 17 sen seunit. Selepas kewujudan pembekal IPP, TNB membeli kuasa elektrik dengan kadar 23 sen seunit dan terpaksa menjualnya kembali dengan harga 30 sen seunit.
4. Sepanjang pemerintahan Mahathir, beliau berjaya mengubah Vincent Tan daripada ‘milionaire’ kepada ‘bilionaire’. Mahathir juga ‘menswastakan’ syarikat perjudian Sports Toto kepada hartawan tersebut. Ia dijual secara rahsia tanpa pengumumman bidaan oleh syarikat lain. 70% pegangan kepada B&B Enterprise milik Vincent pada harga RM28 juta dan bakinya dipegang Raleigh Berhad milik Tun Daim Zainuddin.
5. Laporan media tempatan menyebut, seramai 80 keluarga di Pantai Chenang, Langkawi dihalau keluar pada 1980 untuk beri laluan kepada projek pembangunan pelancongan oleh syarikat milik Vincent Tan. Perkara ini didedahkan oleh ahli DAP, Syerleena Abdul Rashid yang menyebut perkara sama turut berlaku di Pulau Redang, Terengganu. Kesemua penduduk kampung itu menetap di atas tanah rizab Melayu dan diarah meninggalkan kediaman demi projek kroni Mahathir.
6. Projek ini didakwa bagi memenuhi minat Mahathir dalam arena equestrian. Beliau juga mengakui sudah mempunyai 40 ekor kuda import terbaik yang ditempatkan di ladang ternakan kuda di Langkawi.
7. Selama lebih 30 tahun, rakyat Malaysia diberitahu insiden berdarah Memali berlaku selepas polis dapat arahan oleh Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu Tun Musa Hitam untuk menyerang Kampung Memali. Musa menerusi buku ‘Frankly Speaking by Musa’mendedahkan Mahathir berada di Malaysia sewaktu tragedi itu berlangsung. “Pada hari insiden, Ketua Polis Negara (KPN) pada waktu itu dan saya bertemu dengan Mahathir di pejabatnya dan KPN memaklumkan kepada beliau mengenai apa yang terjadi sewaktu operasi Memali, yang mengakibatkan kematian empat anggota polis dan 14 orang awam,” kata Musa.
8. Lebih dikenali sebagai ‘Tragedi Pondok Pak Ya’, insiden terburuk pada 1989 itu mengorbankan 27 pelajar perempuan sekolah tersebut. Sejarah hitam di Sekolah Menengah Agama Taufikiah Khairiah Al-Halimiah itu langsung tidak mendapat bantuan kerajaan pusat.
9. Sebelum kewujudan media sosial, pelbagai perkara disorokkan termasuk pengenaan cukai terhadap komoditi bahan bakar. Mahathir berselindung di sebalik subsidi yang diberikan diperoleh daripada cukai petrol dan diesel yang dijual semula kepada rakyat.
10. Majoriti rakan Mahathir dalam Pakatan Harapan kini pernah ditahan di bawah ISA termasuk Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Mat Sabu, Azmin Ali, dan ramai lagi. Ops Lalang pada tahun 1987 memberkas 106 rakyat Malaysia termasuk pemimpin pembangkang. Pada waktu itu, cabang bidang kehakiman, legislatif dan eksekutif diletakkan di bawah arahan Mahathir.
11. Antara syarikat yang mendapat ‘faedah’ termasuk Intrakota, ParkMay, Danaharta dan PKFZ. Terdapat juga skandal besar seperti skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) dan kerugian besar Bank Negara Malaysia akibat kegagalan dagangan mata wang asing awal 1990-an. Skandal BMF juga menjadi punca kepada kes pembunuhan salah seorang pegawai Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB), Jalil Ibrahim, di Hong Kong.
12. Penerima kontrak berkenaan tidak lain adalah Mirzan Mahathir yang memiliki syarikat perkapalan. Syarikat tersebut pada 1998 meminta jaminan kerajaan bernilai RM2 bilion namun Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memegang portfolio Menteri Kewangan pada waktu itu cuma meluluskan RM1 bilion sahaja. Mokhzani menerusi syarikatnya Tongkah Holdings juga mendapat kontrak membekalkan peralatan kepada hospital kerajaan. Sementara Mukhriz Mahathir menerusi syarikatnya Opcom Sdn. Bhd. diberikan kontrak membekalkan fiber optik kepada Telekom Malaysia.
13. YTL Power merupakan syarikat yang diberikan kontrak Loji Tenaga Bebas (IPP) oleh Mahathir. IPP itu merupakan antara beban besar pada waktu pentadbiran Mahathir yang hanya menguntungkan pihak konsesi semata-mata. Dua loji YTL siap dibina pada 1994 dan 1995. Tahun 1996 merupakan tahun pertama di mana dua loji beroperasi setahun penuh. Ianya segera disenaraikan di Bursa Malaysia pada awal 1997, membuat keuntungan segera berbilion-bilion ringgit dan antara pelaburnya adalah KWSP sendiri. Pada tahun 1980-an, dividen KWSP sekitar 8% setahun. Namun dua tahun terakhir beliau menjadi Perdana Menteri, dividen KWSP merudum kepada 4.25% pada 2002 dan 4.5% pada 2003.
14. Perkara ini diakui sendiri oleh bekas Menteri Kewangan, Tan Sri Nor Mohamed Yakcob. Kerajaan pada waktu itu terpaksa menyuntik RM125 juta wang tunai kepada East Vision Leisure Group dalam usaha untuk menyelamatkan Country Heights Holdings Berhad (CHHB).
15. Mahathir menswastakan projek tersebut kepada Ekran Berhad yang berkerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB), kerajaan negeri Sarawak, Sarawak Electricity Supply Corporation (Sesco), dan Malaysia Mining Corporation Bhd (MMC) yang membentuk sebuah konsortium digelar Bakun Hydroelectric Corporation. Projek yang dimulakan pada 1994 itu dijangka siap pada 2004 namun dihentikan pada 1997 akibat krisis ekonomi negara. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) telah membekalkan pinjaman sebanyak RM5.75 bilion kepada projek
16. Projek ini mula dibina pada tahun 1992 dengan anggaran kos RM1.2 bilion. Banyak pengorbanan yang terpaksa dilakukan pelbagai pihak dalam melaksanakan pembangunan ini. Bagaimanapun akibat kegawatan ekonomi pada 1997, projek yang dijangka siap sepenuhnya pada Mei 2007 terbengkalai. Pemaju juga bertukar tangan tetapi projek itu masih terbengkalai. Kini, kawasan bersebelahan dijadikan Pusat Transformasi Bandar Kuala Lumpur (UTC KL) menempatkan perkhidmatan kerajaan yang beroperasi setiap hari.
17. Sewaktu mengumumkan langkah beliau menswastakan aset-aset kerajaan, Mahathir mendakwa tanpa penswastaan, pelabuhan, stesen janakuasa dan pelbagai lagi kemudahan tidak akan dibangunkan oleh kerajaan. Namun, apa yang membimbangkan adalah penswastaan itu mendapat jaminan kerajaan seperti bantuan kewangan RM1.8 bilion untuk melunaskan hutang syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines. Mahathir juga belanja RM4 bilion membiayai syarikat UEM yang merupakan anak syarikat kepada Renong yang banyak dapat kontrak kerajaan untuk membina lebuh raya.
18. Mantan Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Dr Tan Kee Kwong mendakwa Petronas dipaksa beli tanah di mana terletaknya menara berkembar Petronas kini daripada kroni tersebut pada harga berlipat kali ganda. Tanah tersebut dahulunya merupakan tapak Kelab Kuda Selangor dijual kepada Petronas dengan harga tinggi kerana kroni tersebut teristimewa bagi Mahathir, kata Kee Kwong. Petronas dipaksa beli tanah berharga RM214 kaki persegi sungguhpun harga pasaran pada waktu itu cuma RM26 kaki persegi.
19. Kawasan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di Selangor seluas 404.7 hektar itu dijual dengan harga RM1.08 juta. Individu yang terlibat adalah bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy yang menghadapi tiga tuduhan menipu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkaitan projek itu.
20. Vincent Tan mendapat kuasa monopoli lesen perjudian selepas Mahathir meluluskan lesen menjalankan Sports Toto tanpa secara sembunyi. Peliknya, tanpa sebarang pengumuman bidaan, Vincent merupakan satu-satunya pembida bagi projek berkenaan.
21. Raja Petra Kamaruddin pernah mendedahkan Mahathir enggan menyerahkan dana bernilai RM200 bilion milik UMNO kepada penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak. Akibat daripada itu, Najib mencari dana tambahan dari luar negara termasuk mendapatkan RM2.6 bilion daripada kerajaan Arab Saudi bagi kerja-kerja parti untuk Pilihan Raya Umum pada 2013.
22. Hampir kesemua perjanjian konsesi tol ditandatangani ketika zaman Mahathir, seperti Maju Expressway yang dibina oleh Abu Sahid, rakan baik dan kroni Mahathir, dan Lebuhraya Senai-Desaru yang dibina kumpulan Ranhill milik Hamdan Muhamad, pada tahun 2004. Kedua-duanya menandatangani konsesi lebuh raya mereka sebelum Mahathir letak jawatan. Perjanjian pembangunan Lebuhraya Senai-Desaru ditandatangani pada penghujung 1990an. PLUS pula pada asalnya dibina oleh kerajaan melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia. Dirancang ketika Tun Hussein Onn menjadi PM pada tahun 1977, ianya mula dibina pada tahun 1980, setahun sebelum Mahathir menjadi PM. Dan kebiasaannya, kesemua perjanjian ini diletakkan di bawah OSA.
23. Setelah Terengganu jatuh ke tangan PAS pada 1999, negeri berkenaan tidak lagi mendapat royalti hasil minyak yang digali Petronas selama tempoh sepenggal. Mahathir mengubah royalti kepada wang ehsan. Berbanding royalti yang ditetapkan nilainya setiap tahun, wang ehsan hanya diberikan atas budi bicara Mahathir sendiri.
24. Mahathir menyalahkan bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas isu yang timbul pada 1990-an itu. Juga dikenali sebagai ‘Projek M’, Penasihat DAP Lim Kit Siang menakwa Mahathir berselindung di sebalik hujah bahawa pendatang asing boleh menjadi warganegara jika memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Kata Kit Siang, setelah sekian lama menafikan kewujudan ‘Projek M’, Mahaathir pada 31 Januari 2013 mendakwa Anwar adalah dalang bagi projek berkenaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Belum Tentu Anwar Boleh Jadi PM 2 Tahun Lagi, Kata Tun M
PUTRAJAYA, 9 Jun ― Tidak dapat dipastikan sama ada peralihan kuasa perdana menteri kepada ketua umum PKR boleh dilaksanakan dalam tempoh dua tahun, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Dua tahun itu bukan tempoh masa. Dia adalah satu cadangan. Tetapi kita tidak tetap. Boleh jadi lebih awal, boleh jadi lebih lewat,” katanya dipetik laporan Sinar Harian.
Pakatan Harapan sebelum pilihan raya umum menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang ketika itu dipenjara, sebagai perdana menteri menunggu.
Pengerusinya berkata keutamaan kini adalah untuk mengembalikan kekayaan negara dan menstabilkan ekonomi selain menyelesaikan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Kalau boleh dalam masa terdekat, saya nak atasi masalah-masalah yang dihadapi, itulah tujuan saya.
“Kalau saya berjaya, bukan duit yang penting. Yang penting adalah hasil kerja. Jadi inilah yang saya sedang usaha,” katanya.
Malaysia Baharu - Tomato Murah
MALAYSIA BAHARU - TOMATO MURAH
Susah jadi pembangkang di era Malaysia baharu pimpinan PM ke7... Meski pun ada yang bersalak lebih banyak ruang disediakan untuk bersuara di era ini; kritikan dan perbezaan pandangan diraikan namun ia tidak kelihatan.
Apa yang berlaku adalah sebaliknya. Bersuara sikit dituduh kecewa kerana kalah. Bila diam depa tanya pulak awat diam; bisu dah ka? Ada pulak yang kata meroyan la, tersampuk jembalang la...
Bila mengkritik dan mempersoal dikatakan pulak putus asa... Dey, Orang putus asa dia murung... Dia duduk diam sorang-sorang.
Ada pulak yang suruh tunggu 5 tahun lagi baru bersuara... Yang hangpa dulu hari-hari tak kira musim tak kira pasang surut ayaq laut melalak menyalak boleh pula?
Susah nak jadi pembangkang bila yang hanya menumpang kemenangan perasan terlajak kehebatan. Move on la oi... Hangpa tu pendokong Kerajaan. Baru hangpa tau betapa susahnya nak mempertahankan, lebih senang menyerang.
Apa pun jangan sampai ketaksuban mengaburi pandangan dan pemikiran... Yang veteran berpengalaman dan berpelajaran pun boleh jadi tak ketahuan sebab ketaksuban keterlaluan.
Salam 24 Ramadhan
Sumber : FB Azizi Safar
Calon Bawah Umur 30 Tahun Tanding Jawatan UMNO
Salam Perjuangan buat semua Sahabat Puteri UMNO seluruh Malaysia
Sejak saya bersama UMNO, saya menyedari perjuangan ini bukan perjuangan yang sementara. Perjuangan ini tidak akan memadam setiap keringat bakti yang ditabur susun jalurnya pemimpin terdahulu hingga kini.
Faktor utama kejayaan adalah restu dan sokongan. Hari ini saya telah mempersiapkan diri bertanding Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia.
Saya berharap saya diberi kepercayaan dari pelbagai peringkat parti untuk mengalas tanggungjawab tersebut.
Restu dan sokongan kalian penentu perjuangan saya.
Bersama saya Deklarasikan Perjuangan Dalam Perbuatan!
NUR FAEZAH FAZAL,
28 TAHUN
CALON NAIB KETUA PUTERI UMNO MALAYSIA
Kerana Aishah, Sup Bunjut Jadi Viral
SEJAK malam semalam, topik sup bunjut mula trending di semua rangkaian sosial media.
Semuanya disebabkan satu babak di dalam drama slot Samarinda, Nur, yang memaparkan Aishah lakonan Noorkhiriah mendakwa Nur yang dijayakan Amyra Rosli sudah menyihir ahli keluarganya dan memasukkan sesuatu di dalam makanan.
Dia kemudiannya sanggup mencelup sup yang masih panas untuk mencari 'barang' tersebut dan menunjukkan kepada ahli keluarganya. Bagaimanapun ia sebenarnya adalah sup bunjut.
Situasi itu telah mmenyebabkan ramai penonton dan pengguna sosial media pecah perut kerana bahan itu diketahui ramai untuk menyedapkan masakan dan rupanya memang seakan-akan 'barang' yang digunakan dalam ilmu sihir.
Babak tersebut bukan sahaja menarik perhatian netizen tetapi juga sebuah jenama terkenal turut bergurau dengan mengatakan produk mereka bebas sihir.
Diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin, drama yang mula ditayangkan sejak 14 Mei lalu mendapat sambutan luar biasa dari penonton sehingga mencecah 9 juta tontonan.
Disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam, drama terbitan Radius One Sdn Bhd ini menampilkan gandingan pelakon seperti Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Riena Diana, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Noorkhiriah, Azhan Rani dan ramai lagi.
Ia mengisahkan seorang ustaz muda, Adam (Syafiq) yang jatuh cinta dengan Nur (lakonan Amyra), seorang pelacur yang mahu berubah.
Percintaan dan perkahwinan mereka mendapat tentangan terutamanya pada ibu dan kakak Adam iaitu Aishah. Bukan itu sahaja, kerana Adam memilih Nur, ramai masyarakat mula mengecam, lebih-lebih lagi bapa Adam adalah anak penceramah agama terkenal.
Serbuan Disko Danok, Tujuh Lelaki Malaysia Ditahan Positif Dadah
Pihak berkuasa Thailand menyerbu sebuah disko popular di Danok, berhampiran sempadan Malaysia-Thai dan menahan 38 pelanggan asing termasuk tujuh lelaki warga Malaysia yang didapati positif dalam ujian awal penyalahgunaan dadah ke atas mereka.
Timbalan Pegawai Daerah Sadao Nawapol Chantaniwes berkata turut ditahan dalam serbuan bermula dari 1 pagi (waktu tempatan) semalam dan berakhir lima jam kemudian, adalah pemilik tempatan pusat hiburan itu, yang juga didapati positif dadah.
“Kesemua pelanggan asing adalah lelaki dan wanita berusia antara 22 hingga 40 tahun dan daripada pelbagai warganegara, Laos, Myanmar. China, Malaysia dan Kemboja, katanya semalam sambil menambah mereka akan menjalani pemeriksaan yang lebih teliti untuk mengesan penyalahgunaan dadah.
Serbuan oleh 50 anggota polis dan pegawai pejabat daerah ke atas disko yang terletak di tingkat bawah sebuah hotel di Danok dilaksanakan setelah mendapat aduan daripada penduduk tempatan mengenai aktiviti pengedaran dadah di pusat hiburan itu.
Lebih daripada 400 pengunjung berada di dalam disko itu ketika serbuan dibuat.
Nawapol berkata, anatara dadah yang dirampas semasa serbuan itu ialah “ice” (methampetamine kristal), ekstasi, ketamin dan marijuana. ― Bernama
Friday, 8 June 2018
'Beta Dukacita Hasutan Benci Pada Raja Melayu'
Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah dukacita terhadap tindakan terbuka menghina, memperlekeh, menghasut dan mempengaruhi rakyat membenci raja-raja Melayu.
“Apa yang lebih mendukacitakan adalah kerana hasutan bagi membenci raja-raja Melayu ini dilakukan oleh segelintir orang-orang Melayu sendiri,” titah baginda dalam majlis berbuka puasa bersama rakyat di Klang hari ini.
Baginda tidak menyebut secara khusus pihak yang dimaksudkannya itu tetapi ia dibuat selepas polis menyiasat pemimpin pusat BERSATU Datuk Abdul Kadir Jasin dan aktivis Hishamuddin Rais bawah Akta Hasutan 1948.
Mereka didakwa mendedahkan dakwaan perbelanjaan Yang di-Pertuan Agong sebanyak RM256.9 juta dalam tempoh 16 bulan sehingga April tahun ini.
Hishammuddin telah membuat laporan polis balas mendakwa blognya telah digodam.
Sementara itu, Sultan Sharafuddin juga menegaskan institusi raja berperanan mempertahankan kedudukan orang-orang Melayu dan agama Islam serta kaum-kaum lain di negara ini.
“Penularan budaya ini di kalangan pihak-pijak tertentu perlu segera dihentikan agar rakyat tidak terus dihasut membenci raja-raja Melayu sehingga mengakibatkan taat setia rakyat kepada raja-raja Melayu terhakis,” titah baginda.
5 Iklan Hari Raya Yang Paling Dirindui
https://www.youtube.com/watch?v=ufTP8eO3LhQ
1. Iklan Raya EON - 5 bintang
Iklan ini dihasilkan oleh EON pada tahun 1998. Bukan sahaja iklan raya yang biasa biasa tetapi lagu iklan raya ini menjadi siulan budak budak sekolah. Lebih lebih lagi kalau pergi sekolah naik kereta EON, lagi lah kuat budak budak sekolah nyanyi lagu ini.
https://www.youtube.com/watch?v=h1H0r-FFLks
2. Iklan Raya - Ikan Dilaut, Asam di Darat - Yasmin Ahmad - 5 bintang
Iklan raya persahabatan antara Raju dan Suparto. Tidak bertemu lama tetapi akhirnya bersua kembali dengan lagu ini. Cukup menyentuh hati. Nilai persahabatan sebenar yang tidak boleh ditukar ganti. Iklan ini sekitar tahun 2012.
https://www.youtube.com/watch?v=9JtPYiURMjM
3. Iklan Raya Benson & Hedges - 4 bintang
Iklan raya pada tahun 1990. Ucapan selamat hari raya daripada syarikat buat rokok. Rare sungguh ini, rokok ini pun susah hendak jumpa dah.
https://www.youtube.com/watch?v=yIWpnFosTl0
4. Iklan Raya Janda 7 Anak & Lembu Raya - 4 bintang
Kelakar habis iklan ini. tidak jemu jemu melihat iklan ini dahulu. Gelagat tujuh orang anak menyambut persiapa hari raya. Dari sinilah asal usulnya nama makcik bawang. Kalau siapa tidak tahu tengoklah bagaimana pandainya budak budak ini membeli daging di pasar, semuanya ada sekali. Ini iklan raya tahun 2003.
https://www.youtube.com/watch?v=b5ucIE7UAqs
5. Iklan Raya Abah
Iklan raya yang menyentuh hati dan sedih. Dihasilkan oleh Petronas pada tahun 2006. Sedih melihat cara anak anak bersikap pada abahnya dalam iklan ini. Sebelum hendak tengok, pegang tisu siap siap, takut habuk masuk mata nanti.
SUMBER : MYRATING
Jersi World Cup Nigeria Kini 'Sold Out', Orang Mula Jual Balik Tiga Kali Ganda Lebih Mahal
Jersi negara Nigeria edisi Piala Dunia 2018 keluaran Nike ini memecah rekod apabila habis dijual seawal hanya 30 minit selepas pelancaran
Ia tidak terhenti di situ. Jersi ini juga telah merekodkan jualan pra-tempah tertinggi dalam sejarah Nike iaitu sebanyak 3 juta unit.
Ia sekali gus menjadikannya sebagai ikon fesyen dan sebagai jersi paling diminati oleh peminat bola sepak dunia masa kini. Melihatkan dari sudut design, jersi ini sememangnya tampak garang, rare, dan unik di mata orang ramai.
Walaupun telah habis dijual, peminat masih boleh mendapatkannya secara online, terutamanya menerusi eBay
Malangnya, harga yang ditawarkan di eBay adalah tiga kali ganda lebih mahal berbanding harga asal.
Memandangkan permintaan untuk jersi ini terlalu tinggi dan telah menjadi salah satu collector's item, ramai yang mengambil kesempatan untuk menjual balik pada harga yang tidak masuk akal.
Bagi yang berminat, bersedialah untuk mengeluarkan wang berjumlah $154.35 (RM613.40) untuk sehelai jersi ini
Antara yang paling murah dijual di eBay.
Dan harga itu tidak termasuk shipping cost ke Malaysia.
Tapi kalau mampu, apa salahnya. ;)
Stylo habis!
'Kesian Saya Tengok Datin Seri Rosmah Ni' - Aliff Syukri Gesa Netizen Jangan Hina Isteri Bekas PM
Sejak Barisan Nasional (BN) tewas teruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lalu, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, menjadi tumpuan pihak media sama ada dari dalam dan luar negara.
Keadaan bertambah teruk apabila pasangan itu dipercayai terlibat dengan skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang membawa kepada penemuan sejumlah besar wang tunai bernilai jutaan ringgit dan barangan mewah dari kediaman mereka.
Di media sosial pula, netizen sehingga ke hari ini masih lagi bercakap mengenainya. Begitu juga dengan pengasas D'Herbs yang baru-baru ini memuat naik kenyataannya berhubung perkara ini, tetapi dalam nada berbeza.
Datuk Aliff Syukri Kamarzaman berasa simpati dengan Rosmah menjadi bahan bualan orang ramai yang rata-ratanya negatif.
"Kesian saya tengok Datin Seri Rosmah Mansor ini. Walaupun sekarang saya berada di luar negara, juga ada yang bercerita mengenai dia. Di mana-mana saja ada cerita tentang dia.
"Cuba bayangkan kalau anda berada di tempatnya, setiap apa yang dibeli dan dipakai semua dihitung," tulis Aliff.
Bagi Aliff, jika benar sekalipun individu itu bersalah, tiada keperluan untuk netizen melemparkan sebarang kenyataan berbentuk penghinaan kepada bekas isteri perdana menteri ke-6 itu.
"Kalau dia salah pun, janganlah korang menghina dia melampau-lampau. Kita tunggu saja badan berwajib buat kerja dan saya yakin mereka lebih mahir (menyelesaikannya).
"Macam tak sanggup nak dengar cerita tentang Datin Seri ini," tulisnya.
Dalam kenyataan itu juga, Aliff mendedahkan dia pernah berhasrat menyertai arena politik, namun terbantut apabila melihat kesan dan akibatnya seperti itu.
"Dulu ada juga rasa nak masuk politik, bila jadi macam ini, macam fikir dua kali saya nak join politik negeri.
"Saya ingat jadi orang politik ini semua manis saja. Pelik bekas isteri Perdana Menteri pun boleh jadi seperti ini, lebih glamour dari artis Hollywood," tulis Aliff.
Siti Nurhaliza Jumpa Majlis Penasihat Kerajaan
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin tiba di Menara Ilham semalam, untuk bertemu Majlis Penasihat Kerajaan (MPK).
Penyanyi bergelar jutawan itu dijangka memberi penerangan kepada MPK berhubung industri muzik negara, keusahawanan dan juga penggunaan media sosial secara umum.
Penyanyi berumur 39 tahun itu tiba dengan berpakaian baju kurung moden berwarna biru cair dengan kenderaan pelbagai guna (MPV).
MPK yang dipengerusikan Tun Daim Zainudin ditubuhkan pada 12 Mei lalu untuk memberi nasihat berhubung ekonomi dan kewangan kerajaan.
Selain Daim, MPK dianggotai bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz; bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PETRONAS, Tan Sri Hassan Marican dan ahli ekonomi terkemuka, Prof Jomo Kwame Sundaram.
Majlis berkenaan mengadakan mesyuarat harian bersama syarikat berkaitan kerajaan, ketua agensi dan ketua perniagaan selepas penubuhan Kabinet.
sumber : BH online
Majlis Bersama Ku Li Di Kg Baru Menjelang Tarikh Pemilihan UMNO 2018
Sewaktu kemuncak pergerakan anti-Malayan Union pada tahun 1946, sebanyak 41 pertubuhan Melayu berkumpul di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di Kuala Lumpur untuk membincangkan masa hadapan mereka bersama.
Mesyuarat itu membawa kepada pembentukan Umno.
Kini, 72 tahun kemudian, satu lagi pertemuan akan diadakan di kelab bersejarah itu untuk Umno membincangkan masa depannya selepas mengalami kekalahan pilihan raya pertama ketika PRU14, pada 9 Mei lalu.
Majlis pada malam 11 Jun ini akan menampilkan calon veteran Umno - dan calon potensi presiden - Tengku Razaleigh Hamzah sebagai pembicara utama.
Bual bicara yang bertajuk 'Dilema Melayu Pasca PRU14' bertujuan untuk menjadi platform buat Razaleigh memulihkan semangat Umno.
'Anak raja jaya perjuangan Umno'
"Kini Umno di uji dengan pelbagai ujian selepas kekalahan Umno dan BN pada PRU14 yang lalu. Selepas meniti hari-hari menuju 100 hari pengisian kerajaan baru Pakatan Harapan (HARAPAN) ahli Umno akar umbi seakan resah dengan halatuju kerajaan baru ini terutama dari segi hak dan keistimewaan-keistimewaan Melayu.
"Umno di pulih untuk tuntut merdeka lepas Dato Onn letak jawatan maka di sambut oleh Tengku Abdul Rahman.
"Kini juga selepas kehilangan presiden apakah sekali lagi anak raja atau Ku Li boleh membantu menjayakan perjuangan Umno," jelas penganjur majlis, Syahrin Md Jamaluddin memberitahu Malaysiakini.
Ceramah itu anjuran Persatuan Belia Generasi Merdeka dan penasihatnya Bastien Onn yang bertanding untuk jawatan naib ketua Pemuda Umno - bakal berucap sebelum Razaleigh.
Umno dijadualkan mengadakan pemilihan parti pada 30 Jun 2018 akan datang. Walaupun Razaleigh belum membuat sebarang pengumuman, namun terdapat permintaan supaya beliau bertanding jawatan presiden.
Pada masa ini, satu-satunya pesaing untuk jawatan nombor satu parti itu ialah pemangku presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan blogger Rahmat Azim Abdul Aziz.
Pakatan Menanam Kebencian Kepada Raja-Raja Melayu
Sumber : Telegram Lokman Adam |
PAKATAN MENANAM KEBENCIAN KEPADA RAJA-RAJA MELAYU
Peguam PKR Latheefa Koya dan Maria Chin hari ini mendesak pihak PDRM untuk menghentikan siasatan ke atas Dato Abdul Kadir Jasin, Ketua Media dan Komunikasi, Kerajaan PH. Adakah hari ini kerajaan Pakatan Harapan sudah mengubah polisi dengan menghalalkan sesiapa jua untuk memfitnah, menghina dan memperkekeh DYMM SPB YDP Agong?
Adakah ini maksud kebebasan bersuara? Adakah kebebasan bersuara bermakna fitnah dihalalkan, cerita boleh direka untuk menghasut rakyat membenci Raja-Raja Melayu? Bagaimana kalau rakyat macam saya memfitnah Tun Mahathir? bagaimana kalau saya mendedahkan maklumat dana yang Tun Mahathir sekeluarga simpan di Bank Of Israel di Singapura? Bagaimana jika saya menulis tentang dana yang Tun Mahathir terima dari Ting Pek Khiing dan Vincent Tan sebelum Pilihanraya dan sebagai timbal balas, Ting diberi projek Langkawi City 31 Billion dan Vincent Tan pula diberikan Projek Pembinaan Lapangan Terbang di Pulau Tioman? Adakah jika saya menghasut rakyat untuk membenci Tun Mahathir, Maria Chin dan Latheefa Koya akan mempertahankan tindakan saya atas dasar kebebasan bersuara juga?
Terus teranglah dengan Rakyat Malaysia bahawa Pakatan Harapan berhajat untuk membuang Institusi Raja-Raja Melayu dan menjadikan Malaysia sebuah republik supaya Tun Mahathir boleh diangkat sebagai Presiden atau Maharaja yang baru. Saya cabar Pakatan Harapan melaksanakan Referendum Rakyat. jika lebih 50% rakyat negara ini menolak mengundi untuk menamatkan institusi beraja, maka tukarlah negara ini kepada sebuah Republik. Tetapi jika rakyat mahu sistem Raja Berperlembagaan kekal atau jika kalian tidak ada keberanian untuk melakukannya, belajarlah menghormati Raja-raja Melayu.
Pengundi Muda Melayu memberikan kamu undi supaya menjadi pemerintah yang lebih adil dan saksama, bukan untuk menghalalkan tindakan kalian menghina institusi Raja-raja Melayu yang menjadi payung kepada rakyat dan agama Islam.
Lokman Adam
Presiden Penaja
Pemantau Malaysia Baru
#DaulatTuanku #PertahankanRajaRajaMelayu #RajaDanRakyatBerpisahTiada