Arsene Wenger yakin sesuatu akhirnya muncul di Arsenal sekali lagi dan setiap orang boleh merasainya.
Gunners menang 4-1 ke atas Liverpool di Stadium Emirates Sabtu lalu, kernenangan ketujuh berturut turut dalam Liga Perdana Inggeris serta melonjakkan mereka ke tangga kedua.
Ketika Manchester City boleh merampas kembali tangga kedua dengan menundukkan Crystal Palace awal pagi tadi dan kejuaraan dilihat sukar digapai kerana Chelsea kekal tujuh mata di depan dengan berbekal kelebihan satu perlawanan, tidak diragui apabila Wenger boleh menurunkan setiap pemain, Arsenal mampu mencabar mana-mana pasukan.
Sekalipuh kecewa gagal mara lebih jauh di Eropah selcpas disingkirkan AS
Monaco, prospek mengenai menamatkan liga ditangga lebih bagus dan mempertahankan Piala FA
masih menjadi agenda utama.
Wenger yang sering dikritik kcrana hala tuju pasukannya berikutan hampir sedekad tanpa scbarang trofi, berasakan akhirnya mereka mula mendapat rentak yang diinginkan.
"Kami mempunyai mentaliti dan perpaduan yang bagus dalam pasukan," katanya.
"Ada sesuatu yang bagusberlaku, ia menggambarkan mereka bersedia merebut tempat masing masing."Anda boleh Lihatnya danboleh merasainya."Sudah tentu ia satu asas bagus dan sccara bertahan kami bermain semakin baik."Wenger berhasrat merapatkan jurang sebaik mungkin dengan Chelsea dan kelab pendahulu itu akan berkunjung ke Stadium Emirates pada 26 April.
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci