Seorang gadis dari Vietnam, Kuok, 22, yang dahulu dianggap sebagai ‘itik yang hodoh’ kini telah berubah menjadi angsa cantik selepas dia memutuskan untuk menjalani pembedahan plastik kerana tidak tahan dihina oleh masyarakat.
Memetik laporan World of Buzz, kebanyakan orang menganggap Kuok sebagai seorang yang buruk sehingga ada yang mengkritik serta menjadikan rupa parasnya sebagai bahan jenaka.
Ketika di alam persekolahan, Kuok disisihkan rakan-rakan sekelasnya dan mereka secara sengaja memulaukan dia daripada menghadiri mana-mana acara atau majlis pertemuan.
Selepas tamat belajar, hal-hal tersebut masih lagi berlaku kepadanya sehinggakan dilaporkan ketika satu sesi mencari jodoh, Kuok dianggap terlalu buruk dan tiada siapa yang mahukannya.
Menurut laporan tersebut, segelintir calon bahkan berkata, “Jika saya berkahwin dengan dia, saya akan hilang nafsu makan”.
Segala penghinaan dan layanan dingin yang diterima membuatkan Kuok hilang keyakinan diri dan berasa sangat rendah diri ketika berdepan dengan orang ramai.
Daripada terus menderita mengenangkan nasibnya, Kuok memutuskan untuk memgambil tindakan drastik demi mengubah kehidupannya selama-lamanya.
Akhirnya, tahun lepas Kuok memperuntukan kira-kira RM61,800 untuk menjalani pembedahan plastik dan hasilnya sangat menakjubkan.
Dalam tempoh satu malam, Kuok yang dahulu diejek kerana rupanya yang hodoh telah berubah menjadi seorang gadis yang sangat cantik dan secara perlahan-lahan keyakinan dirinya mula kembali.
Setahun kemudian, Kuok tampil sebagai seorang gadis cantik yang memancarkan keserian dan keyakinan diri yang tiada tandingan, sehinggalah dia bertemu dengan seorang jejaka.
Selepas berkenalan lebih enam bulan, mereka memutuskan untuk mendirikan rumah tangga dan dilaporkan juga bahawa suami Kuok merupakan seorang lelaki kaya yaang mewarisi harta keluarga.
Sekurang-kurangnya mereka yang pernah menghina Kuok kini mungkin berasa menyesal selepas melihat perubahan yang berlaku kepadanya. Namun, walau apa pun rupa paras dan keadaan fizikal anda, yakinlah pada diri sendiri dan buktikan kepada mereka di luar sana, 'kekurangan' anda bukan penghalang untuk berjaya dalam hidup.
- mD
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci