Wanita dilahirkan dengan sifat yang penyayang, oleh kerana itu apabila dia bercinta pasti akan setia hanya pada pasangan sahaja. Kalau dah cinta pada seseorang, dia sanggup berkorban apa sahaja demi orang yang dicintainya.
Akan tetapi jika dia sudah tawar hati, mungkin dia akan meninggalkan anda dalam keadaan anda sendiri tertanya-tanya apa kesalahan yang telah anda lakukan sehingga dia pergi begitu saja. Sesetengah lelaki beranggapan bahawa wanita yang berkelakuan begitu sangat kejam dan tidak mempedulikan perasaan orang lain.
Tetapi anda pasti anda tiada melakukan kesalahan yang boleh membuatkan si dia berubah hati? Ada kemungkinan ada sesuatu yang telah mengecewakan hatinya. Mungkin saja anda tidak perasan ada sesetengah perbuatan anda terhadapanya telah membuatkan dia merasa tidak dihargai dan merasa kecewa. Mari kita cuba lihat antara faktor-faktor mengapa ianya terjadi.
Sering ditipu
Semua orang tidak suka ditipu, baik lelaki mahupun perempuan. Tetapi jika di awal perhubungan sudah ditipu, hati mana yang tidak merasa kecewa. Mungkin saja pasangan anda sepertinya tidak mengambil endah dengan penipuan anda, tetapi percayalah, rasa sakit hati itu disimpan sehinggalah pada suatu hari kelak dia akan meluahkan segalanya dan pergi meninggalkan anda. Ketika itu hendak menyesal pun tidak berguna lagi.
Orang yang suka berkata jujur mendapat tiga perkara iaitu kepercayaan, cinta dan rasa hormat.
Tidak mengambil berat
Perempuan perlukan perhatian tetapi jika kamu langsung tak nak ambil tahu tentang dirinya akan menyebabkan dia jauh hati. Jika dahulunya sentiasa mengambil berat dan sentiasa bertanya khabar. Tetapi kini segalanya berubah, Mesej tidak dibalas, Telefon tidak diangkat, Whatsaap pulak tidak dilayan dan dibiarkan “seen” sahaja.
Mungkin pada anda perkara-perkara tersebut remeh dan tidak perlu diperbesarkan. Tetapi ianya membuatkan pasangan anda terasa terabai dan merasa diri tidak diperlukan lagi. Dan kerana itu, ia antara sebab mengapa pasangan anda mengundurkan diri dan menjauh hati.
Curang
Sudah menjadi lumrah apabila sudah mempunyai pasangan, pasti saja tidak puas dengan seorang. Mengapa mesti hati cepat berubah dan ingin mencari yang lain walaupun sudah berpunya? dan apabila sudah diketahui berlaku curang, senang saja hanya meminta maaf dan mengharapkan keadaan menjadi sediakala seperti tiada apa yang berlaku.
Percayalah, ketika itu hati pasangan anda sangat hancur dan tiada lagi kepercayaan terhadap diri anda. Jangan salahkan dia jika dia pergi meninggalkan anda kerana sikap tamak anda itu.
Panas baran
Asal bergaduh saja hendak naik tangan, suka maki-maki dan mudah menilai pasangan dengan perkara-perkara yang tidak betul. Wanita tidak suka dilayan dengan kekerasan keran hati mereka sangat lembut dan mereka adalah insan yang lemah
Mereka seharusnya dilindungi, bukan dilayan dengan kekerasan.
Terlalu ego
Lelaki memang ego tapi jangan sampaikan boleh merosakkan hubungan anda berdua, cuba rendahkan ego anda dan jika berbuat salah, ringankan mulut untuk meminta maaf.
Tidak pandai pujuk
Nampak remeh tapi punyai impak besar tahu! Kalau bergaduh buat hal sendiri. Masing-masing diamkan diri. Perempuan memang suka merajuk tapi jika rajuk tidak dipujuk maka terpaksa pujuk diri sendiri lama-lama memang hati makin keraslah. Bak kata orang antibiotik dah tak berfungsi dah. So fikir-fikirlah sendiri.
Tidak serius dalam hubungan
Wanita yang matang akan serius dengan perhubungan mereka, begitu juga dengan lelaki. Tetapi jika anda tidak serius dan tidak berfikiran jauh tentang perhubungan anda, pasti saja dia rasa anda tidak begitu serius dan tidak matang dalam menguruskan sesuatu hubungan. Bila bercakap bab kahwin, asa saja alasannya. Bila ajak jumpa mak ayah, terus kata sibuk bekerja dan sebagainya. Terlalu banyak alasan antara faktor mengapa wanita mudah bertukar fikiran dan berjauh hati.
Tidak tetap pendirian
Sering bertukar-tukar keputusan, Sekejap begini sekejap begitu, tidak tetap pendirian adalah salah satu sebab mengapa wanita cepat berubah hati.
Kurang memahami
Kesefahaman itu penting tetapi jika kamu sahaja ingin dirinya memahami kamu tapi diri kamu langsung tak memahami si dia. Adilkah?
Suka kongkong dan memaksa
Jangan cemburu buta. Buang sifat cemburu itu jauh-jauh kerana ianya boleh membuatkan pasangan anda merasa rimas dan cepat tawar hati. Mereka tidak suka dikongkong apatah lagi apabila dianggap melakukan perkara yang tidak dilakukan. Cemburu buta boleh mencetuskan perbalahan, dan selalunya hubungan yang sebegini tidak bertahan lama.
Kedekut dan berkira
Kalau apa-apa perkara kamu sangat kedekut dan berkira tak kira tenaga atau wang. Pinjam duit minta diganti, naik kereta pula berkira dengan mintak kereta. Sesekali cuba berkorban untuk pasangan yang mungkin sudah banyak berkorban untuk anda. Belum berkahwin sudah berkira, apatahlagi apabila bersama nanti.
Suka pinjam wang perempuan
Elakkan daripada memakai duit pasangan anda. Memang dia akan pinjamkan kerana atas dasar sayangkan anda. Tetapi jangan pula mengambil kesempatan atas kebaikan itu. Jadilah lelaki yang bermarua, jangan pula apabila diberi muka, bertambah berani pula anda meminta duit dari pasangan.
Jangan pernah abaikan pasangan anda, ini kerana apabila dia diabaikan, dia akan merasa diri tidak diperlukan, dengan itu dia bertindak untuk pergi dan mencari kehidupan sendiri. Jangan salahkan pasangan anda jika dia pergi meninggalkan anda tanpa memberitahu sebab-sebabnya. Mungkin saja sudah terlalu lama makan hati sehingga sudah tidak dapat bertahan lagi. Tidak guna sesali apa yang telah terjadi, oleh kerana itu penting untuk anda lebih peka dengan perasaan pasangan anda. Layanlah dia sepertimana pertama kali anda ingin memilikinya.
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci