728x90 AdSpace

  • Latest News

    Monday, 12 February 2018

    Elak Hukuman, Lelaki Gay Indonesia Lari Ke Kanada




    Seorang lelaki gay Indonesia, Zulfikar Fahd mendakwa bahawa dia melarikan diri dari negara asal dan meminta perlindungan suaka negara Kanada kerana tidak mahu dihukum atas kesalahan berhubungan dengan pasangan sejenis.


    Dakwa Fahd seperti dalam Reuters, negara Indonesia semakin tegas mengekang aktiviti-aktiviti lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) dengan menyerbu “parti seks gay”, menyerbu perjumpaan golongan LGBT, menahan sebahagian golongan LGBT atas dakwaan menyalahi undang-undang pornografi dan menyebabkan ramai LGBT menyembunyikan diri.


    Bahkan, pihak berkuasa Indonesia juga telah menyekat laman web berkaitan LGBT dan meminta pihak berkaitan menyekat aplikasi LGBT agar rakyat Indonesia tidak dapat lagi mengaksesnya.


    Disebabkan perkara ini, Fahd telah menyalahkan pihak polis Indonesia yang didakwanya hanya mengikut arahan pihak konservatif (yang mahu LGBT diharamkan).


    Parlimen Indonesia dijangka akan meluluskan pindaan rang undang-undang yang akan mengharamkan seks luar nikah dan seks sesama jenis tidak lama lagi.


    Menurut cadangan undang-undang ini, mereka yang melakukan seks gay secara terbuka akan dipenjarakan sehingga 18 bulan dan sekiranya terdapat bahan bukti video, mereka akan dipenjarakan sehingga 9 tahun lama.


    Selain daripada itu, kerajaan Indonesia juga telah menyekat 169 laman LGBT yang didakwa mengandungi unsur tidak bermoral dan sedang mempertimbangkan undang-undang nasional yang akan mengharamkan kandungan berunsur lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT) daripada sebarang siaran TV menjelang akhir tahun ini.


    Baru-baru ini menurut satu kajian dari Pusat Penyelidikan Saiful Mujani, lebih 90% rakyat Indonesia tidak dapat menerima golongan LGBT dan percaya bahawa setiap agama melarang perhubungan sesama jenis.


    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Elak Hukuman, Lelaki Gay Indonesia Lari Ke Kanada Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top