728x90 AdSpace

  • Latest News

    Saturday, 5 September 2020

    Wira Putra gesa penjelasan akaun dikatakan milik Mohamed Azmin

    PERGERAKAN Wira Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), menggesa siasatan dan penjelasan terhadap transaksi dan akaun bank luar negara.

    Akaun bank tersebut dibuka atas nama yang dikatakan mirip Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmi Ali.

    Malah, terdapat beberapa nama juga dikatakan mirip ahli keluarga beliau termasuk anak-anak serta pegawai khasnya, Muhamad Hilman Idham.

    Penjelasan diminta kerana dikatakan terlalu banyak akaun di beberapa negara melibatkan nilai transaksi keseluruhan bernilai lebih RM1.74 trilion.

    Berdasarkan rekod pada dokumen yang diterimanya, transaksi tersebut berlaku dalam tempoh antara 2016 hingga Februari 2018.

    “Bank lain yang terlibat juga seperti Habib Bank, Mashreq Bank Dubai, HSBC, CIMB International, Emirates Bank, terlalu banyak.

    “Jadi, di situlah kita lihat sama ada benar atau tidak, tetapi kita perlukan penjelasan.

    “Itu bukan duit yang sikit, terlalu besar nilainya. Itu hanya untuk tempoh dua tahun dari 2016 sehingga Februari 2018.

    “Sehingga hari ini kita tidak tahu nilainya berapa, mungkin bertambah ataupun akaun tersebut telahpun ditutup.”

    Demikian kata Ketua Pergerakan Wira Putra, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif, dalam sidang akhbar hari ini.

    Terdahulu beliau membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa badan itu melakukan siasatan terhadap akaun tersebut.

    SPRM juga digesa mengenalpasti punca transaksi kewangan tersebut kerana melibatkan seorang pemimpin kerajaan.

    Tambah Nasrul, beliau membuat laporan selepas dokumen tersebut tular dan bimbang menjejaskan reputasi Mohamed Azmin dan timbul persepsi negatif dalam kalangan rakyat Malaysia.

    “Saya telah meneliti setiap 69 muka surat dan merasakan ini adalah satu maklumat yang serius.

    “Bukan sahaja akan mencalar kredibiliti dan integriti Mohamed Azmin selaku Menteri Kanan, malah mencemar institusi kepimpinan negara.

    “Ia juga akan menimbulkan presepsi dan tanggapan buruk berkenaan bagaimana beliau mendapatkan sumber kewangan tersebut.

    “Saya tidak berniat membuat tuduhan melulu, tetapi dokumen yang didedahkan amat serius dan saya memohon dan menggesa SPRM untuk segera lakukan siasatan yang telus.

    “Bawa ke muka keadilan sekiranya didapati mempunyai unsur-unsur penyelewengan wang negara.

    “Atau ebih tepat wang rakyat atau salah guna kuasa kerana tarikh transaksi dari 2016 hingga Februari 2018 adalah ketika beliau menjadi Menteri Besar Selangor,” tegasnya.

    Dalam pada itu, beliau juga berharap laporan SPRM yang dibuat tidak akan tergantung begitu sahaja.

    Justeru, SPRM digesa mengumumkan kepada awam mengenai perkembangan laporan tersebut dan status transaksi yang berlaku itu.

    “Saya juga memohon agar pihak SPRM dapat mengumumkan kepada awam, Wira Putra yakin sukar SPRM berbuat demikian.

    “Namun, demi menjawab persoalan dan menambah keyakinan kepada rakyat ke atas ketelusan SPRM menangani isu melibatkan pemimpin-pemimpin politik tanah air ia adalah sangat wajar dilakukan.

    “Kerana sebelum ini telah banyak isu yang siasatannya didiamkan begitu sahaja, sebaiknya pihak SPRM mengumumkan bahawa kes ini akan disiasat.

    “Wira Putra tidak mahu isu ini menjadi seperti kes perilaku moral ‘semburit’ yang dikaitkan dengan Mohamed Azmin dan Haziq didiamkan begitu sahaja. SUARA MERDEKA


    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Wira Putra gesa penjelasan akaun dikatakan milik Mohamed Azmin Rating: 5 Reviewed By: Kaki Palu
    Scroll to Top