728x90 AdSpace

  • Latest News

    Friday, 8 August 2014

    Warga Myanmar Ditemui Mati Dengan 13 Kesan Tikaman

    BUKIT MERTAJAM: Seorang warga Myanmar ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di badan dan belakangnya dipercayai dibunuh di Taman Kerjasama, Bukit Tengah di sini, Khamis.

    Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri (Risikan dan Operasi), Supt Shahurinain Jais berkata Abdul Hakim, 41, pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) ditemui terlentang di atas jalan di taman perumahan itu pada pukul 6.30 pagi tadi.

    "Siasatan awal mendapati mangsa yang tinggal di negeri ini sejak beberapa tahun lepas dalam perjalanan untuk membeli nasi lemak di sebuah restoran yang terletak di kawasan taman berkenaan sebelum diserang empat lelaki.

    "Menurut saksi yang melihat kejadian itu, ketika itu keadaan masih gelap dan saksi itu ternampak empat lelaki menyerang mangsa dengan menggunakan senjata tajam seperti pemutar skru, besi dan pisau," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

    Beliau berkata polis menemui 13 kesan tikaman pada mangsa.

    "Mangsa mati ditempat kejadian akibat kejadian parah dan berdasarkan maklumat yang diperoleh kejadian itu berlaku dengan pantas dan penyerangnya melarikan diri dengan menaiki dua buah motosikal," katanya.

    Shahurinain berkata beberapa orang awam yang berada di tempat kejadian cuba memberi bantuan kepada mangsa bagaimanapun gagal kerana mangsa telah meninggal dunia.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Warga Myanmar Ditemui Mati Dengan 13 Kesan Tikaman Rating: 5 Reviewed By: Kaki Palu
    Scroll to Top