728x90 AdSpace

  • Latest News

    Friday, 17 March 2017

    Lelaki Miang 'Nak Hisap' Penumpang Wanita LRT Ditahan




    Seorang lelaki yang didakwa mengganggu seorang penumpang wanita di dalam tren LRT laluan Kelana Jaya, Isnin lalu diserah kepada polis.


    Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd Datuk Ir Zohari Sulaiman berkata pihaknya berusaha mengesan lelaki itu sejak beberapa hari lepas selepas dimaklumkan mengenai insiden yang dimuat naik menerusi akaun Facebook mangsa, Nur Dini Van Haeren, 21, seorang penuntut universiti swasta.


    “Susulan kejadian, kami menghubungi Nur Dini bagi mendapatkan maklumat lanjut yang kemudian digunakan untuk mengesan lelaki itu menerusi rakaman kamera litar tertutup.


    “Lelaki itu berjaya ditahan di Stesen LRT Taman Jaya semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.


    Katanya, lelaki itu kemudian diserahkan kepada polis selepas mangsa membuat pengecaman.


    Zohari turut mengingatkan penumpang agar sentiasa waspada dan bertenang sekiranya berdepan dengan situasi tidak menyenangkan serta segera memaklumkan kepada staf, polis bantuan atau penumpang lain bagi mendapatkan bantuan.


    Menurut kenyataan itu, Nur Dini diganggu oleh lelaki berusia 37 tahun dari Lembah Subang samasa pelajar berkenaan menaiki tren di Stesen LRT Kelana Jaya ke pusat bandar.


    “Ketika memasuki tren, dia perasan ada seorang lelaki memandangnya dengan ekspresi miang dan gatal.


    “Merasakan lelaki itu berniat tidak baik, Dini mengambil sikap waspada.


    “Dia kemudian terdengar lelaki itu membisikkan kata-kata lucah kepadanya dan gangguan itu berterusan sambil pelaku membuat ekspresi tidak senonoh ke arah mangsa,” kata kenyataan itu.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Lelaki Miang 'Nak Hisap' Penumpang Wanita LRT Ditahan Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top