728x90 AdSpace

  • Latest News

    Thursday, 18 May 2017

    “Taubat Manusia Yang Bergelar Banduan Akhir”





    By Ustaz Wadi Annuar


    Antara manusia yg tahu bila dia akan mati ialah banduan akhir.

    Ada satu kes, dinamakan sebagai “Banduan Akhir”. Bbanduan akhir ialah banduan yg melakukan jenayah yang berat mengalami proses kehakiman kadangkala 2 tahun, 3 tahun, 5 tahun dan akhirnya akan dihukum dengan hukuman gantung oleh hakim.

    Sekiranya hukuman gantung itu dibacakan pada hari Isnin, maka gantung hingga mati dilakukan oleh semua banduan akhir beragama Islam pada hari Jumaat.

    Apabila seorg banduan akhir dihukum gantung sehingga mati, maka namanya diketika itu akan menjadi banduan akhir dan biliknya akan diasingkan di dalam bilik khas yang diberikan nama sebagai “Sel akhir”.

    Katankanlah Hakim jatuhkan hukuman hari Isnin, ketika itu baki kehidupan harinya ialah Selasa, Rabu & Khamis sahaja.

    Sewaktu Hakim baca : “maka ini dijatuhkan hukuman gantung sampai mati yg akan dilaksanakan pd hari Jumaat ini diantara jam 6 pagi hingga jam 7 pagi.”

    Ianya mesti prosedurnya begitu.

    Sekiranya hukuman dibaca hari Ahad, maka hari Jumaat dijatuhkan hukuman.

    Namun sekiranya hukuman dibaca pada hari Rabu, maka baki kehidupannya sehari sahaja lagi.

    Orang yang namanya banduan akhir ini, selesai Hakim membaca keputusan, lutut dia sudah tak boleh berdiri dah.

    Sebab apa tuan-tuan? Sebab dia masih boleh bernafas 3 hari sahaja. Dia hanya boleh bernafas 4 hari sahaja. Air mata sudah berlinangan sejak dari Mahkamah lagi.

    Balik ke penjara, warden akan suruh asingkan barang-barang dan mesti dipindahkan ke sel belakang sekali seorang diri.

    Pada ketika itu, kita akan tengok bagaimana banduan akhir menghabiskan kehidupannya. Sentiasa membaca Al-Quran.

    Bila ustaz Agama yabg pergi di situ, majlis percakapan dab nasihat itu akan dipenuhi dengan tangisan air mata.

    “Saya banyak dosa ustaz”

    “Saya tinggalkan tanggungjawab saya.”

    “Saya tinggalkan tanggungjawab saya pada ibu & ayah saya ustaz”.

    Pergilah waktu mana pun, kita akan tengok banduan akhir ini berdiri di depan Allah SWT, bersembahyang.

    Solatnya panjang, zikirnya banyak. Quraannya banyak mengadu kepada Allah SWT. Kenapa? Sebab dia tahu umur dia lagi 3 hari, lagi 2 hari.

    Tuan-tuan yang dirahmati Allah SWT, bila sampai hari Khamis, esok Jumaat pagi dia akan digantung, malam itu kita nak tidur lagi tuan-tuan? Tak tidur dah.

    Manusia yang sudah tahu ajalnya, dia sudah tidak boleh tidur dah tuan-tuan.

    Sebab itu diantara rahmat Allah SWT yang besar adalah merahsiakan kematian kita supaya kita boleh makan, supaya kita boleh tidur, supaya kita boleh bermain dan sebagainya.

    Sekiranya dia tahu lagi sebulan ajalnya, nescaya sebelum tamatnya tempoh sebulan lagi dia sudah tidak akan bermain lagi. Tetapi Allah SWT merahsiakan kematian itu sebagai bukti dan rahmatNya kepada saya dan kita semua.

    Banduan akhir ini, walaupun dibuka rahsia kematian oleh Allah, maka dia jauh lebih beruntung drpd kita semua. Sebab dia tahu untuk bertaubat bila. Dia boleh bertaubat, Alhamdulillah.

    Majoriti manusia yang dibawa menghadap Allah SWT tidak sempat bertaubat pd Allah SWT kerana tidak tahu bila nak mati.

    Maka banduan akhir ini pada malam jumaat, Alhamdulillah dia beruntung untuk mengaku dihadapan Allah SWT

    “YaAllah aku berdosa dihadapan Mu yaAllah. Aku mengaku bahawa selama ini aku melakukan kesalahan kpdMu yaAllah! YaAllah ampunilah dosa aku ya Allah!!”.

    Maka datang daripada seluruh keikhlasan dihimpunkan di dalam hatinya menghadap Allah SWT. Untung dia.

    Pada keesokkan paginya, banduan akhir ini akan diberi pilihan sama ada untuyk memilih makanan yang tidak melebihi lebih kurang RM7.50.

    Dia diberi pilihan boleh pilih sama ada Char Kuew Teow kah, Nasi Ayam Penyet kah, cucur udang kah maka dia aksn diberikan pilihan boleh pilih.

    Tuan-tuan mahu tahu apakah yang dipesan oleh banduan akhir ini? Kebanyakkan banduan akhir ini tidak lagi akan memesan apa-apa makanan lagi kerana sudah hilang selera makan.  Sebab esok hari, bila dia bangun, bukannya bangun pun, bahkan malam itu adalah malam yang dia tidak akan boleh tidur. Selan

    Selalunya kes banduan akhir ini esok dia bangun selapas dia solat Subuh, hukumannya mesti dijalankan di antara jam 6 hingga 7 pagi.

    Maka, benarlah apa yang Allah SWT sebutkan, dia sendiri tidak akan tahu bila di akan mati. Walaupun harinya dia sudah ketahui, tetapi minit ke berapa, saat ke berapa nyawa dia akan keluar pun dia tidak tahu kerana itu semua rahsia Allah SWT.

    Ya benar, dia akan disarungkan tali gantung pada lehernya tepat pada jam 6:47 AM, tetapi dia sendiri pun tidak tahu pada saat ke berapakah dia akan berpisah dengan nyawanya.

    Pada keesokkan paginya, banduan akhir akan diberikan peluang untuk bercakap dengan ahli keluarganya. Pada masa ini, tiada perkataan yang akan keluar, hanya pelukan dan tangisan saja. Sudah tidak boleh bercakap lagi dah.

    Sudah tiada apa yang boleh dipesan pada ketika itu cuma dua perkataan ini saja;

    “Maafkan ayah…Maafkan ayah”

    “Maafkan abang, Maafkan abang”

    Itu sahaja. Hanya kemaafan saja yang diminta pada saat-saat akhir ini.

    Kemudian, banduan akan dibawa ke tali gantung. Allah SWT merahsiakan kematian itu untuk saya dan kita semua agar sentiasa melakukan persiapan utk bertemu dengan Allah SWT.

    Wallahua’lam.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: “Taubat Manusia Yang Bergelar Banduan Akhir” Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top