Jenazah Abang Suhaili Abang Yakub, seorang guru yang lemas di Sungai
Bulin dekat sini petang semalam ditemui pasukan mencari dan menyelamat
selepas waktu Isyak malam semalam. Mayat mangsa yang masih lengkap
berpakaian ditemui tidak jauh dari tempat mangsa lemas ketika cuba
berenang menyeberangi sungai berkenaan.
Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Betong untuk bedah siasat. Pada Ahad, jam 2 petang mangsa yang dikenali sebagai ’Cikgu Kawan’ turun menjala bersama seorang lagi rakannnya.
Ketika kejadian berlaku, mangsa cuba untuk menyeberangi sungai berkenaan yang berarus deras akibat hujan yang berlaku malam sebelumnya.
Rakannya cuba melarang mangsa daripada menyeberangi sungai, tetapi tidak diendahkan. Sejurus itu, ketika menghampiri pertengahan sungai, mangsa tenggelam dan rakannya sempat melihatnya terkapai-kapai meminta tolong dan akhirnya tenggelam dihanyutkan air deras.
Operasi pencarian melibatkan lima anggota polis, lima anggota JBP, 10 anggota JPAM, 10 petugas RELA serta masyarakat kampung dengan menggunakan empat buah bot. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Betong, James Whelan turut serta.

"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci