728x90 AdSpace

  • Latest News

    Monday, 19 March 2018

    Fasha Sandha Yang Tonjol Lurah Gersang, Makcik Bawang Pula Yang Meroyan Sakan





    Nama Fasha Sandha memang tidak asing lagi dalam industri lakonan tanah air, meskipun sudah boleh dikatakan sebagai pelakon senior tetapi Fasha masih lagi dihujani dengan tawaran berlakon drama mahupun filem.


    Terbaru, ibu kepada dua orang cahaya mata itu telah memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram-nya yang menunjukkan dia menghadiri malam berinai majlis perkahwinan pelakon, Elvina Mohamad dengan pasangannya, Datuk Haniff Borhan yang bertemakan Bollywood.



    Namun, pakaian Punjabi yang dipakai oleh Fasha pada malam berinai itu telah menimbulkan perbalahan dikalangan makcik-makcik bawang kerana dalam salah satu gambar yang dikongsi oleh Fasha itu jelas menampakkan lurah dadahnya.



    Itu membuatkan makcik-makcik bawang meroyan meninggalkan komen berbaur kecaman, kritikan serta teguran kepada Fasha.  Menasihati pelakon ‘Lara Aishah’ itu supaya segera membuang gambar seksi itu kerana ia mengundang komen-komen yang tidak elok.






    Namun, tidak semua mengkritik Fasha, terdapat juga segelintir netizen yang tampil membidas semula komen-komen makcik bawang meminta supaya mereka menegur dengan cara yang baik kerana pada malam itu bukan Fasha seorang sahaja yang berpakaian seksi tapi ramai lagi.





    Kita fikir positif sahaja, mungkin Fasha tidak perasan gambar itu menampakkan lurah dadanya sehingga menimbulkan perbalahan besar di Instagram. Tapi, nampaknya itu semua tidak meninggalkan kesan pada Fasha kerana gambar seksi itu masih ada lagi di Instagram-nya.

    Apa pun, harap Fasha akan lebih berhati-hati jika ingin memuat naik gambar seperti itu selepas ini supaya ia tidak menimbulkan fitnah atau menjatuhkan imej Fasha sebagai pelakon mahupun sebagai ibu tunggal. -UN


    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Fasha Sandha Yang Tonjol Lurah Gersang, Makcik Bawang Pula Yang Meroyan Sakan Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top