728x90 AdSpace

  • Latest News

    Thursday, 7 September 2017

    5 Tanggapan Orang Ramai Tentang Orang Kelantan




    Bila cakap pasal orang Kelantan, mesti ada je tanggapan buruk tentang mereka. Semua benda buruk mesti nak kaitkan dengan orang Kelantan.

    Ada yang cakap lelaki Kelantan pemalas la. Wanita Kelantan rajin cari duit dan merupakan ketua keluarga. Lebih teruk ada yang menganggap wanita Kelantan hanya akan berkahwin dengan lelaki senegerinya sahaja.

    Betul ke dakwaan itu semua? Atau orang Kelantan dilabel sedemikian rupa? Ini antara senarai tanggapan buruk orang ramai terhadap orang Kelantan.






    1. ORANG KELANTAN HANYA BERKAWAN DENGAN ORANG KELANTAN


    Kalau orang tu dari Kelantan, mesti rapat dengan orang senegeri je. Tak kawan dengan orang negeri lain. Kalau ikutkan sama je, kalau orang Kedah jumpa orang Kedah, baru nak cakap Kedah. Sebenarnya tak kisah dari maana pun, memang automatik akan terus rapat jika dari negeri yang sama.






    2. ORANG KELANTAN PENGOTOR


    Jika anda pergi ke bahagian pedalaman Kelantan, khasnya bahagian pantai, memang la nampak macam kotor. Kampung nelayan memang la sebegitu. Tetapi semua negeri ada masalah kekotoran ni. Tak adil jika nak cakap orang Kelantan je pengotor.






    3. ORANG KELANTAN GANAS & SUKA GADUH


    Sehingga sekarang sentimen ini dipegang terutamanya apabila berlaku perlawanan bola sepak di antara Kelantan dan mana-mana negeri lain dalam negara. Penyokong Kelantan dikhabarkan ganas, suka cari gaduh dan kurang bertamadun dalam stadium.Persoalannya, adakah penyokong dan pemain negeri lain tidak ada melakukan perkara yang sama?






    4. LELAKI KELANTAN MIANG


    Orang Kelantan mudah dikenal pasti melalui dialeknya yang cukup pekat. Jika pelaku video lucah itu menggunakan dialek Kelantan, amat mudah untuk kita mengenalpasti dari mana asal video itu. Tapi kalau dia orang Selangor macam mana? Orang KL? Orang Johor? Negeri-negeri di mana dialeknya tidak begitu pekat. Masalah ini juga dihadapi oleh orang-orang Kedah, kerana berpunca daripada legenda video Kompleks Peruda satu masa dulu, Kedah juga kini diberikan stigma yang sama juga.






    5. LELAKI KELANTAN MALAS, PEREMPUAN KELANTAN RAJIN


    Aduhai, mudahnya kita meletakkan stigma dan stereotaip kepada lelaki dan wanita Kelantan sedangkan masalah ini berlaku di mana-mana negeri. Yang uniknya mengenai Kelantan adalah memang kebanyakan tokoh usahawan adalah wanita, ditambah lagi dengan salah satu lokasi ikonik Kelantan iaitu Pasar Besar Siti Khadijah, peniaganya majoriti datang dari golongan wanita.










    Sumber: iluminasi


    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: 5 Tanggapan Orang Ramai Tentang Orang Kelantan Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top