728x90 AdSpace

  • Latest News

    Thursday, 25 June 2020

    Maduku Sepupuku

    Lombok: Bermodalkan mas kahwin 4 juta rupiah (kira-kira RM1,208), seorang lelaki di sini, menjadi tular di media sosial selepas menikahi dua wanita serentak.

    Lombok Post melaporkan majlis pernikahan Saepul Bahri, 28, dengan kedua-dua isteri, Musitiawati, 23, dan Hairani, 23, berlangsung di Dusun Bakong, Dasan, Desa Lembar Kecamatan Lembar.

    Difahamkan, Saepul mengambil keputusan mengahwini Musitiawati dan Hairani selepas menjalinkan hubungan selama tiga bulan dengan kedua-duanya.

    Menariknya, Mustiawati mahupun Hariani tidak pernah datang ke rumah Saepul, sebaliknya lelaki itu berkenalan dengan kedua-dua wanita berkenaan menerusi perbualan telefon sahaja.

    "Malah, saya tidak pernah merancang untuk menikahi dua wanita, sekali gus tetapi suka kedua-duanya.

    "Akhirnya, terjadi pernikahan itu," katanya yang pulang ke kampung halamannya, enam bulan lalu selepas sembilan tahun mencari rezeki di Malaysia.

    Menurut Saepul, pada awalnya, dia menjalin hubungan dengan Musitiawati dan lama-kelamaan menaruh hati dengan sepupu teman wanitanya itu iaitu Hairani.

    "Kedua-duanya pendiam dan pemalu. Kecantikan mereka buat saya terpikat.

    "Saya tidak kisah mereka ada ikatan keluarga kerana suka kedua-duanya. Kebetulan mereka berjiran dan akrab satu sama lain.

    "Persoalan mengapa mereka sanggup berkahwin dengan saya dan bermadu perlu diajukan kepada kedua-dua isteri saya," katanya.

    Pernikahan Saepul dengan dua wanita itu mendapat restu ibu bapanya.

    Menurut Saepul, kedua-dua isterinya tinggal sebumbung dengannya kerana dia hanya ada satu rumah.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Maduku Sepupuku Rating: 5 Reviewed By: Kaki Palu
    Scroll to Top