KUCHING SARAWAK 7 April-Seorang lelaki dari Petra Jaya disyaki mahu mencuri mati di sebuah stesen kecil milik syarikat pembekal kuasa di berhampiran taman Muhibbah di jalan Matang .
Mayat mangsa ditemui oleh juruteknit yang diarahkan ketempat kejadian bagi melakukan pemeriksaan selepas mendapati amaran pada sistem
Setelah juruteknit terbabit tiba di lokasi lebih kurang jam 8 pagi.beliau terkejut melihat seorang lelaki yang sudah tidak bernayawa.
Turut ditemui berhampiran mayat sebuah beg berisi peralatan seperti pemutar skru dan beberapa lagi peralatan.
Motosikal yang dipercayai milik mangsa turut ditemui di luar stesen tersebut.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Ng Ah Lek mengesahkan insiden dan siasatan awal mendapati lelaki berkenaan disyaki cuba mencuri kabel apabila terkena renjatan elektrik.
Mayat lelaki yang berusia 35 tahun itu dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat.
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci