728x90 AdSpace

  • Latest News

    Friday, 8 August 2014

    Ally Iskandar Tinggalkan Isteri Hendak Bersalin Demi Tugas

    PETALING JAYA: Tumpuan pengacara dan personaliti TV3, Ally Iskandar terganggu kerana terpaksa meninggalkan isterinya, Nurfarahin Romli atau Farah Lee yang dijangka bakal melahirkan anak pertama mereka pada bila-bila masa demi tuntutan tugas.

    Ally, 38, berkata, isterinya dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Shah Alam dekat sini pada awal pagi Khamis dan dia terpaksa bergegas ke acara pengumuman pelakon Izzue Islam dan Yana Samsudin sebagai duta produk Super 'The Secret To A Smile' di Cathay Cineplex E@curve di sini yang mana dia bertindak sebagai pengacara majlis.

    "Sebelum datang ke sini saya menghantar isteri ke hospital terlebih dahulu kerana dia dijangka akan bersalin pada bila-bila masa kerana dia sepatutnya melahirkan anak pertama kami pada 30 Julai lalu.

    "Tumpuan saya untuk mengacarakan majlis ini terganggu kerana memikirkan keadaan isteri di hospital dan akan bergegas ke sana selepas selesai acara ini," katanya kepadamStar Online

    Dalam pada itu, Ally berkata, dia teruja bakal bergelar bapa selepas tiga tahun berkahwin dengan Farah dan berharap kehadiran cahaya mata itu nanti akan menyerikan lagi rumah tangga yang dibina.
    Malah kata Ally, kehadiran anak itu nanti akan mengeratkan lagi hubungan mereka yang sebelum ini terpaksa berjauhan ekoran isterinya itu melanjutkan pengajian di sebuah universiti di Korea Selatan.

    "Saya tidak mengenali isteri sebelum kami berkahwin dan biarpun sudah beberapa tahun bersama kami masih dalam proses mengenali kerana sering berjauhan sebelum ini.

    "Alhamdulillah sudah dua tahun dia kembali ke tanah air dan kehadiran cahaya mata sulung ini akan mengeratkan lagi hubungan kami suami-isteri selepas ini," katanya.

    Sementara itu, Ally berkata, Farah sangat memahami kerjayanya yang sentiasa sibuk dan tidak mengira waktu dan sentiasa memberikan sokongan kepadanya. 

    Malah kata Ally, bagi mengelakkan rasa bosan, isterinya itu berjinak-jinak dalam bidang perniagaan dengan membuka sebuah butik pakaian wanita bagi mengisi masa lapang.

    "Alhamdulillah nampak dia sangat berminat dalam bidang perniagaan dan sebagai suami saya menyokong keputusannya dan menggalakkan terhadap apa yang dilakukannya," katanya. 

    Ally dan Farah Lee bernikah pada 20 Januari 2012 dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Kristal, Kuala Terengganu.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Ally Iskandar Tinggalkan Isteri Hendak Bersalin Demi Tugas Rating: 5 Reviewed By: Kaki Palu
    Scroll to Top