Setiap kali anda mengikuti field trip bersama rakan-rakan sekolah ataupun sekerja, pasti anda akan lihat pelbagai ragam dan tingkah laku setiap orang yang berbeza. Jom lihat 12 senarai di bawah:
1. Tak tahu erti penat, boleh berkaraoke sepanjang perjalanan
Korang mesti ada sorang kawan yang suka menyanyi, kalau dalam bas mesti orang ni lah yang suka buka lagu kuat-kuat dan ajak semua orang nyanyi sekali.
2. Kaki tidur
Baru saja masuk bas dah tidur. Bukan itu saja, tak kisahlah berapa kali singgah dekat R&R pun masih tidur sampailah ke destinasi yang dituju.
3. Mesti selalu hilang, tak pun lambat bila berhenti di R&R
Setiap kali berhenti di R&R ataupun stesen minyak mesti ada sorang kawan korang yang selalu lambat nak balik ke bas semula. Kalau tak lambat, mesti hilang entah ke mana.
4. Jenis yang tak boleh tahan, mesti asyik nak berhenti di stesen minyak atau R&R untuk membuang
Rasa-rasanya dah empat kali juga berhenti dekat R&R, tetapi masih ada lagi antara kawan korang yang tak pernah habis membuang. Asyik-asyik muka dia aja lah yang nak turun. Kalau macam ni, tak tahu lah pukul berapa nak sampai.
5. Suka ambil kesempatan dengan tidur atas bahu orang lain
Alamak tak sengaja lah! Mesti ramai antara kawan korang yang pernah buat macam ini kan? Nak tolak kepala tak sampai hati pula, tapi bahu ini dah habis lenguh tak boleh rasa. So macam mana eh?
6. Party people
Kumpulan ini memang tak boleh lari dari field trip, dah jadi rutin wajib untuk diorang buat bising dan party dalam bus. Yang paling annoyingnya tentang kumpulan ini ialah sebab diorang rasa excited je sepanjang perjalanan, tak reti nak duduk diam.
7. Terlebih peramah, ada saja benda yang nak ditanya
Kalau macam ini, tak tahu pula nak cakap macam mana. Tak salah nak peramah dan bertegur sapa. Tapi please, tengok lah masa dan keadaan yang sesuai ya.
8. Jenis yang dengar lagu guna earphone tapi pasang volume kuat-kuat sampai orang lain pun dengar
Ya, siapa yang tak suka menyanyi? Semua orang rasa enjoy bila dengar lagu dan menyanyi, tapi kalau dah pasang earphone, janganlah pasang volume kuat sampai satu bas boleh dengar. Tak pekak ke telinga tu pasang kuat-kuat?
9. Kaki tak boleh duduk diam, asyik menendang kerusi saja
Kalau dapat member macam ini, memang boleh buat hilang sabar. Kerusi itu untuk duduk bukan untuk ditendang. Alahai sabar sajalah.
10. Pantang nampak orang sedang tidur, mesti nak ambik gambar
Orang macam ini mesti ada dalam kalangan kawan-kawan korang bukan? Tak boleh nampak orang tidur, mesti nak sabotaj dengan hantar gambar-gambar tidur dalam Whatsapp group! Bawak lah selimut sekali, senang nak cover muka korang dari photographer macam diorang ni.
11. Sentiasa bawak snacks, BANYAK SNACKS!
Nak berjalan jauh mestilah lapar kan. Jadi, kawan korang mesti ada yang suka borong satu kedai semua jenis makanan dia bawa dalam bas. Bestnya bila ada kawan macam ini dalam bas, korang mesti tak akan rasa lapar.
12. Gamer yang suka main game tapi tak reti nak buat silent mode
Yang ini khusus untuk gamer yang memang tak akan sedar dengan orang sekeliling. Kalau ya pun nak main, tutup lah bunyi game tu.
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci