Kisah malang kucing bernama Jin Jin ini yang berlaku beberapa bulan yang lalu, ketika dibawa berjumpa dengan perapi kucing menjadi perhatian ramai.
Mana tidaknya, disebabkan masalah komunikasi atau dalam bahasa inggerisnya ‘communication breakdown‘. Kucingnya balik dengan keadaan yang melucukan!
Tuan kepada Jin Jin, Qian, berkata kebiasaannya dia akan membawa kucing itu berjumpa perapi tetapi pada waktu itu dia ada hal, menyebabkan dia terpaksa meminta pertolongan kawan.
Bagaimanapun, terjadi sedikit masalah komunikasi ketika menceritakan tentang jenis potongan bulu yang sepatutnya dibuat untuk Jin Jin.
Kebiasaannya, Jin Jin akan menerima potongan seperti singa tetapi disebabkan masalah yang berlaku, bulunya dipotong sehinggakan kelihatan seperti memakai topeng kucing.
Apabila Qian tiba di kedai perapi untuk mengambil Jin Jin, dia terkejut melihat ‘perubahan’ kucingnya itu.
“Saya terkejut tukang perapi akan potong bulunya seperti itu.” kata Qian kepada The Dodo sambil turut mengaku dia tidak dapat menahan rasa geli hati dengan keadaan Jin Jin.
Bagaimanapun, tidak menjadi masalah yang begitu serius buat Jin Jin kerana bulu boleh tumbuh semula.
Jin Jin semakin pulih!
Malah sekarang, bulu Jin Jin semakin melebat dan sudah kelihatan seperti dirinya yang asal semula.
Sumber: The Dodo
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci