Walaupun Zahid Hamidi dan Anwar Ibrahim menafikan audio tular disisi lain dilihat telah melukakan akar umbi Umno.
Zahid patut tahu suara agar Zahid berundur semakin banyak kedengaran.
Mereka tak segan silu menyatakan kecelakaan terus menimpa Umno selagi Zahid berdegil tidak mahu undur diri.
Undur dirilah Zahid!, sebelum semangat perjuangan kami bertambah luntur dan kami tidak teragak-agak meninggalkan Umno jika kamu terus berdegil. kata beberapa kawan penulis ketika berbual di warong kopi.
Akar umbi percaya audio tular yang disebarkan adalah tulen dan tidak ramai merasakan audio itu adalah rekayasa musuh.
Zahid patut faham, Umno bukan hak milik pribadi dan sebab itu suara agar Zahid berundur atau berehat semakin kencang. Malah banyak beredar dimedia atas talian setiap hari.
Penulis berharap kemelut ini dapat diselesaikan sebelum pemilihan Umno untuk elak keparahan dan pergeseran terus berlaku.
No comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci