728x90 AdSpace

  • Latest News

    Thursday, 7 September 2017

    10 Selebriti Popular Bergelar Haji & Hajah Muda






    Menunaikan haji pasti menjadi impian setiap umat Islam. Lazimnya kita lihat kebanyakan yang mendapat peluang itu apabila usia menginjak tua.

    Kata orang, selagi muda dan kudrat masih kuat sebaik-baiknya ia dilakukan pada waktu itu, namun tidak semua berpeluang mungkin kerana beberapa sebab.

    Mungkin kerana belum cukup wang atau perlu menunggu giliran dipanggil Tabung Haji. Namun, kegembiraan pastinya dirasai buat mereka yang berjaya melakukannya pada usia muda.

    Sekarang kalangan artis juga dilihat berlumba-lumba untuk melaksanakan rukun Islam kelima itu.

    Tidak hanya artis Malaysia, artis Indonesia juga semakin ramai yang bergelar haji dan hajah sekarang ini.

    Berikut senarai artis popular yang menunaikan haji pada usia muda dan ketika kerjaya mereka berada di puncak.






    1. Datuk Siti Nurhaliza

    Penyanyi nombor satu negara ini pertama kali mengerjakan haji pada 2007 ditemani suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa atau Datuk K.

    Mula dikenali dengan lagu Jerat Percintaan pada 1996, Siti menunaikan haji pada usia 28 tahun dan terdahulu beberapa kali menunaikan umrah.






    2. Neelofa

    Selepas bertudung, pelakon yang mula diperkenalkan menerusi filem Azura 2012 ini semakin mendekatkan diri dengan Allah.

    Tahun lalu Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor itu bersama ibunya ditemani selebriti, Vie Shantie Khan menunaikan haji pada usia 27 tahun.

    Jutawan tudung yang dinobatkan Bintang Paling Popular di Anugerah BH 2015 itu bukan hanya dikenali sebagai pelakon, malah pengacara program MeleTop. Drama lakonannya, Suri Hati Mr Pilot mencatat fenomena tahun lalu.






    3. Nabil Ahmad

    Lama menyimpan niat mengerjakan haji, Nabil tidak menyangka peluangnya dapat pergi lebih awal apabila menunaikan rukun Islam kelima itu dua tahun lalu pada usia 32 tahun.

    Walaupun hanya seorang diri, Nabil bersama 21 jemaah yang turut sama dengan rombongannya berpeluang melakukan haji ifrad apabila dia dan jemaah lain terus niat mengerjakan haji ketika dalam pesawat dan turun dengan berpakaian ihram.






    4. Deja Moss

    Mengerjakan haji pada 2002, Deja atau Sharifah Hadijah Wan Mos tidak menyangka menerima panggilan lebih awal daripada Tabung Haji.

    Berkongsi pelbagai pengalaman sepanjang berada di sana, penyanyi yang berasal dari Kuching, Sarawak itu pergi seorang diri buat pertama kalinya.






    5. Hafiz Hamidun

    Menunaikan haji pada 2016 ketika usia 32 tahun, Hafiz mengakui belajar menjadi seorang yang lebih kuat dan sabar. Ketika di sana, penyanyi dikenali dengan lagu ketuhanan itu bertemu penyanyi Indonesia, Opick dan pelakon Adi Putra.

    Katanya, banyak kejadian berlaku membuatkan dia merenung kembali setiap hikmah apabila bersabar dan bertolak ansur.

    Ketika di Makkah, suhu terlalu panas menghampiri 48 darjah Celsius. Dalam situasi panas dan bersesak, kita akan mudah hilang percaturan diri. Kata Hafiz, dia banyak berdoa kepada Allah supaya diberi ketabahan dan kekuatan ketika menerima ujian-Nya.






    6. Mizz Nina

    Dikenali melalui album solo, What You Waiting For kolaborasi dengan tiga penyanyi antarabangsa seperti Theo Martins dan Colby O’ Donis pada 2010, Mizz Nina atau Shazrina Azman, 37, kini lebih banyak mendekatkan diri dengan aktiviti keagamaan.

    Pada 2013, Mizz Nina dan suami, Noh Hujan berpeluang menunaikan haji bersama-sama ketika usia 34 tahun.






    7. Rossa

    Menunaikan haji pada 2002, pelantun lagu Pudar itu sentiasa berdoa meminta jodoh yang terbaik buatnya. Sejak bercerai dengan pemain dram kumpulan Padi, Yoyo, hingga kini Rossa belum bertemu pengganti.

    Rossa atau Sri Rossa Roslaina Handayani pernah menunaikan umrah dan melakukan percubaan berhijab hampir dua bulan sekembalinya daripada menunaikan haji.






    8. KrisDayanti

    Selepas pertama kali mengerjakan umrah, penyanyi yang popular dengan lagu Menghitung Hari itu bersyukur apabila dapat menunaikan haji setahun selepas itu.

    Mesra disapa KD, dia menunaikan haji bersama bekas suami yang juga komposer terkenal, Anang Hermansyah pada 2004.






    9. Oki Setiana Dewi

    Sedang hamil anak ketiga pada usia kandungan enam bulan, penyanyi dan pelakon ini sangat teruja berpeluang mengerjakan rukun Islam kelima bersama suami, Ory Vitrio pada usia 28 tahun.

    Dikenali melalui filem Ketika Cinta Bertasbih, Oki yang pernah menjadi juri program Gema Gegar Vaganza baru-baru ini, kini berada di Makkah dan mengganggap kehamilan bukan alasan untuk tidak menjadi tetamu di rumah Allah itu.






    10. Maher Zain

    Penyanyi Lubnan kelahiran Sweden dan dikenali di Malaysia dengan lagu Thank You Allah ini menunaikan haji pada 2012 ketika usia 31 tahun.

    Pemergiannya itu turut dikongsi di laman sosial Twitter dan Facebook menerusi gambarnya di depan Kaabah dan mendapat respons daripada peminatnya.

    Penyanyi yang juga popular dengan lagu Insya Allah turut menyarankan supaya menunaikan haji pada usia muda jika mendapat peluang.


    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: 10 Selebriti Popular Bergelar Haji & Hajah Muda Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top