728x90 AdSpace

  • Latest News

    Monday, 8 May 2017

    7 Punca Wajah Anda Nampak Tua Dari Usia Sebenar

    GAMBAR SEKADAR HIASAN




    Setiap wanita impikan kulit atau wajah awet muda dan sentiasa nampak macam anak dara.

    Tapi, tanpa anda sedar ada beberapa perkara yang anda lakukan buatkan wajah anda nampak tua.

    Ketahui punca-punca tersebut dan cuba elakkan lepas ni!




    1. Elakkan Stress

    Sila buang ‘stress’ jauh-jauh jika nak nampak muda sentiasa. Tapi mana ada manusia yang tiada masalah kan? Pandai-pandailah tangani stress itu dengan bijak.





    2. Sentiasa gembira

    Kecantikan wajah bermula dari dalam. Kalau jiwa dan hati anda gembira, wajah pun akan sentiasa nampak muda. Lakukan aktiviti seperti meditasi, bersenam dan sentiasa ketawa.





    3. Makan sayur

    Sayur kaya dengan antioksidan yang melawan penuaan dan memperbaiki sel kulit anda. So, rajin-rajin makan sayur lepas ni kalau nak cantik macam Nora Danish.





    4. Jangan Malas Bersenam

    Tak semestinya anda perlu ke Gym. Berjalan sebanyak 10,000 langkah pun dah dikira bersenam. Bersenam bukan je boleh menurunkan berat badan, tapi membuatkan kulit sihat.





    5. Makan ikan

    Bukti menunjukkan asid lemak Omega-3 yang terdapat dalam ikan sangat bagus untuk kulit.





    6. Kurangkan produk tenusu

    Kajian menyatakan bahawa penuaan kulit juga boleh berpunca daripada banyaknya mengambil produk tenusu.





    7. Kurangkan angkat kening

    Kurang tabiat mengerut dahi kerana semakin anda lakukan, semakin jelas kesan kerutan ditinggalkan di bahagian dahi.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: 7 Punca Wajah Anda Nampak Tua Dari Usia Sebenar Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top