728x90 AdSpace

  • Latest News

    Friday 1 May 2020

    Asri Dilantik Ketua Setiausaha Perbendaharaan

    Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan pelantikan Asri, 54, berkuat kuasa pada esok.

    Beliau memaklumkan, Asri berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Ekonomi dari Universiti Hiroshima, Jepun serta telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 26 tahun.

    "Jawatan pertamanya dalam perkhidmatan awam adalah Penolong Pengarah, Unit Perancangan Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri pada 1 Jun 1994," katanya.

    Asri juga berpengalaman luas dalam bidang kewangan dan pelaburan strategik termasuk pernah menjawat pelbagai jawatan di Kementerian Kewangan.

    Jawatan utama yang pernah disandang adalah Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar); Setiausaha Bahagian, Bahagian Syarikat Pelaburan dan Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Pelaburan Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dan Penswastaan.

    "Semoga dengan pelantikan ini, beliau dapat menerajui Kementerian Kewangan untuk meneruskan kecemerlangan dalam pengurusan kewangan dan ekonomi negara yang cekap, telus dan berkesan.

    "Saya bagi pihak kerajaan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tan Sri Ahmad Badri atas jasa dan khidmat bakti beliau kepada negara sebagai penjawat awam selama 31 tahun," katanya.


    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Asri Dilantik Ketua Setiausaha Perbendaharaan Rating: 5 Reviewed By: Kaki Palu
    Scroll to Top