728x90 AdSpace

  • Latest News

    Thursday 17 August 2017

    KLIA Akan Diperbesarkan Lagi





    Kerajaan merancang untuk membesarkan dan menambah terminal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas tahun 2020 bagi mengatasi masalah kesesakan di lapangan terbang tersebut.

    Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab. Aziz Kaprawi berkata, jumlah penumpang di KLIA naik dengan mendadak sehingga 100 peratus dalam tempoh 2007 hingga 2016.

    “Ini merupakan satu kejayaan buat negara kerana berjaya menjadikan KLIA sebagai pusat transit di rantau ini setanding dengan Singapura dan Bangkok, Thailand.

    “Kerajaan telah membuat penelitian mengenai kesesakan yang berlaku dan mempunyai perancangan membesarkan serta menambah terminal di KLIA selepas tahun 2020,” katanya menjawab soalan tambahan Senator Datuk Mohd. Salim Sharif dalam sidang Dewan Negara hari ini.

    Dalam pada itu, Ab. Aziz berkata, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) sen­tiasa mengawal se­lia dan melarang sebarang tindakan atau bentuk persai­ngan yang tidak adil di antara syarikat-syarikat penerbangan yang beroperasi di negara ini.

    “Mavcom tidak menetapkan jadual waktu penerbangan untuk setiap syarikat penerbangan.

    “Jadual penerbangan tertakluk kepada waktu operasi yang ditetapkan oleh syarikat penerbangan itu sendiri,” katanya. menjawab soalan Senator Abdullah Mat Yasim yang bertanya mengenai persaingan antara syarikat penerbangan.



    Sumber - Utusan Malaysia









    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: KLIA Akan Diperbesarkan Lagi Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top