Friday, 8 June 2018

Siti Nurhaliza Jumpa Majlis Penasihat Kerajaan





Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin tiba di Menara Ilham semalam, untuk bertemu Majlis Penasihat Kerajaan (MPK).


Penyanyi bergelar jutawan itu dijangka memberi penerangan kepada MPK berhubung industri muzik negara, keusahawanan dan juga penggunaan media sosial secara umum.


Penyanyi berumur 39 tahun itu tiba dengan berpakaian baju kurung moden berwarna biru cair dengan kenderaan pelbagai guna (MPV).


MPK yang dipengerusikan Tun Daim Zainudin ditubuhkan pada 12 Mei lalu untuk memberi nasihat berhubung ekonomi dan kewangan kerajaan.


Selain Daim, MPK dianggotai bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz; bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PETRONAS, Tan Sri Hassan Marican dan ahli ekonomi terkemuka, Prof Jomo Kwame Sundaram.


Majlis berkenaan mengadakan mesyuarat harian bersama syarikat berkaitan kerajaan, ketua agensi dan ketua perniagaan selepas penubuhan Kabinet.


sumber : BH online

No comments:

Post a Comment

Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci