MIRI: Cubaan seorang lelaki mencuri enam paket minuman Milo dari
sebuah kedai runcit gagal apabila dia ditahan sejurus keluar dari
premis berkenaan dalam kejadian Pusat Komersial Centre Point, di sini
pagi semalam.
Dalam kejadian jam 11 pagi itu, tindak-tanduk mencurigakan lelaki berusia 30-an disedari salah seorang jurujual premis berkenaan sebelum dia bertindak menahannya untuk pemeriksaan.
Menurut sumber, sebelum itu, jurujual premis itu berasa curiga dengan gelagat lelaki berkenaan memasukkan beberapa paket Milo ke dalam plastik yang dibawanya. “Curiga dengan perbuatan lelaki itu, jurujual tersebut memanggil rakan sekerjanya untuk memeriksa lelaki berkenaan ketika mahu keluar dari premis itu tanpa membuat bayaran di kaunter.
“Hasil pemeriksaan menemui enam paket Milo bernilai hampir RM200 bersamanya,” katanya. Katanya, berikutan itu, lelaki berkenaan ditahan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci