Barcelona menyaman Neymar 8.5 juta euro (RM42.81 juta) berikutan pelanggaran kontrak dan mahu bintang Brazil itu membayar semula bonus ketika dia sudah menandatangani kontrak baharu lima tahun kurang sembilan bulan sebelum menyertai Paris St Germain (PSG).
Kelab gergasi Catalan itu dalam satu kenyataan berkata, pihak turut meminta bayaran tambahan 10 peratus berikutan penangguhan selepas permintaan mereka tidak dipenuhi.
“Barcelona mengambil tindakan mahkamah ini bagi mempertahankan kepentingan kelab, selepas kontrak Neymar dibatalkan hanya beberapa bulan selepas dia menandatangani kontrak sehingga 2021,” kata kelab itu dalam kenyataan berkenaan.
Pada awal bulan ini, Neymar menyertai PSG pada dengan klausa perpindahan berjumlah 222 juta euro (RM1.18 bilion).
Pemain antarabangsa Brazil dalam komennya melahirkan rasa terkejut dengan keputusan berkenaan, namun berkeras tidak akan membuat bayaran.
“Ia perlu diberi perhatian kerana berita ini diterima dengan kejutan, kerana pemain itu memenuhi sepenuhnya kontrak dengan paksaan dan kemudian membayar deposit penuh jumlah yang ditetapkan dalam klausa pembelian yang dipersetujui FC Barcelona bagi membebaskannya,” kata wakil Neymar dalam satu kenyataan.
Kenyataan itu turut menegaskan, peguamnya berkata penyerang berusia 25 tahun itu bersedia untuk mempertahankan haknya.
Selepas beberapa hari menandatangani kontrak dengan PSG, Barcelona enggan membuat bayaran ansuran bonus kesetiaan berjumlah 26 juta euro (RM130.96 juta) kepada Neymar yang sepatutnya diterima pada musim panas ini selepas berkata berlakunya pelanggaran kontrak. – MG
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci