Tahukah anda, ada perkara yang pramugari atau pramugara tidak boleh lakukan untuk para penumpang? Namun ramai penumpang sebenarnya tidak menyedarinya.
Kami kongsikan catatan daripada Yahoo Travel yang menemu ramah Shawn Kathleen, bekas pramugara untuk menjelaskan apa yang tidak boleh dilakukan oleh pramugari/pramugara dan kru penerbangan.
1. TIDAK BOLEH berikan anda sebarang ubat
Menurut undang-undang, mereka tidak dibenarkan langsung. Namun ada beberapa ubat yang hanya boleh diberikan kepada seorang doktor dalam masa kecemasan.
2. TIDAK BOLEH simpankan beg anda di tempat simpanan beg
Anda rasa seorang anak kapal harus membantu anda meletakkan beg anda? Ternyata anda salah! Seorang anak kapal sebenarnya tidak dibenarkan untuk mengangkat beg anda kerana ia boleh menyebabkan kecederaan.
Mereka hanya boleh membantu anda menolak beg anda masuk ke tempat simpan beg dan menutup pintunya.
3. TIDAK BOLEH buat panggilan untuk tangguhkan penerbangan
Seorang juruterbang pesawat tidak akan menunggu untuk ketibaan anda. Ramai yang selalu bertanya, namun ia tidak akan pernah terjadi kerana seorang juruterbang sendiri tidak mampu membuat keputusan itu.
4. TIDAK BOLEH suruh juruterbang pandu kapal terbang lebih laju
Pastikan anda menempah penerbangan yang lebih lewat dari masa ketibaan di lapangan terbang jika anda perlu menukar penerbangan.
5. TIDAK BOLEH terima tip dalam bentuk wang tunai
Seorang anak kapal tidak dibenarkan menerima sebarang wang tunai daripada para penumpang. Jika anda ingin memberinya tip, anda boleh berbuat demikian dalam bentuk baucar ataupun sekotak coklat.
6. TIDAK BOLEH minum bersama para penumpang
Anak kapal tidak dibenarkan minum alkohol bersama penumpang pada waktu kerja. Begitu juga buat juruterbang. Mereka tidak dibenarkan untuk minum alkohol pada masa bekerja.
7. TIDAK BOLEH halau anjing pemandu – walaupun anda ada alahan
Mengikut undang-undang, seorang anak kapal tidak boleh memindahkan haiwan perkhidmatan yang sedang membantu seseorang yang tidak berupaya.
Jika penumpang ada alahan, penumpanglah yang perlu meninggalkan penerbangan itu dan ambil yang lain.
8. TIDAK BOLEH buat orang lain tukar tempat duduk mereka
Anda ingin tukar tempat duduk kerana mahu bersebelahan dengan teman anda. Bagaimanapun seseorang anak kapal tidak boleh memaksa sesiapa untuk menukar tempat duduk mereka.
9. TIDAK BOLEH duduk di Kelas Bisnes meskipun tempat itu kosong
Anda harus bayar lebih untuk duduk di Kelas Bisnes, sama ada dalam bentuk ‘miles’ ataupun wang.
10. TIDAK BOLEH membenarkan anda bawa minuman keras sendiri
Kebanyakan syarikat penerbangan akan merampas minuman keras jika mereka melihatnya. Seorang anak kapal tidak mahu sebarang penumpang dalam keadaan mabuk.
11. TIDAK BOLEH teman anda keluar pesawat
Anak kapal boleh memanggil seseorang untuk bertemu dengan anda namun selagi ada penumpang dalam pesawat, mereka tidak boleh keluar dari pesawat itu.
12. TIDAK BOLEH beri pen dalam penerbangan antarabangsa
Anak kapal tidak lagi menyediakan pen untuk anda mengisi borang kastam. Anak kapal juga tidak mempunyai bekalan pen yang cukup untuk anda gunakan. Oleh itu, anda harus menyediakan pen anda sendiri.
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci