Sewaktu Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengadakan lawatan ke China beberapa bulan yang lalu, gegak gempita arena politik negara apabila para pemimpin Pakatan Harapan mendakwa, beliau cuba menjual Malaysia kepada China menerusi beberapa penglibatan pelabur dari China ke dalam projek-projek mega di Malaysia.
Malah, ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi mengadakan kunjungan hormat ke Malaysia, pihak pembangkang sekali lagi mendakwa, beliau cuba memperdagangkan hak-hak Malaysia kepada India pula. Tidak terlepas dari tuduhan-tuduhan dangkal ini apabila beliau menerima jemputan daripada Presiden Amerika, Donald Trump ke White House, beberapa minggu yang lalu.
Apa yang boleh difahami adalah, mereka cuba untuk memperdayakan tumpuan rakyat Malaysia terhadap siri kejayaan Datuk Seri Mohd Najib dalam usaha menjalinkan kerjasama strategik pelaburan dengan beberapa buah negara yang diketahui dunia sebagai negara yang menguasai ekonomi Asia dan dunia.
Kini, jejak langkah yang dirintis oleh Datuk Seri Mohd Najib cuba diikuti oleh pembangkang. Terbaru, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dilihat cuba mengikut langkah yang dilakukan oleh Datuk Seri Mohd Najib dengan mencari pelaburan untuk negeri Selangor.
Baru-baru ini, dia dilaporkan telah terbang ke China bersama-sama beberapa Exco kerajaan negeri dengan alsan mencari pelaburan dari China. Terbaru, dia dilaporkan telah ke India juga dengan alasan yang sama. Timbul persoalan, melihat kepada perjalanan Azmin ini, tidakkah para penyokong Pakatan Harapan mahu menuduh Azmin cuba menjual Selangor kepada China dan India?
Pada ketika Datuk Seri Mohd Najib berusaha membangunkan ekonomi negara, puak-puak ini begitu hebat menuduh beliau mahu menjual negara. Hari ini, jejak yang dirintis oleh Datuk Seri Mohd Najib sedang diikuti oleh Azmin dan jika mengikut pemahaman logik para penyokong pembangkang, ia adalah usaha Azmin menggadaikan Selangor seperti mana tuduhan mereka kepada Datuk Seri Mohd Najib.
Sudahlah enggan memperakui Ikrar Bebas Rasuah, hari ini dia cuba meniru jejak yang dirintis oleh Perdana Menteri demi untuk Selangor kononnya. Kenapa baru hari ini baru menyedari pentingnya pelaburan luar untuk kemajuan Selangor? Bukankah sejak 2014, dia boleh sahaja mencari peluang pelaburan khas untuk negeri Selangor?
Nampaknya, Azmin memang tidak tahu untuk mentadbir dan menarik pelabur ke Selangor. Dia boleh melemparkan pelbagai tuduhan kepada Datuk Seri Mohd Najib apabila beliau bertemu dengan para pemimpin asing. Tidak mustahil pada masa akan datang, dia akan mengunjungi Amerika pula dengan alasan mencari pelabur baru di Selangor.
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci