728x90 AdSpace

  • Latest News

    Monday, 31 August 2020

    Menang PRK Slim Tidak Bermakna PN Selesa PRN Sabah

    SALAM MUHIBAH kepada warga Malaysia dan selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan kali 63.

    Buka mata tutup mata isu politik tidak pernah kering dan lusuh sebelum dan setelah kemerdekaan dikecapi.

    Berbalik kemenangan calon dari Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Slim Perak yang di bantu, PAS, MCA, MIC, Bersatu, sebenarnya tidak menggambarkan keberkesanan parti yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan berlaku tidak lama lagi.

    Menurut pendapat penulis, di Sabah situasi amat berbeza berbanding semenanjung, yang mana cerita hangat Maufakat Nasional (MN) boleh dikatakan sangat dingin. Erti kata lain, sentimen MN tidak wujud di negeri itu.

    Tidak salah jika dikatakan, keputusan PRK DUN Slim tidak memberi petunjuk selamat kepada calon dari parti menyokong kerajaan persekutuan.

    Parti yang hebat mewujudkan pengaruh tempatan di yakini memperolehi sokongan kuat para penggundi pada kali ini. Tidak seperti zaman BN menerajui kerajaan persekutuan, kerana Perikatan Nasional (PN) bukan lahir dari hasil undi rakyat.

    Namun begitu, untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) PN diyakini memperolehi peluang cerah walaupun Bersatu belum di uji dalam sebarang PRK, kerana pemilih berdaftar sudah ada pengalaman kelam ketika Pakatan Harapan (PH) memerintah.

    PRK DUN Slim Mohd Zaidi (BN) meraih 13,060 undi menewaskan dua calon Bebas iaitu Amir Khusyairi Mohamad Tanusi (2,115 undi) dan Santhara Sekaran Subramaniam, yang memperoleh 276 undi.




    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Menang PRK Slim Tidak Bermakna PN Selesa PRN Sabah Rating: 5 Reviewed By: Kaki Palu
    Scroll to Top