Wujud konspirasi dari pihak penganjur SukaGuam dan Pemuda
UMNO untuk memalukan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam program Nothing To Hide
yang dibatalkan atas perintah pihak polis pagi tadi berikutan isu keselamatan.
Pengerusi SukaGuam, Datuk Khairul Anwar Ahmad dikatakan
adalah penyokong setia Khairy Jamaludin.
Konspirasi ini jelas dari kenyataan berdolak dalik penganjur
berhubung kehadiran Mahathir ke program tersebut. Dalam beberapa
kenyataan sebelum ini, penganjur mengatakan Mahathir dijemput tapi dalam sidang
media yang diadakan selepas pembatalan tersebut, penganjur menafikan pula
Mahathir memang telah dijemput.
Penafian ini satu perkara yang lucu kerana kerusi
untuk Mahathir duduk pun telah disediakan, bagaimana pula kata Mahathir tidak
dijemput? Ini juga bukan program terbuka, hanya peserta dengan kad
jemputan sahaja yang dibenarkan masuk.
Di samping itu, tindakan penganjur juga membenarkan Mahathir
mengambil alih majlis tersebut bila diumumkan Perdana Menteri tidak hadir, apa
pulak tujuannya tu? Ini bukan program Mahathir, tapi program Perdana
Menteri bersama NGO.
Mahathir sepatutnya datang sebagai peserta, bukan rampas
majlis itu jadi majlis dia. Inikan program dialog, bukan ceramah perdana
yang Mahathir nak berucap apa bagai.
asas2020.blogspot.com
http://asas2020.blogspot.com/2015/06/nothingtohide-konspirasi-kj-untuk.html#more
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci