728x90 AdSpace

  • Latest News

    Thursday 17 August 2017

    Trump Bubar Majlis Guna Twitter





    Presiden, Donald Trump membubarkan dua Majlis Penasihat Rumah Putih semalam di tengah-tengah kemelut insiden Charlottesville lapor Huffington Post.


    Langkah tersebut diambil dua hari selepas para eksekutif mengundurkan diri dari Majlis Pengeluar Amerika serta pembiaya Majlis Strategi dan Dasar mula menghubungi ahli panel yang lain.


    Trump bagaimanapun menulis di laman Twitter miliknya mengenai perkata tersebut dalam usaha mengurang tekanan terhadap para eksekutif.


    "Daripada meletakkan tekanan pada ahli perniagaan di Majlis Pengeluar, Strategi dan Dasar, saya mengakhiri kedua-duanya. Terima kasih semua," tulisnya.


    Sementara itu, pengasas rundingan dan pengurusan Bernstein Crisis, Jonathan Bernstein mendakwa tindakan Trump tersebut adalah pengecut.


    "Dia mengambil jalan mudah yang pengecut dengan membubarkan majlis perniagaan tersebut sebelum orang lain berhenti.


    "Daripada menghadapi lebih banyak perletakan jawatan, dia membuktikan bahawa dirinya hanya berminat dengan mereka yang bersetuju dengannya sahaja," katanya.


    Sebelum ini, terdapat beberapa  perniagaan lain yang mengundurkan diri dari Majlis Pengeluaran Amerika Syarikat tersebut.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Trump Bubar Majlis Guna Twitter Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top