Wednesday, 28 April 2021

Apa Kesannya Darurat Kes Covid-19 Meningkat

 



SEOLAH-OLAH tidak langsung memberi kesan walaupun pengumuman Proklamasi Darurat oleh kerajaan yang bermula 11 Januari hingga 1 Ogos ini. 

Proklamasi Darurat yang diumumkan kerajaan bagi membendung wabak Covid-19 seperti yang diharapkan semua pihak nampaknya tidak memberi impak besar.

28 April 2021- Kes baharu hari ini kembali mencecah angka melebihi 3,000 dengan 3,142 kes, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 401,593 kes.

Rasanya, ketegasan bagi pematuhan SOP perlu dipertingkatkan oleh pihak yang diberi amanah.


Saturday, 17 April 2021

Kucing Seludup Dadah

 Pihak berkuasa di Panama kelmarin memintas penyeludup tidak disangka iaitu seekor kucing putih yang membawa pelbagai jenis dadah di dalam kantung diikat pada badannya ketika ia cuba masuk ke dalam sebuah penjara.

Kucing itu dipintas di luar Penjara Nueva Esperanza yang menempatkan l


ebih 1,700 banduan  di Colon, utara Bandar  Panama.

“Terdapat kain diikat pada haiwan itu yang mengandungi peket-peket berisi serbuk putih, daun dan tumbuhan lain,” kata ketua Sistem Penjara Panama,  Andres Gutierrez.

Menurut seorang pegawai lain, barang tersebut adalah kokain, ganja dan dadah lain.

Pihak berkuasa turut menyiarkan gambar dadah berkenaan dan kucing tersebut yang tertangkap.

Kucing yang tidak dapat dipastikan namanya itu tidak dihukum penjara tetapi di hantar ke sebuah rumah penjagaan haiwan.

Panama mempunyai kira-kira 18,000 banduan di dalam 23 penjara dengan kebanyakannya sesak. – AFP

Thursday, 15 April 2021

Dana 1MDB: Suami dan anak Zetty Akhtar hadir beri keterangan

 POLIS mengesahkan Datuk Dr Tawfiq Ayman dan seorang anaknya telah hadir memberi keterangan berhubung siasatan kes penerimaan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, suami kepada bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz itu hadir di Menara KPJ, Jalan Tun Razak hari ini.

“Dia dirakam percakapan bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, orang ramai dinasihati supaya tidak membuat sebarang spekulasi melalui mana-mana platform sehingga siasatan selesai dijalankan dan seterusnya dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk keputusan. -SM


Wednesday, 14 April 2021

7 Daerah di Kelantan Kena PKP

 


KOTA BHARU – Tujuh daerah di Kelantan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua minggu bermula 16 April sehingga 29 April ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr. Izani Husin berkata, daerah yang terlibat dengan pelaksanaan PKP adalah Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Bachok, Machang, Tumpat dan Tanah Merah.

“PKP dikecualikan di daerah Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.

“Rentas daerah juga tidak dibenarkan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya hari ini.

Terdahulu, Kelantan mencatatkan sebanyak 226 kes Covid-19 hari ini iaitu 219 melibatkan kes tempatan, dua kes import dan lima kes penjara.

Daripada jumlah keseluruhan kes baharu, 79 kes dikesan di Kota Bharu, Tumpat (69 kes), Kuala Krai (8), Bachok (8), Pasir Puteh (5), Tanah Merah (4), penjara (5), Jeli dan Machang masing-masing satu kes.

Jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Kelantan ketika ini sebanyak 7,506 kes. – K! ONLINE

Harga RON95, RON97, diesel kekal

 Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing kekal pada paras RM2.05 dan RM2.54 seliter bagi tempoh bermula tengah malam ini sehingga 21 April depan.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, harga runcit diesel juga kekal pada paras RM2.15 seliter.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan paras harga siling RM2.05 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.15 seliter bagi diesel walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk meningkat lebih 10 sen melebihi harga siling yang telah ditetapkan.


Kenapa Hati Tak Tenang?

 



Sejak akhir-akhir ini ramai kekawan mengadu yang hidup mereka tidak tenang malah sering mengalami keresahan entah apa-apa.

Penulis tidak mampu memberi nasihat panjang lebar kerana penulis juga pernah alami pekara sama.

Bezanya penulis mengadu pada Allah terlebih dahulu sebelum minta dinasihati oleh sahabat yang berkebolehan.


Renungkanlah ini...

Manusia sering beranggapan apa  yang penting dalam hidup ini adalah gembira dan itulah sering kita dengar.

Sebenarnya anggapan sebegitu adalah satu kesilapan yang tiada penghujung.

Ketahuilah sahabat pembaca blog ini, sesungguhnya gembira sahaja tidak cukup untuk memberi kebahagian kepada diri tanpa ditunjangi hati yang tenang.

Gembira tidak dapat atasi segala tekanan yang dihadapi kita, tetapi hati yang tenang dapat mengatasi segala tekanan atau segala kesulitan.

Yakinlah!,... Tidak mudah untuk memiliki hati yang tenang jika kita tidak memperbaiki hubungan dengan Allah dan manusia serta lain-lain makhluk.

Yakinlah!,... Hati yang tenang akan menjadikan diri kita sentiasa aman dan lapang sungguhpun diri banyak kekurangan, masalah dan sebagainya



Mintalah kepada Allah dengan doa ini...jangan lupa Istiqomah.


Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang....Amin


Perbanyakan juga taubat kepada Allah

Berzikirlah kepada Allah

Solawat kepada Nabi Muhammad  S.A.W.

Rajin-rajinlah baca quran...

Mudahan cahaya ketenangan menyelimuti seluruh kehidupan kita semua.

Itu sahaja yang penulis boleh kongsi untuk sesiapa yang menghadapi tekanan...


Ahli Umno Lari Jika DAP Diterima

 


KERJASAMA Umno PKR perlu dikaji dari sudut penerimaan ahli parti dan bukan ahli yakni pengundi.

Kekuatan sebuah parti bergantung kepada ramainya ahli, namun kemenangan bergantung penuh pada pengundi berdaftar.

Sukar bagi ahli Umno untuk menerima DAP kiranya ada hasrat untuk membawa parti itu kedalam jajaran politik baru.

Amanah yang lahir dari perpecahan Pas diyakani dapat diterima oleh ahli Umno sekiranya parti itu bersetuju bersama jajaran baru politik Malaysia.

Menurut penulis, tidak akan berlaku pergerakan bagi Amanah jika DAP di tolak bersama jajaran politik yang masih diperingkat spikulasi.

Cabaran besar bagi PKR dan Amanah adalah pergerakan ahli parti atau pengundi berdaftar kearah Perikatan Nasional yang dilihat lebih stabil dari banyak segi termasuk kewangan. Kerana tak mudah ahli dan penyokong PKR dan Amanah menerima Umno.

Dipercayai ramai ahli berdaftar dan penyokong Umno akan berhijrah menyokong parti lain kiranya Umno terima DAP. Ini cabaran sebenar akan di tempuhi Umno.

Umno yang mahu menang mahu berkuasa perlu selesai masalah penolakan Zahid secara terang-terang sebelum mahu jilat menjilat dengan PKR, Amanah, DAP.

Masalah yang berlaku dalam Umno hari ini semakin parah dan membarah ibarat asah keris bertikam sesama sendiri dek kerana ke egoan.

Jika benar Umno akan kerjasama dan menerima DAP ia sama menghambat ahli dan penyokong bergerak ke arah Perikatan Nasional.


Tuesday, 13 April 2021

Akar Umbi: Zahid Patut Undur Diri

 Walaupun Zahid Hamidi dan Anwar Ibrahim menafikan audio tular disisi lain dilihat telah melukakan akar umbi Umno.

Zahid patut tahu suara agar Zahid berundur semakin banyak kedengaran.

Mereka tak segan silu menyatakan kecelakaan terus menimpa Umno selagi Zahid berdegil tidak mahu undur diri.

Undur dirilah Zahid!, sebelum semangat perjuangan kami bertambah luntur dan kami tidak teragak-agak meninggalkan Umno jika kamu terus berdegil.  kata beberapa kawan penulis ketika berbual di warong kopi.

Akar umbi percaya audio tular yang disebarkan adalah tulen dan tidak ramai merasakan audio itu adalah rekayasa musuh.

Zahid patut faham, Umno bukan hak milik pribadi dan sebab itu suara agar Zahid berundur atau berehat semakin kencang. Malah banyak beredar dimedia  atas talian setiap hari.

Penulis berharap kemelut ini dapat diselesaikan sebelum pemilihan Umno untuk elak keparahan dan pergeseran terus berlaku.


Sunday, 11 April 2021

Gusar Cemas Apa Dengan Suara Mirip Anwar dan Zahid?

 


Suara mirip Anwar Ibrahim dan Zahid Hamidi dah macam isu jenayah pula dah.

Apa salahnya kiranya benar?. Lagipun dalam politik Malaysia bukan ini kali pertama berlaku.

Kecoh sampai menyusahkan pihak polis, kena siasat, kena hantar ke unit forensik dan selepas itu peguam negara.

Menurut pendengaran aku yang jahil ini, suara tular itu bukan bincang nak rompak, nak samun, nak jual negara atau berkaitan jenayah lain.

Kalau setakat macam suara tular tu, itu pekara biasa.

Tak tahulah apa yang di gusarkan, apa yang dicemaskan?. Oh iya.. mungkin ada pihak tertentu yang memihak kepada Perikatan Nasional gusar takut hilang jawatan dan kuasa jika berlaku Umno tarik sokongan kepada perdana menteri sekarang  atau bergabung dengan PKR.

Suara tular tu, tidaklah seteruk ketika orang Umno di kafirkan.

Nak pusing isu panas rasuah yang ' membakar' moral negara ke?.

Eh... poning politik tak matang...

Friday, 9 April 2021

Orang Lain Bertikam, Aku Pula Dituduh Pemakan Dedak

 


Sempena Jumaat yang mulia, aku berterima kasih kepada pemaklum yang aku ni disyaki penulis upahan dari kumpulan penentang Zahid Hamidi.

Aku pun tak tahu sebab apa di label sebagai penulis upahan penentang Zahid. 

Wal hal mereka dan orang merekalah berpakat asah keris untuk bertikam sesama sendiri.

Aku menulis berdasarkan suara akar umbi yang mahu Zahid berundur kerana dianggap pemberat kepada Umno.

Akar umbi sedar suara dibawah hanya macam anjing salak bukit hanya perwakilan sahaja yang dapat menentukan. Akar umbi bertanggapan adalah lebih baik Zahid berundur diri daripada 'mati' tidak di kafan.

Salahkah aku yang menulis bagi menyampaikan hasrat akar umbi dan aku tidak menerima sebarang habuan dari mana-mana pihak.

Jika telahan menjadi kayu ukur, berapa banyak habuan di bagi kepada akar umbi untuk bersuara agar Zahid letak jawatan?.

Annuar Musa, KJ, Tok Mat aku tak pernah jumpa, depa pun tak penah bersua dengan aku.

Jangan megah sangat kerana suara akar umbi tak boleh dipadam dengan air dari jentera bomba.

Tengok ni, ini pembayang fakta yang boleh di timbangkan untuk kau orang semua.

 Pemilihan UMNO  lepas.

Zahid Hamidi dapat 37,000 undi Khairy ( KJ) dapat 32,000 

Tengku Razaleigh Hamzah dapat 20,000 undi. 

Campur undi di perolehi KJ  dan Tengku Razaleigh (Ku Li)  lebih 60 peratus tolak Zahid. Bahagian pula lebih 45 peratus tidak menyokong Zahid.

Salahkah apa yang aku tulis ini?, .. satu pekara lagi... tidak pernah terjadi dalam Umno, Zahid sebagai presiden parti, Najib Razak pula di kempen sebagai calon perdana menteri jika berkuasa pada PRU-15.


Tolol biar bertempat....

Thursday, 8 April 2021

Orang Umno Asah Keris 'Bertikam' Sama Sendiri


 Panas pula cuping aku dengar perbualan berkaitan audio viral kononya itu perbualan antara Anwar Ibrahim dengan Zahid Hamidi.

Subjek hangat diperbincangkan NO DAP, NO PKR, tetiba keluar rakaman suara dua orang kuat parti, gelak ketawa, sekali imbas NO DAP, NO PKR hanyalah retorik semata-semata, kisah dibelakang lain pula.

Aku pun dengar juga audio viral tu, tapi aku tak hairan sama ada itu suara ori atau palsu, kerana retorik ruji orang-orang politik. Hari ni cakap lain esok lagi bertambah-tambah.

Ini zaman digital, suara manusia boleh diubah sehingga macam suara babi, berok, kera oleh individu atau kumpulan yang berkemahiran.

Kenapa pemimpin Umno jadi sasaran?, puncanya dalaman tak kemas malah orang nombor wahid Umno didesak letak jawatan secara terangan malah boleh didapati berita berkaitan secara mudah atas talian.

Gara-gara kes yang di bawa ke mahkamah, Nombor wahid Umno di 'serang' dari dalam secara terang.

Aku sendiri pun nak muntah dengan akar umbi bercakap mengenai nombor wahid Umno, yang kau orang tak suka mengapa?,... baunya dah macam bangkai ke?.

Pas sedang membantu Bersatu sama ada kerana habuan atau sebaliknya, Orang Umno pula hari-hari asah keris untuk 'bertikam' sama sendiri.

Tak hairanlah, sama ada audio itu betul atau tidak, tapi punca sebenar apa yang dikatakan rekayasa itu berlaku berpunca dari siapa?. Kalau bukan dari kelemahan dalaman Umno sendiri.

 Bodoh punya olang...









PRU-15 Parlimen Ketereh dan Machang Diramal Kalah

 YÉ™ ķè tidak tunggu saje kata ye atau tidak dari pihak Pas Kèlantan.

Zaman ini bukan zaman nujum air dalam mangkuk, ini zaman nujum digital.

Benarkah Pas Kelantan bersedia melepaskan beberapa kerusi parlimen yang sepatutnya ditandingi parti itu kepada parti lain pada PRU-15?.

Angin taufan bertiup kencang dengan penuh kemungkinan kerusi itu akan di hadiahkan kepada Bersatu berikutan Pas bersama Perikatan Nasional (PN).

Aku percaya,...Tak banyak 'gantang' pendapat bersetuju jika dikatakan ada beberapa kerusi parlimen dan Dun milik Pas akan dihadiahkan kepada Umno BN kerana jalinan Maufakat Nasional (MN).

Bezanya, MN bukan entiti politik berdaftar berbanding PN yang disahkan berdaftar dan boleh menggunakan logo dalam pilihan raya.

Dengan penilaian benar tidak memihak,.. jawapan ada pada anda.

Kata angin taufan, mungkin 5 atau 7 kerusi Dun yang dikuasai Umno BN menang akan di serahkan kepada Bersatu. Eh,...benarkah begitu, 'tapi tak mustahilkan'.

Tak kelakar kirannya nujum digital meramalkan dan memungkinkan sebarang kemungkinan kerusi parlimen Gua Musang akan ditolak Bersatu.

Umumnya maklum, hanya tiga kerusi parlimen dikuasai Umno BN di Kelantan, yang lain dah lompat katak sambil nyayi,.. lompat si katak lompat, lompat tinggi, tinggi...

Andainya ramalan digital Gua Musang di tolak bersatu, Machang dan Ketereh   akan ditandingi Bersatu tanpa halangan Pas.

Kerusi parlimen KETEREH diramal  kalah pada PRU-15 jika bertanding satu lawan satu.

Penyelidikan berdasarkan keputusan PRU-14.

 KETEREH

Dimenangi Oleh:

TAN SRI ANNUAR MUSA

BARISAN NASIONAL

Jumlah Undi: 25,467

Majoriti : 4,626


Telah Menewaskan:

USTAZ WAN

PARTI ISLAM SE MALAYSIA

Jumlah Undi: 20,841


Telah Menewaskan:

DR RADZI JIDIN

PARTI KEADILAN RAKYAT

Jumlah Undi: 6,799




KEDUDUKAN KERUSI BAGI 

PARLIMEN MACHANG

 

26,076 Undi-BN

23,252 Undi-PAS

5,695 Undi-PKR


Dimenangi Oleh:

DATUK JAZLAN

BARISAN NASIONAL

Jumlah Undi: 26,076

Majoriti : 2,824


Telah Menewaskan:

ZULKIFLI MAMAT

PARTI ISLAM SE MALAYSIA

Jumlah Undi: 23,252


Telah Hilang Diposit:

DATO' SAZMI

PARTI KEADILAN RAKYAT

Jumlah Undi: 5,695

Kerusi parlimen MACHANG diramal kalah pada PRU-15  jika bertanding satu lawan satu.

Penyelidikan berdasarkan keputusan PRU-14.

PRU-14 (23,252 Pas +5,695 PKR=28,947)

Ramalan PRU-15  (28,947 Pas PKR −26,076 Umno BN

=2,871)

 Kerusi Dun yang di kuasai Umno BN melibatkan 

1-Dun Galas, 

2-Neggiri, 

3-Paloh, 

4-Kok Lanas, 

5-Bukit Bunga, 

6-Kuala Balah dan

 7-Gua Ipoh.

Rasanya Pas boleh bertolak ansur jika Bersatu bertanding di tujuh kerusi Dun yang dikuasai Umno BN,.

Berikutan nafas semakin pendek Umno BN pasti tidak mampu tumbangkan Kelantan pada PRU-15.

Wednesday, 7 April 2021

Hanya Jho Low tahu mengapa RM27 juta masuk akaun Najib, kata peguam

 Peguam Najib berkata bekas perdana menteri tidak mengetahui tentang Jho Low dan beberapa orang lagi memindahkan wang ke dalam akaunnya.



Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu hanya ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low boleh menjelaskan mengapa dana SRC International Sdn Bhd dimasukkan ke akaun bank Najib Razak.

Peguam bekas perdana menteri itu Harvinderjit Singh berkata demikian ketika ditanya oleh hakim Abdul Karim tentang mengapa wang jutaan ringgit tersebut dipindahkan ke akaun Najib.

Karim: Mengapa wang RM5 juta dan RM27 juta dimasukkan ke akaun Najib?

Harvinderjit: Hanya Jho Low yang dapat menjawab perkara itu. Namun, kami boleh maklumkan kepada mahkamah bahawa wang RM27 juta itu dimasukkan ke dalam akaun Najib kerana Joana Yu Ging Ping (bekas pengurus perhubungan AmBank) memberitahu baki dalam akaun tidak mencukupi.

Karim yang mendengar rayuan itu bersama-sama para hakim Has Zanah Mehat dan Vazeer Alam Mydin, juga bertanya kepada Harvinderjit tentang penglibatan Jho Low dalam SRC International memandangkan lelaki itu tidak mempunyai jawatan dalam syarikat terbabit pada masa berkenaan.

Karim: Jho Low (bukan) pegawai dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan SRC. Bila Jho Low terlibat? Namun, kamu beritahu Jho Low memberi arahan kepada Joana Yu, yang beliau berhubung dengan Jho Low. Tiba-tiba sahaja Jho Low timbul?

Harvinderjit: Sebab Jho Low disebut ialah kerana cek. Jho Low boleh pindahkan wang keluar daripada SRC menerusi bekas Pengarah SRC Terence Geh.

Karim: Adakah kamu mengatakan bahawa arwah Azlin Alias (bekas ketua setiausaha sulit Najib) tidak ada kena mengena dengan perkara itu? Semuanya dilakukan oleh Jho Low?

Karim: Jho Low (bukan) pegawai dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan SRC. Bila Jho Low terlibat? Namun, kamu beritahu Jho Low memberi arahan kepada Joana Yu, yang beliau berhubung dengan Jho Low. Tiba-tiba sahaja Jho Low timbul?

Harvinderjit: Sebab Jho Low disebut ialah kerana cek. Jho Low boleh pindahkan wang keluar daripada SRC menerusi bekas Pengarah SRC Terence Geh.

Karim: Adakah kamu mengatakan bahawa arwah Azlin Alias (bekas ketua setiausaha sulit Najib) tidak ada kena mengena dengan perkara itu? Semuanya dilakukan oleh Jho Low?

Harvinderjit: Ya.

Azlin meninggal dunia dalam nahas helikopter pada April, 2015.

Harvinderjit juga menghujahkan bahawa Jho Low terlibat dalam jejak kewangan berbelit itu yang melibatkan akaun SRC, Gandingan Mentari Sdn Bhd (GMSB), Ihsan Perdana Sdn Bhd (IPSB) dan Najib.

Kata peguam tersebut Jho Low serta beberapa individu lagi terlibat dalam pemindahan wang membabitkan akaun Najib, dan bekas perdana menteri itu tidak mengetahui tentangnya.

“Mengapa perdana menteri dengan sengaja mengambil wang daripda sebuah syarikat berkaitan kerajaan dan memasukkan wang itu dalam akaun beliau?” kata peguam tersebut.

Pada 28 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib selepas mendapati beliau bersalah terhadap tujuh tuduhan membabitkan pecah amanah, pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan melibatkan wang berjumlah RM42 juta milik SRC International.

Pendengaran rayuan itu bersambung.

“Mengapa perdana menteri dengan sengaja mengambil wang daripda sebuah syarikat berkaitan kerajaan dan memasukkan wang itu dalam akaun beliau?” kata peguam tersebut.

Zahid nafi ada perbualan bersama Anwar selepas PAU, laporan polis akan dibuat

 KENYATAAN MEDIA


1. Saya amat kecewa dan terkejut mengenai penyebaran audio yang kononnya merakamkan perbualan antara saya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

2. Saya menafikan sekeras-kerasnya mengenai adanya perbualan sebagaimana dalam audio rakaman tersebut, malah ingin ditegaskan tiada sebarang perbualan antara saya dengan Datuk Seri Anwar selepas Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.

3. Ini merupakan satu percaturan politik yang jahat dan jijik yang hanya mengesahkan usaha berterusan untuk melemahkan dan menghancurkan UMNO.


4. Saya percaya lebih banyak lagi permainan keji seperti ini akan dilakukan untuk terus meremehkan dan memusnahkan UMNO.

5. Sebagai Presiden UMNO, saya tidak akan sesekali mencabuli apatah lagi membelakangi apa jua ketetapan yang telah diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan Perhimpunan Agung UMNO.

6. Saya telah mengarahkan pegawai saya untuk segera membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dilakukan untuk mengenal pasti dalang ‘scheme of thing’ ini.

AHMAD ZAHID BIN HAMIDI

Tuesday, 6 April 2021

206,570 jalan berlubang tahun lalu

 


PETALING JAYA – Sebanyak 206,570 jalan raya berlubang terpaksa diperbaiki oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) di seluruh negara sepanjang tahun lalu.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, sebanyak 168,003 jalan raya berlubang itu dikesan di Semenanjung Malaysia.

“Sebanyak 38,567 lagi jalan raya berlubang dikesan di Sabah, Sarawak dan Labuan.

“Dari tahun 2016 sehingga 2020, sebanyak 1,079,449 lubang telah ditampal di Jalan Persekutuan di seluruh Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Sesi Libat Urus Menteri Kanan Kerja Raya Bersama Ketua Editor Media di Kompleks Kerja Raya di sini hari ini.

Fadillah berkata, banyak punca jalan raya berlubang antaranya disebabkan jangka hayat sesebuah jalan raya yang hanya kira-kira lima hingga tujuh tahun.

Menurut beliau, struktur jalan raya yang telah melebihi jangka hayat tidak mampu menampung bilangan kenderaan yang semakin bertambah.

Jelas beliau, peruntukan untuk penyelanggaran jalan raya Kementerian Kerja Raya hanya RM800 juta setahun sedangkan anggaran kos untuk membuat jalan raya baharu jauh lebih besar.

“Banyak teknologi baharu, tetapi bergantung kepada peruntukan yang ada. Komitmen kita apabila ada aduan jalan berlubang akan buat tampalan sementara dalam tempoh 24 jam.

“Kemudian baru buat tampalan kekal sehingga dapat peruntukkan buat semula jalan raya,” katanya.

Terdahulu, Fadillah memaklumkan, projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah telah siap 49 peratus, manakala Lebuhraya Pan Borneo Sarawak telah siap 62 peratus. – K! ONLINE

Tidak pernah beri arahan tampal syarat baru

 


PETALING JAYA – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras mengesahkan surat arahan berkenaan permohonan rentas negeri yang tular di laman sosial telah ditampal di salah sebuah balai di bawah pentadbiran IPD berkenaan.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, namun begitu, pihaknya tidak pernah mengarahkan mana-mana anggota atau Ketua Balai untuk menampal arahan atau syarat itu di Balai Polis.

“Saya cuma minta anggota agar menyemak dan menyiasat secara terperinci berkenaan permohonan rentas negeri oleh orang awam berkenaan alasan apa dan destinasi yang nak dituju.

“Jika alasan yang diberi tidak kukuh dan tanpa bukti yang jelas, surat rentas negeri tidak boleh diberi sewenang-wenangnya sepertimana yang telah ditetapkan pihak atasan,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Jelasnya, pihaknya sudah memperketatkan pemberian kelulusan surat permohonan rentas negeri sejak dahulu ia dikuatkuasakan.

“Tidak timbul isu ia baru diperketatkan di kawasan pentadbiran IPD ini. Surat itu ditampal oleh anggota tanpa pengetahuan saya.

“Saya cuma ingatkan para pegawai dan anggota agar tidak memberikan kelulusan permohonan secara mudah tanpa menyelidik secara mendalam. Kita tidak mahu ada pihak yang menyalahgunakan surat berkenaan,” ujarnya.

Terdahulu, tular di media sosial berkaitan arahan Ketua Polis Daerah berkenaan syarat permohonan rentas negeri yang ditampal di sebuah Balai Polis di sekitar Kuala Lumpur.

Arahan tersebut ditampal ekoran isu Instafamous, selebriti dan artis yang menyalahgunakan kebenaran rentas negeri yang diberi pihak polis.

Berikutan arahan itu, orang ramai tidak berpuashati dan bertindak mengecam individu popular tersebut, netizen berpendapat angkara mereka ia menyukarkan orang ramai untuk memohon surat kebenaran rentas negeri selepas ini. – K! ONLINE

Najib Terima Notis Kebrankrapan

 Apa kata penyokong Najib?... Nak tulis ayat pembelaan lagi ke?. Nak kempen untuk calon perdana menteri lagi ke?. Sepatutnya perbanyakkan doa kepada Allah agar diberi ketenangan dalam menghadapi  segala ujian yang sedang dihadapi beliau, bukanya jadi pembodek dan pemakan dedak.


RM1.7 bilion yang dikehendaki oleh LHDN daripada Najib bukan boleh di pandang mudah.

Penulis amat bersimpati dengan Najib, beliau orang yang di segani lawan dan kawan seketika dahulu kini menghadapi bermacam-macam ujian.

Berdoalah kepada Allah agar urusan Najib dipermudahkan.,,, Amin

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah memfailkan notis untuk membankrapkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atas kegagalannya membayar tunggakan cukai pendapatan melebihi RM1.7 bilion.

Melalui carian dokumen yang diperoleh melalui mahkamah notis kebankrapan tersebut difailkan pada 4 Februari lalu di Mahkamah Tinggi di sini.

Permohonan kebankrapan itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kebankrapan di sini, Ida Rahayu Sharif pada 5 Mei ini.

Menurut notis tersebut, Najib mempunyai tempoh tujuh hari untuk membayar tunggakan termasuk faedah berjumlah RM1,738,804,204.16 bermula semalam. Jumlah itu turut termasuk kos mahkamah sebanyak RM15,000.

Difahamkan salinan notis itu diterima Najib semalam.

Pada 22 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Ahmad Bache membenarkan permohonan LHDN bagi mendapatkan penghakiman terus menuntut tunggakan cukai pendapatan tambahan RM1.69 bilion dari tahun 2011 hingga 2017 termasuk penalti daripada Najib.

Hakim itu menyatakan tunggakan cukai pendapatan tambahan itu merupakan hutang kepada negara yang perlu dibayar.

Penghakiman terus ialah keputusan yang dibuat oleh mahkamah berdasarkan hujahan bertulis dan lisan pihak-pihak yang terlibat tanpa perbicaraan penuh dibuat dan saksi-saksi dipanggil memberi keterangan. – K! ONLINE

Pihak pendakwaan gagal buktikan Najib seleweng RM42 juta

 PUTRAJAYA – Pihak pembelaan hari ini berhujah bahawa pendakwaan gagal membuktikan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyeleweng wang Syarikat SRC International Sdn. Bhd. bernilai RM42 juta.


Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, pihak pendakwaan juga tidak dapat menunjukkan wang RM42 juta yang didepositkan ke dalam akaun Najib adalah wang daripada syarikat itu.

“Pihak pendakwaan gagal menunjukkan penguasaan penuh Najib terhadap wang tersebut.Tiada saksi hadir memberi keterangan dari mana wang RM42 juta itu datang. Oleh kerana pendakwaan gagal menunjukkan penguasaan Najib terhadap wang itu dan siapa yang memberikan arahan untuk mengeluarkan wang…kes pendakwaan telah hancur,” katanya.

Tambahnya, apa yang membuatkan keadaan paling kritikal adalah tidak ada sedikitpun bukti yang menghubungkan RM42 juta urus niaga di luar SRC dengan sebarang tindakan atau arahan Najib.

Dalam pada itu, Muhammad Shafee berhujah bahawa pendakwaan telah menyatakan RM42 juta itu telah dibawah keluar dari SRC International melalui surat arahan yang ditandatangani oleh dua individu iaitu bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat tersebut iaitu Nik Faisal Ariff Kamil dan bekas pengarah syarikat itu iaitu Datuk Suboh Md. Yasin.

Muhammad Shafee turut berhujah bahawa saksi pendakwaan (SP) ke-42 (Datuk Suboh) adalah saksi paling teruk dan tidak boleh dipercayai.

Hujahan Rayuan bersambung lagi esok. – K! ONLINE

ADUN Warisan Sertai Bersatu

 


AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN )Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir dari Parti Warisan Sabah (Warisan) telah menyertai Bersatu.

Hassan telah mengisytihar keluar dari Warisan sejak sebulan lalu.

Beliau menyerahkan borang permohonan keahlian Bersatu kepada dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor semalam sempena ulang tahun kedua pemerintah Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Ini mengakhiri spekulasi membabitkan ADUN yang keluar dari bekas partinya pada akhir Februari dan mengisytiharkan dirinya sebagai seorang bebas yang GRS.

Beliau juga mengatakan memberikan sokongan kepada perdana menteri.

Pada Pilihanraya Negeri Sabah, Hassan menewaskan calon Bersatu Muis Picho dengan majoriti 522 undi.

Annuar Musa dakwa wujud usaha terancang

 


SHAH ALAM - Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mendakwa wujud usaha terancang menyerang kerajaan Perikatan Nasional (PN) daripada dalam sejak Ogos tahun lalu, selain serangan luar oleh Pakatan Harapan (PH).

Beliau bagaimanapun berkata, kejayaan kerajaan tidak dapat dihapuskan dan rakyat mengetahui apa yang dilakukan PN.

“Kerajaan ini dikendalikan oleh pasukan bimbingan bekas Perdana Menteri seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak. Insya-ALLAH mereka cukup pengalaman memimpin kerajaan,” katanya menerusi ciapan di Twitter beliau pada Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap laporan Sinar Harian mengenai kenyataan Menteri di Jabatan Perdana (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa kerajaan PN tetap mempunyai Menurut Mustapa, pihaknya sentiasa mengadakan perbincangan di kabinet melibatkan wakil-wakil dalam kerajaan seperti Pas, UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), MIC, MCA dan lain-lain.

Ia sebagai mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mendapat PN tidak mempunyai hala tuju disebabkan tiada manifesto jelas.


Krisis Raja Jordan Dunia Arab Goyang

 


KRISIS melibatkan pemerintah Jordan, Raja Abdullah II Al Hussein dan adiknya, Putera Hamzah yang juga bekas Putera Mahkota pada Sabtu lalu bukan sahaja menggoncang negara itu tetapi juga di seluruh dunia Arab.

Dalam krisis itu, Putera Hamzah mendakwa beliau telah ditahan di rumahnya menerusi satu rakaman video yang kemudian didedahkan oleh pihak media tetapi dinafikan oleh pihak tentera.

Jurucakap Tentera menyatakan bekas Putera Mahkota itu diminta untuk menghentikan pergerakan dan aktivitinya yang menyebabkan Jordan menjadi tidak stabil.

Menerusi rakaman video tersebut, adik Raja Abdullah itu mendakwa diberitahu oleh pihak tentera Jordan bahawa beliau tidak dibenarkan untuk meninggalkan rumah sekali gus timbul dakwaan bekas Putera Mahkota berkenaan dikenakan tahanan rumah.

Putera Hamzah juga menyalahkan pemimpin-pemimpin negara itu kerana rasuah dan ketidakcekapan pentadbiran sejak 15 hingga 20 tahun lalu dan masih yang berlaku ketika ini.

Kira-kira 14 hingga 16 orang termasuk keluarga diraja dan bekas-bekas pegawai kanan negara itu yang mempunyai hubungan rapat dengan institusi diraja negara tersebut dilaporkan turut ditahan oleh pihak berkuasa negara berkenaan atas sebab-sebab keselamatan.

Maklumat awal yang disebarkan media-media Barat menggambarkan bahawa satu rancangan bagi merampas kuasa dan menggulingkan Raja Abdullah II, 59, berjaya digagalkan oleh pihak berkuasa Jordan.

Bagaimanapun, pada Ahad lalu, pihak berkuasa negara itu menyatakan ia berjaya menggagalkan satu pelan berniat jahat oleh bekas Putera Mahkota tersebut untuk menjadikan Jordan tidak stabil dengan sokongan daripada pihak asing.

Identiti pihak asing itu setakat ini masih tidak didedahkan tetapi seorang penduduk Israel yang tinggal di Eropah dilaporkan telah menghubungi isteri Putera Hamzah, 41, pada hujung minggu lalu dan menawarkan bantuan untuk membawa keluarganya keluar dari Jordan dengan menggunakan sebuah pesawat peribadi.

Agensi berita Ammon dari Jordan yang memetik satu sumber mendakwa warga Israel itu ialah Roy Shaposhnik namun menurut portal berita Walla, beliau bukan seorang pegawai perisikan Israel iaitu Mossad seperti yang tersebar menerusi agensi berita AP.

Sebaliknya, Shaposhnik berkata, beliau menawarkan untuk membantu keluarga Putera Hamzah atas kapasitinya hanya semata-mata sebagai rakan kepada bekas Putera Mahkota negara tersebut.

Jordan dan Israel sebelum ini menjalin hubungan diplomatik pada tahun 1994 ketika Amman diperintah oleh ayahanda Raja Abdullah II iaitu Raja Hussein yang meninggal dunia pada tahun 1999 akibat menghidap penyakit kanser.

Laporan-laporan awal menunjukkan aktiviti dan pergerakan Putera Hamzah telah sampai ke peringkat yang mampu menyebabkan ketidakstabilan kepada Jordan tetapi Raja Abdullah II memutuskan adalah lebih baik beliau berbincang dengan adiknya itu dan bersama keluarga diraja, kata Timbalan Perdana Menteri Jordan, Ayman Safadi pada Ahad lepas.

Safadi berkata, agensi perkhidmatan keselamatan juga diminta supaya mereka yang ditahan atas dakwaan terlibat dalam pelan berniat jahat itu dihadapkan ke mahkamah keselamatan negara tersebut.

Apa yang menyebabkan hampir 20 orang ditangkap itu adalah kerana agensi perkhidmatan keselamatan Jordan mendengar perbualan telefon daripada beberapa orang yang dituduh cuba untuk menyahstabilkan keselamatan Jordan.

Beberapa orang yang dituduh itu didakwa membincangkan tentang waktu paling sesuai untuk mencetuskan ketidakstabilan keselamatan Jordan hingga terdapat dakwaan bahawa beberapa panggilan telah dibuat dibuat kepada pihak asing.

Sebelum ini, Putera Hamzah dianggap sebagai calon pilihan untuk menggantikan ayahandanya, Almarhum Raja Hussein sebagai pemerintah Jordan dan bukannya Raja Abdullah II yang merupakan anak sulung daripada isteri keduanya berketurunan Britain iaitu Permaisuri Muna.

Sebelum kemangkatannya akibat kanser pada tahun 1999, beliau menamakan Raja Abdullah II sebagai penggantinya kerana Putera Hamzah dianggap terlalu muda untuk menjadi raja negara itu.

Raja Abdullah II kemudiannya melantik Putera Hamzah sebagai Putera Mahkota pada tahun 1999 sebelum menarik semula gelarannya itu pada tahun 2004 dengan alasan mahu memberikan kebebasan kepada adiknya untuk bekerja serta melaksanakan sebarang misi atau tanggungjawab.

Pada 2 JulaI 2009, pemerintah Jordan itu kemudian mengesahkan anak lelaki sulungnya, Putera Hussein yang kini berusia 26 tahun sebagai waris penggantinya.

Putera Hamzah yang mempunyai wajah mirip ayahandanya itu pula popular dalam kalangan rakyat Jordan.

Beliau ialah anak Almarhum Raja Hussein dengan Permaisuri Noor yang merupakan warga Amerika Syarikat (AS) sebelum mereka berkahwin.

Berikutan krisis tersebut, Raja Abdullah II mendapat sokongan dari Arab Saudi, Mesir, Kuwait, Qatar, Bahrain, Yemen, Lubnan, Oman, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Liga Arab, Palestin, Iraq, Majlis Kerjasama Teluk, AS, Britain dan Pertubuhan Islam Sedunia (OIC) bagi menjaga kestabilan dan keselamatan Jordan.

Menteri Pertahanan sementara Israel, Benny Gantz menyatakan dalam kenyataannya krisis tersebut adalah isu dalaman negara tersebut tetapi rejim Zionis akan melakukan apa sahaja bagi memastikan jirannya itu berada dalam keadaan aman. - Agensi


Monday, 5 April 2021

Zahid Perlu Berkorban Demi Parti

 SHAH ALAM - Pucuk pimpinan UMNO termasuk Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu 'berkorban' untuk mengundurkan diri daripada terus memegang jawatan utama parti demi memastikan kelangsungan parti itu terus relevan dalam landskap politik tanah air.


Ketua UMNO bahagian Simpang Renggam, Datuk Zakaria Dullah berkata, jika UMNO mahu benar-benar berubah, maka jalan terbaik ialah melalui pembaikan politik membersih dan membuang imej parti feudal 'warlord' dalam parti.

Jelas beliau, kepimpinan UMNO sedia ada dilihat sebagai satu kepimpinan yang mempunyai liabiliti dan imej negatif kepada kelangsungan UMNO bagi menghadapi cabaran pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

"Sebagai pemimpin parti termasuk Presiden, sepatutnya mereka (pucuk kepimpinan parti) tahu ketika mana pengorbanan perlu dilakukan, lebih-lebih lagi dalam menentukan masa depan perjuangan agama, bangsa dan tanah air.

"Berundur setapak bukan bermakna kita akan hilang segalanya...Berundur setapak sebenarnya bagi mendapat nikmat yang jauh lebih baik di depan sana," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Baru-baru ini, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pontian, Mohd Helmi Buang meminta Ahmad Zahid melepaskan jawatannya sebagai Presiden UMNO jika mahu menteri dalam parti itu meletak jawatan atas dasar kepentingan bersamal.

Sentimen itu turut disokong Penasihat UMNO Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dalam satu kenyataan yang menyarankan pemimpin UMNO yang berdepan pertuduhan mahkamah harus berehat daripada parti atau meletak jawatan kerana mereka meninggalkan tanggapan buruk dalam kalangan rakyat.

Sementara itu, Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr Jeniri Amir turut sependapat dengan Zakaria dan menganggap Ahmad Zahid akan dilihat lebih mengutamakan kepentingan peribadi sekiranya beliau mahu terus mempertahankan jawatan berkenaan.

Jelas beliau, Ahmad Zahid seharusnya memberi laluan kepada pemimpin UMNO yang dilihat lebih layak iaitu Timbalannya sendiri, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk memulihkan kembali imej dan reputasi UMNO yang kini tercalar teruk.

"Saya yakin Tok Mat (Mohamad Hasan) lebih berupaya, bersih dan berwibawa untuk mengemudi parti pada PRU15 sekali gus membantu UMNO kembali bangkit.

"Bagi saya, sebagai seorang pemimpin yang sudah berpengalaman dalam mengikuti jatuh bangun UMNO, Ahmad Zahid diyakini akan memahami keperluan UMNO diberi peluang bernafas bermula.

"Kalau UMNO itu dapat bertahan dan muncul kembali nanti, maka kedudukan beliau mungkin akan diselamatkan UMNO di kemudian hari," katanya.

-Sinar Harian

Pengamal Perubatan Ditembak

 


KUANTAN: Dendam dipercayai motif pembunuhan seorang pengamal perubatan di rumah sewa di Perumahan Bukit Rangin Perdana 2, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, mangsa, Mohamad Abdul Rahim Nasri, 31, ditemui mati dipercayai ditembak di tempat kejadian.

Katanya, berdasarkan laporan, pihaknya menerima maklumat seorang lelaki tidak sedarkan diri cedera di kepala dan kesan darah kering, pada jam 11 malam.

"Siasatan awal mendapati, kejadian berlaku di rumah kampung jenis papan, kira-kira 20 meter dari jalan utama dan 100 meter dari rumah jiran terdekat.

"Ketika kejadian, mangsa, anak keempat daripada tujuh beradik berada seorang diri kerana ibunya berniaga ikan di tapak niaga Bukit Rangin Perdana 2 kira-kira 200 meter dari rumah.

"Mangsa mati disyaki ditembak kerana ada beberapa kesan tembakan pada badan.

"Mangsa yang sudah berkahwin baru mendapat cahaya mata lelaki tinggal bersama ibunya yang berusia 60 tahun dan menjalankan aktiviti perubatan tradisional.

"Isteri mangsa kini berpantang di rumah ibu mentua di Pekan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya percaya pembunuhan berpunca daripada dendam dan siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.- Berita Harian

'Hakim Mahkamah Tinggi tersalah arah'

 PUTRAJAYA: Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu Mahkamah Rayuan di sini, hari ini, berlaku salah arah yang jelas dan serius oleh Hakim Mahkamah Tinggi dalam perbicaraan Datuk Seri Najib Razak berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Muhammad Shafee yang mewakili Najib memberitahu mahkamah, salah arah oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, dalam perbicaraan itu memerlukan campur tangan Mahkamah Rayuan.

"Hakim yang mendengar perbicaraan bertanggungjawab menilai secara maksimum bukti dikemukakan di mahkamah dan memetik bukti spesifik dan terpilih yang boleh dipercayai.

"Bagaimanapun, pada keputusan kes di akhir pendakwaan, Mohd Nazlan hanya menggariskan beberapa bukti yang dianggap boleh dipercayai bagi mewujudkan elemen pertuduhan prima facie terhadap Najib," katanya.

Beliau berkata demikian dalam prosiding pendengaran rayuan anak guamnya di Mahkamah Rayuan, hari ini.

Pada 28 Julai 2020, Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

Bagaimanapun Najib, 67, dibebaskan dengan ikat jamin RM2 juta berserta dua penjamin sementara menunggu rayuan kes itu selesai.

Muhammad Shafee berkata, semua bukti yang tidak dinyatakan pada 11 November 2019 dianggap tidak boleh membentuk subjek yang menentukan kes prima facie.

Katanya, prosiding pembelaan kemudian dijalankan secara spesifik untuk membahaskan penemuan fakta, kesimpulan dan anggapan yang digariskan dalam keputusan pada 11 November 2019.

"Bagaimanapun, alasan tambahan penghakiman penuh oleh hakim perbicaraan pada akhir kes pembelaan untuk menjustifikasikan kes prima facie tidak dimaklumkan kepada Najib di akhir kes pendakwaan.

"Sehubungan itu, ia tidak dapat dibangkitkan ketika prosiding pembelaan," katanya.

Muhammad Shafee, berkata tambahan pada penghakiman penuh terjumlah kepada pelanggaran prinsip trite.

Sehubungan itu, hujahnya, alasan tambahan pada penghakiman penuh tidak boleh digunakan oleh mahkamah untuk menentukan sama ada Hakim Mahkamah Tinggi membuat penemuan tepat dalam menentukan kes prima facie berdasarkan semua elemen pertuduhan.

Hari ini ditetapkan untuk pendengaran rayuan hari pertama Najib selepas didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara atas tujuh tuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram serta menyalahgunakan kedudukan membabitkan wang berjumlah RM42 juta milik SRC.

Mahkamah sebelum ini menetapkan 5 hingga 8, 12 hingga 15 dan 19 hingga 22 April untuk pendengaran rayuan Najib.

Prosiding pendengaran rayuan itu diketuai Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil bersama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

Muhammad Shafee menyifatkan kes penyelewengan dana SRC adalah prosiding terbesar bagi abad ini, namun perbicaraan dikendalikan oleh hakim yang kurang berpengalaman dalam kes jenayah.

"Berbeza dengan kes berprofil tinggi terdahulu seperti kes rasuah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris dan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diadili hakim berpengalaman dalam kes jenayah tetapi prosiding SRC digantikan dengan hakim bahagian sivil," katanya.

Muhammad Shafee berkata, hakim terdahulu mengendalikan kes SRC ialah Datuk Mohd Sofian Abd Razak tetapi ditukar oleh Mohd Nazlan daripada bahagian komersial.

"Kami ada bertanya mengenai perkara itu, tetapi jawapannya adalah pemindahan berkenaan adalah rutin," katanya.

Mohd Nazlan menggantikan Mohd Sofian pada 8 Ogos 2018, namun pada 5 April lalu, Mohd Nazlan ditukarkan kembali ke Mahkamah Sivil.

Terdahulu, mahkamah mula bersidang tepat jam 9 pagi tetapi peguam Harvinderjit Singh yang turut mewakili Najib memohon kes ditangguhkan sebentar memandangkan Muhammad Shafee belum tiba kerana terpaksa berpatah balik mengambil dokumen.

Sebaik mahkamah kembali bersidang kira-kira jam 9.40 pagi, Muhammad Shafee memohon pendengaran rayuan ditangguhkan selama sebulan.

Beliau memberitahu mahkamah, pembelaan memerlukan lebih masa memandangkan pihaknya kini dalam proses mengumpul bukti membabitkan peranan keluarga bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dalam kes Najib.

Beliau berhujah, bukti berkenaan penting dalam pembelaan Najib.

"Bagaimanapun setakat ini, kami gagal mendapatkan kerjasama daripada pelbagai pihak," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram memberitahu mahkamah, pihaknya membantah permohonan Muhammad Shafee selain sudah bersedia meneruskan prosiding berkenaan.

Katanya, Muhammad Shafee hanya mahu kes ditangguhkan dan menggunakan alasan yang tidak sah.

Mahkamah menolak permohonan Muhamamd Shafee dan memerintahkan prosiding pendengaran rayuan berkenaan diteruskan.

Perbicaraan bersambung esok.


-Berita Harian


Jika diharamkan wujud lagikah Umno?

 


Pada waktu kuku ditumbuhi besi pekara tak boleh jadi akan terjadi.

Begitulah nasib Umno sebuah parti kebanggaan orang Melayu seketika dahulu.

Kini Umno ibarat rumput kering di musim kemarau, nak kata mati pun tidak, nak kata hidup segar bugar pun tidak.

 Nafas Umno  bukan berada pada tangan pucuk pimpinan dan akar umbi, sungguh ia bergantung nasib pada pengundi.

Hospital sebenar bagi Umno adalah PRU-15, doktor pakar pula pengundi, terpulanglah kepada doktor sama ada ubat pahit sebagai penyembuh atau pemati yang akan di suntik.

Dalam perpecahan sokongan Melayu kepada entiti politik kepartian berdaftar lain pemimpin dan penyokong lah amat terasa bimbang jika ada kuku ditumbuhi besi.

Biarpun tidak logik tetapi tidak mustahil sesuatu yang besar sedang dirancang atau telah siap di rancang iaitu perancangan nyahdaftar Umno.

Siapa yang berusaha ke arah itu tidak boleh dituding hasilnya mungkin berlaku pada Jun atau bulan lain sebelum PRU-15.

Biarpun ada padangan ia tidak gugak kedudukan Umno kerana masih mempunyai Barisan Nasional (BN) yang masih boleh digunakan untuk perjuangan melawan musuh. Sejauh mana keberharapan pada BN belum boleh diukur kerana sahabat berdekad-dekad sedang laga pipi dengan musuh Umno.

Jika benar Umno akan di nyahaktifkan, ia satu rekayasa bagi tujuan mematikan landskap politik Melayu berdaftar dalam urutan tertua supaya Melayu beralih arah kepada wadah baru sesuai dengan penubuhan Bersatu untuk menggantikan Umno.

Walaupun artikel ini bukan dari penulis tersohor, jangan sesekali dipandang rendah, kerana bukti sudah ada.

 Sebagai pemahaman, parti manakah dari BN yang ditunjangi Umno sedang laga pipi bercium mulut dengan pemain kuasa dari Perikatan Nasional (PN)?. Bukankah MCA dan MIC ?.

 Mufakat Nasional (MN) semakin kelabu apabila Pas selesa berbantal bersama PN manakala Gerakan sudah lama berambus.

Kirannya rakan-rakan Umno dari BN memilih PN sebagai padang 'ragut' baru. 

Bukan lagi kebarangkalian malah satu kepastian yang  saki baki Umno akan terkontang-kanting dengan logo BN dan pada waktu itu BN  mudah di nyahaktifkan.

Lorong-lorong tikus

Ketika itu lorong-lorong tikus bukan lagi rahsia untuk lompat parti malah lebih halal dari yang halal.

Mereka yang kekal menyokong  perjuangan yang di bawa Umno akan di label sebagai penyokong 'orang mati' atau akan di label sebagai pejuang 'zombi'.

Kluster mahkamah

Mereka yang digelar 'Kluster mahkamah'  patut sedar atau harus mendapat maklumat setiap detik bagi memastikan kerja buat musuh yang ingin tidurkan mereka.

Ramai percaya sebab kluster itulah menteri yang dilantik dari Umno tidak akan akur dengan desakan supaya ketak jawatan.

Mungkin menteri dari Umno akan letak jawatan kiranya tuan presiden yang di label sebagai kluster mahkamah berundur diri.

Harap-harap tidak berlaku begitu...

Zahid 'Pemberat' Pada UMNO

 Zahid Hamidi 'Pemberat' Umno



Ketika akar umbi dan beberapa pemimpin dalam parti bersuara mengenai kedudukan Zahid sebagai 'pemberat' UMNO untuk berada selesa,   ada pula yang tidak senang duduk.

Suara akar umbi dapat didengari setiap kali dimeja kopi.

Mereka tidak segan silu meletakkan Zahid sebagai 'pemberat' untuk UMNO lebih kedepan bagi menghadapi lawan.

Situasi ini dipercayai sampai kepada Zahid yang juga presiden parti terbesar ahli Melayu.

Ada yang menganggap akar umbi tidak mampu goyang pemimpin yang berakar umbi kecuali perwakilan pada pemilihan UMNO yang akan datang.

Pendapat bersuara, yang meletakkan mereka yang berakar umbi dikerusi jawatan dalam parti adalah perwakilan, manakala akar umbi dan pengundi berdaftar menentukan kedudukan kerusi Parlimen dan DUN.

Bagi mencantik dan melancarkan sokongan kepada UMNO, pemimpin-pemimpin yang di label sebagai 'pemberat' patut sedar diri kerana akar umbi mahu meneruskan perjuangan tanpa sinisan sebagai penyokong kluster mahkamah.

Bagi pejuang-pejuang cyber politik, anda jangan syok jadi penerima dedak, ledakkan musuh parti yang disokong, bukan mempertahankan kedudukan mereka yang dianggap 'pemberat' kepada UMNO.

UMNO perlu muka baru sebagai peneraju agar lebih bersinar pada masa depan.

Laungan yang dibuat pucuk pimpinan dalam Perhimpunan Agung UMNO sebelum ini iaitu meremajakan parti tetapi ia tidak seperti apa yang dikatakan, yang ada kluster mahkamah disanjung.

Guan Eng Bantai Mahathir

 Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ternyata keliru apabila sejarah dan fakta membuktikan bahawa DAP adalah parti berbilang kaum yang berusaha mewakili semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama, demikian menurut Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Katanya, DAP melihat dirinya sebagai orang Malaysia pertama tidak tidak seperti Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melihat dirinya sebagai orang Melayu pertama.

Guan Eng berkata, dakwaan Mahathir terhadap DAP sebagai ekstremis tidak berasas ketika DAP telah melayani dan menolong semua kaum dan agama, sama ada dalam pemerintahan atau pembangkang.

“DAP menolak pencirian oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohmad DAP sebagai ekstremis sebagai salah, tidak berasas dan sesat.

“DAP tidak pernah membeza-bezakan atau mengambil kedudukan yang tidak setaraf dengan hak dan kepentingan rakyat Malaysia sama ada Melayu atau bukan Melayu, Muslim atau bukan Islam,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, katanya, Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam Steven Sim menyantuni seorang ibu tunggal Melayu yang kehilangan tempat tinggal dengan 10 orang anak, adalah tindak balas terbaik bagi mereka yang secara palsu melabel DAP sebagai pelampau.

Bahkan, katanya, pemimpin DAP telah masuk penjara kerana mempertahankan hak orang Melayu dan bukan Melayu.

“Mahathir juga sesat apabila gagal melihat bahawa DAP bersifat inklusif dan telah memilih wakil dari semua etnik utama termasuk orang Melayu dan Sabahan tempatan dan orang Sarawak.

“Lebih-lebih lagi, DAP tidak pernah bertentangan tetapi secara konsisten menegakkan Perlembagaan Persekutuan.

“Sebaliknya adalah parti komponen PN atau BN yang bersifat perkauman atau ekstremis dalam usaha untuk mewakili satu kumpulan kaum atau agama sahaja,” katanya lagi.

Mengulas dakwaan Mahathir, jelas Guan Eng, terdapat sebilangan besar rakyat Malaysia yang kagum dengan rekod prestasi DAP yang terbukti dan tidak melihat DAP sebagai pelampau, ketika DAP dapat memenangi kerusi dengan lebih banyak pengundi Melayu daripada bukan Melayu.

Mahathir Mohamad yang pernah bersama-sama DAP dalam kerajaan Pakatan Harapan mengakui DAP ada kala ekstrem tetapi masih boleh bekerjasama dengan mereka.

Mahathir turut mengingatkan DAP agar sedar bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum dan DAP tidak boleh bekerja untuk kaum sendiri sahaja.