BERLIN: Polis Jerman baru-baru ini merampas kira-kira 5,000 pil ecstasy yang tertera muka seperti Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Pil tersebut dianggarkan bernilai kira-kira AS$46,000 (RM196,840) dan dirampas di Osnabrueck, barat daya Jerman ketika pemeriksaan dilakukan ke atas sebuah kereta di Lebuh Raya A30 pada Sabtu lalu.
Menurut polis Jerman, seorang lelaki berusia 51 tahun dan anak lelakinya berusia 17 tahun mendakwa membeli kereta berkenaan di Belanda.
Polis berkata, sejumlah wang turut ditemukan dalam kenderaan itu.
"Sebanyak 5,000 pil ecstasy tertera muka Trump ditemukan dalam kereta tersebut," jelas kenyataan polis.
Dua beranak terbabit kini ditahan untuk siasatan lanjut manakala kenderaan berkenaan turut dirampas sebagai bahan bukti. - The Independent
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci