Yə ķè tidak tunggu saje kata ye atau tidak dari pihak Pas Kèlantan.
Zaman ini bukan zaman nujum air dalam mangkuk, ini zaman nujum digital.
Benarkah Pas Kelantan bersedia melepaskan beberapa kerusi parlimen yang sepatutnya ditandingi parti itu kepada parti lain pada PRU-15?.
Angin taufan bertiup kencang dengan penuh kemungkinan kerusi itu akan di hadiahkan kepada Bersatu berikutan Pas bersama Perikatan Nasional (PN).
Aku percaya,...Tak banyak 'gantang' pendapat bersetuju jika dikatakan ada beberapa kerusi parlimen dan Dun milik Pas akan dihadiahkan kepada Umno BN kerana jalinan Maufakat Nasional (MN).
Bezanya, MN bukan entiti politik berdaftar berbanding PN yang disahkan berdaftar dan boleh menggunakan logo dalam pilihan raya.
Dengan penilaian benar tidak memihak,.. jawapan ada pada anda.
Kata angin taufan, mungkin 5 atau 7 kerusi Dun yang dikuasai Umno BN menang akan di serahkan kepada Bersatu. Eh,...benarkah begitu, 'tapi tak mustahilkan'.
Tak kelakar kirannya nujum digital meramalkan dan memungkinkan sebarang kemungkinan kerusi parlimen Gua Musang akan ditolak Bersatu.
Umumnya maklum, hanya tiga kerusi parlimen dikuasai Umno BN di Kelantan, yang lain dah lompat katak sambil nyayi,.. lompat si katak lompat, lompat tinggi, tinggi...
Andainya ramalan digital Gua Musang di tolak bersatu, Machang dan Ketereh akan ditandingi Bersatu tanpa halangan Pas.
Kerusi parlimen KETEREH diramal kalah pada PRU-15 jika bertanding satu lawan satu.
Penyelidikan berdasarkan keputusan PRU-14.
KETEREH
Dimenangi Oleh:
TAN SRI ANNUAR MUSA
BARISAN NASIONAL
Jumlah Undi: 25,467
Majoriti : 4,626
Telah Menewaskan:
USTAZ WAN
PARTI ISLAM SE MALAYSIA
Jumlah Undi: 20,841
Telah Menewaskan:
DR RADZI JIDIN
PARTI KEADILAN RAKYAT
Jumlah Undi: 6,799
KEDUDUKAN KERUSI BAGI
PARLIMEN MACHANG
26,076 Undi-BN
23,252 Undi-PAS
5,695 Undi-PKR
Dimenangi Oleh:
DATUK JAZLAN
BARISAN NASIONAL
Jumlah Undi: 26,076
Majoriti : 2,824
Telah Menewaskan:
ZULKIFLI MAMAT
PARTI ISLAM SE MALAYSIA
Jumlah Undi: 23,252
Telah Hilang Diposit:
DATO' SAZMI
PARTI KEADILAN RAKYAT
Jumlah Undi: 5,695
Kerusi parlimen MACHANG diramal kalah pada PRU-15 jika bertanding satu lawan satu.
Penyelidikan berdasarkan keputusan PRU-14.
PRU-14 (23,252 Pas +5,695 PKR=28,947)
Ramalan PRU-15 (28,947 Pas PKR −26,076 Umno BN
=2,871)
Kerusi Dun yang di kuasai Umno BN melibatkan
1-Dun Galas,
2-Neggiri,
3-Paloh,
4-Kok Lanas,
5-Bukit Bunga,
6-Kuala Balah dan
7-Gua Ipoh.
Rasanya Pas boleh bertolak ansur jika Bersatu bertanding di tujuh kerusi Dun yang dikuasai Umno BN,.
Berikutan nafas semakin pendek Umno BN pasti tidak mampu tumbangkan Kelantan pada PRU-15.
No comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci